CTS-51

8K 201 26
                                    

Buka sahaja pintu rumah,terkejut Edzry melihat sebuah kereta polis terparkir elok di luar pagar rumahnya.

"Maaf,Encik Edzry.Anda terpaksa ikut kami ke balai.Bawa dia.." ujar Inspektor Araz.

Kedua-dua anak buahnya menggari tangan Edzry ke belakang.Edzry hanya diam tidak berkutik.

Dia tahu dia pasti akan ditangkap juga.Namun dia puas kerana Syuhayra juga pasti akan ditangkap sekali.You tak boleh lari,Syuhayra!

Dia tersenyum.

🎲🎲🎲

Datin Ainnur dan Dato Raihan tiba di bilik yang menempatkan anak kesayangan mereka.

Kelihatan Hafeef Zafriel setia menjaga anak mereka sehingga anak mereka sedar.

"Feef.."

Hafeef Zafriel mula berdiri apabila melihat gerangan yang menegurnya.Tangan kedua ibu bapa mertuanya disalam penuh hormat.

Datin Ainnur mendekati katil puteri tunggalnya.Dia memegang tangan anaknya.Sayu hatinya melihat anaknya sebegitu.

"Ainul,you jangan tinggalkan mum lagi tau.." ujarnya perlahan.

Tiba disaat itu,dia terasa tangannya digenggam erat.

"Ainul?"

Hafeef Zafriel dan Dato Raihan yang rancak berbual sedikit pelik mendengar kata-kata Datin Ainnur.

"Kenapa?" soal Dato Raihan.

"Ainul genggam tangan I.." balas Datin Ainnur sedikit teruja.

"Biar Feef panggil doktor.." ujar Hafeef Zafriel kemudian segera melangkah keluar untuk memanggil doktor.

🎲🎲🎲

Setelah selesai pemeriksaan,doktor memberitahu yang Ainul Raniya mula menunjukkan tanda-tanda positif untuk sedar.

Masing-masing mengucap syukur di dalam hati.Lagi-lagi Hafeef Zafriel.Tidak sabar menanti isterinya itu sedarkan diri.

Rindu.

Dia rindu ingin bermanja bersama isterinya.Dia rindu ingin bercakap dengan isterinya.Senang cerita,dia memang rindu semua tentang isterinya.

🎲🎲🎲

Beberapa hari kemudian,

Hazeeq Zharfan membuka pintu pejabat bilik adik tengahnya.Kosong.Sekali lagi kosong.Tidak berpenghuni.

Sudah beberapa hari dia tidak nampak kelibat Hafeef Zafriel.Kemana sahaja adiknya itu pergi.Pasti ini berkaitan dengan Ainul Raniya.

"Zharfan,buat apa dekat bilik Feef ni?" tegur Dato Hareez yang kebetulan terlihat anak sulungnya itu berdiri di hadapan pintu bilik anak keduanya dengan pintu terbuka.

"Feef mana,daddy?"

"Feef ambil cuti.."

"Cuti?Cuti apa?" soal Hazeeq Zharfan pelik.

"Dia jaga Ainul dekat hospital.."

"Ohh,Ainul dah dijumpai lah ni?Daddy,pompuan tu memang suka susahkan adik Zharfan ke apa?Macam lah dia tak boleh jaga diri sendiri.."

Dato Hareez sudah mengagak balasan anak sulungnya.Itu sebabnya dia tidak mahu memberitahu sesiapa tentang menantu keduanya itu.

"Zharfan,Ainul tu tanggungjawab Feef.Daddy tak nampak salah apa pon.Biar lah.."

"Daddy ni terlalu ikutkan apa yang Feef nak.Sebab tu dia naik lemak.."

"Kamu salah,Zharfan.Daddy bukan macam tu.Daddy akan sokong apa je yang anak-anak daddy buat asalkan benda tu tak mencemarkan nama baik keluarga kita.Kalau Feef ada buat salah,daddy pasti akan tegur.."

Hazeeq Zharfan hanya mendengar.Kemudian,dia meminta diri untuk beredar ke biliknya.

🎲🎲🎲

Ainul Raniya mula membuka matanya perlahan-lahan.Dia memandang sekeliling.Hospital.

Dia teringat kejadian di mana Edzry yang membawanya ke hospital disebabkan keadaannya yang semakin lemah.

Dahinya berkerut sedikit apabila melihat suaminya tidur di sisi katilnya sambil berpeluk tubuh.

Mungkin disebabkan dia terlalu rindukan suaminya sampaikan dia ternampak-nampak suaminya.

Dia yakin pasti sebentar lagi bayang-bayang suaminya ini akan hilang dari pandangan dan bila-bila masa sahaja pintu biliknya ini akan dibuka dan terjengul wajah Edzry.

Perlahan-lahan dia membangunkan tubuhnya dan bersandar di kepala katil.

"Bie,I rindu sangat kat you.I tak boleh bayangkan hidup I tanpa you.You terlalu istimewa bagi I.Kenapa orang yang berada di sisi I semua akan tinggalkan I?Lagi-lagi insan yang bergelar suami I?" ujarnya sendirian sambil menatap wajah suaminya.

Hafeef Zafriel mula tersedar dari lenanya.Terkejut dia melihat isterinya yang sudah sedarkan diri.

Pantas dia memeluk tubuh isterinya.

"Lepaskan I!Lepaskan I!"

Ainul Raniya mula meronta-ronta.Lemas dipeluk sebegitu.Pelik dia.Takkan bayang-bayang suaminya yang memeluknya?

"Hei,kenapa ni?Ni bie lah.." ujar Hafeef Zafriel sambil tersengih.

"Bie?" kata Ainul Raniya seakan tidak percaya.

Jadi di hadapannya kini betul-betul suaminya?Ingatkan bayang-bayang.

"Ye,sayang.Bie dah ada depan mata sayang.Takkan tak rindu bie kot?Bie rindu sayang sangat-sangat,tau?"

"Ed..Edzry?"

"Don't worry about him.Dia sekarang dah ada dekat penjara.Dia takkan ganggu sayang lagi.."

Ainul Raniya menarik nafas lega apabila mendengar kata-kata suaminya.

"I rindu you,bie.I ingat I takkan jumpa you lagi dah.."

Hafeef Zafriel kembali memeluk tubuh isterinya.Ainul Raniya turut membalas pelukan suaminya.

"Hanya maut yang boleh pisahkan kita.."







Yeah😂Btw,dh nk melabuhkan tirai ni.Mungkin dlm beberapa chapter lg.Stay tuned,okay?Thank you kpd yg selalu support cite ni😍

Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now