CTS-30

7.2K 203 4
                                    

"Assalamualaikum mama,abah.Maafkan Nayra sebab baru lawat mama dengan abah.Minggu lepas,Nayra busy sikit.."

"Nayra siapkan design baju orang.So,minggu ni Nayra free.Mama,abah.Nayra macam tak percaya yang mama dengan abah tak de.Nayra doakan mama dengan abah tenang dekat sana.." ujarnya sendirian sambil membuang rumput-rumput dan daun-daun kering.

Surah yassin mula diambil dari dalam handbag.Selesai membaca surah yassin untuk kedua ibu bapanya,Nayra Aleesya mula berdiri.

Dia mula berangkat ke arah kereta.Disaat itu,seseorang menegurnya.

"Nayra kan?"

"Ainul?"

Ainul Raniya mengangguk.

"You ziarah kubur siapa tadi?" soalnya ramah.

"Orang tua saya.."

"Maaf,I tak tahu.." ujar Ainul Raniya serba salah.

Kagum dia pada Nayra Aleesya.Gadis itu sangat kuat.Kalau dia,tidak tahu lah.
Sudahlah kedua ibu bapanya sekarang masih marah padanya.

"Awak pulak?" soal Nayra Aleesya ingin tahu.

"Arwah suami I.."

"Ohh.Saya minta diri dulu lah.Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.."

Nayra Aleesya mula menggerakkan kereta.Begitu juga Ainul Raniya.

🎲🎲🎲

Hafeef Zafriel buntu.Sudah beberapa kali dia menghubungi isterinya namun tidak dapat.

Setahunya orang kerja pejabat,pukul 5 petang sudah pulang.Ini sudah 6.30 petang.

Dia risau terjadi apa-apa yang tidak diingini pada isterinya.Bapa mertuanya juga sudah dihubungi.Katanya isterinya sudah pulang.

Sedang dia berfikir di mana keberadaan isterinya,pintu rumah dibuka dari luar.

"Sayang pergi mana?!" kata Hafeef Zafriel sedikit cemas apabila terlihat isterinya di hadapan mata.

Tubuh isterinya itu dipeluk erat.Terkejut Ainul Raniya dibuatnya.

"Bie?Bie okay tak ni?" soalnya pelik setelah pelukan dilepaskan.

"Sayang tahu tak?Bie risau?Banyak kali bie call,satu pun sayang tak jawab.."

"Sorry,bie.Fon I habis bateri.Lepas habis kerja tadi,I singgah masjid solat Asar pastu I pergi kubur Am.." jujur Ainul Raniya.

"Lain kali bagitahu bie.Jangan buat susah hati macam ni.."

"Fon habis bateri,macam mana nak bagitahu bie?"

"Pinjam fon orang pastu call bie.." laju sahaja Hafeef Zafriel membalas.

Ainul Raniya tersenyum.Bersyukur memiliki suami yang begitu mengambil berat tentang dirinya.

"Senyum-senyum.Tak tahu ke yang bie ni risaukan sayang?Lepas ni,bie akan hantar sayang,ambil sayang.Tak boleh drive sendiri.." ujar Hafeef Zafriel sambil sempat mengugut isterinya.

"Alaa,bie.."

"Tahu takut.."

"I janji lepas ni I akan bagitahu bie.Janganlah macam ni.." kata Ainul Raniya memujuk.

"Bie bukan apa,bie takut kehilangan sayang.." luah Hafeef Zafriel tanpa segan silu.

"I takkan tinggalkan you.."

Setelah itu,Ainul Raniya meminta diri untuk ke bilik.Badannya pun sudah berlenggas.Dia mahu membersihkan diri dengan segera sebelum waktu Maghrib tiba.

🎲🎲🎲

Ain Syifa dan Hazeeq Zharfan serta Aryn Zuliyana tiba di rumah Datin Zafrina dan Dato Hareez.

"Sunyi je rumah.." ujar Hazeeq Zharfan.

"Ha'ah.Rumah ni makin sunyilah lepas Feef pindah kondo dia.Reesya dengan Deef pulak keluar.." balas Datin Zafrina.

"Feef pindah kondo dia?"

Terkejut Hazeeq Zharfan mendengar kata-kata mummynya.

"Hurm..katanya nak bina keluarga sendiri lah,nak jadi suami isteri sebenar lah,nak belajar erti tanggungjawablah.Apa-apa je lah adik Zharfan sorang tu.." kata Datin Zafrina bersahaja.

"Baguslah tu.." ujar Ain Syifa gembira.

Dia yakin Hafeef Zafriel pasti dapat membimbing Ainul Raniya ke jalan yang benar.

"Erm..my,Syifa pregnant.." kata Hazeeq Zharfan segera menukar topik perbualan.

"Ye ke?Alhamdulillah.." sampuk Dato Hareez pula.

Tidak menyangka kedatangan anak menantu sulungnya membawa berita gembira.Semakin meriahlah keluarga mereka selepas ini.

"Aryn nak jadi kakak dah.." ujar Datin Zafrina pada cucu sulungnya.

"Tahniah Syifa,Zharfan.." ucap Dato Hareez.

"Thanks,daddy.." balas mereka serentak.

Mereka pun tidak menyangka tentang berita gembira itu.Mereka dapat tahu pun semasa pergi ke klinik tempoh hari.

Itupun disebabkan Ain Syifa demam panas.Mereka ke klinik mahu check demam teruk atau tidak.Alih-alih berita gembira ini yang disampaikan oleh doktor.

"Syifa ada mengidam pape?Mummy boleh masakkan.."

"Setakat ni belum lagi,mummy.." balas Ain Syifa kemudian tersenyum.

Soalan itulah yang selalu ibu dan ibu mertuanya bertanya  sepanjang dia pregnant.







Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now