CTS-11

5.1K 192 25
                                    

Ainul Raniya masuk ke dalam bilik yang menempatkan suaminya.Kelihatan Izham sedang nyenyak tidur.

Pelik juga dia.Selalunya masa begini suaminya sudah bangun.Dia ingin mengejutkan Izham namun dibatalkan sahaja niat itu.

Mungkin suaminya penat kot.

Dia duduk di sisi suaminya.Sungguh dia tidak kuat melihat keadaan suaminya sekarang.

Sudah tiada lagi senyuman yang mampu mencairkan hatinya seperti selalu yang terbit di bibir lelaki itu.

Disaat itu muncul Dr.Imran dan beberapa orang jururawat untuk memeriksa keadaan Izham.

"Encik Izham tak bangun lagi?" soal Dr.Imran pelik.

"Belum lagi,doktor.." balas Ainul Raniya.

"Tak pe lah.Puan keluar dulu.Saya dan jururawat nak check dia kejap.."

Ainul Raniya mengangguk faham.Dia berlalu ke luar bilik.Dia duduk di ruangan menunggu yang berada di luar bilik itu.

Dalam hati dia berdoa.Semoga suaminya itu baik-baik sahaja.

Tidak lama kemudian,Dr.Imran keluar.Serba salah dia ingin mengatakan berita itu.

"Suami saya macam mana,doktor?Dia okay?"

Agak lama Ainul Raniya menunggu balasan dari Dr.Imran.Tidak mahu menunggu lama,dia terus meredah bilik suaminya.

"You!"

Terkejut dia melihat seluruh tubuh Izham termasuk mukanya sudah ditutup dengan selimut.Dia segera membuka selimut itu.

"Puan.."

"Apa korang buat pada suami I ni?!Dia tidur!Kenapa you all tutup muka dia ngan selimut ni?!Nak bagi dia tak bernafas ke apa?!" marah Ainul Raniya.

"Puan,Encik Izham dah tak de.Dia meninggal dalam tidur.." beritahu Dr.Imran.

"What?!"

Ainul Raniya tersenyum sinis.

"You all saja nak bergurau dengan I kan?Tak lawak,okay?"

"Puan.."

"You all tipu!Semalam dia okay je.Dia siap bergurau senda dengan I lagi.Takkan hari ni dia pergi tinggalkan I?"

Sungguh Ainul Raniya tidak dapat menerima berita mengejut sebegitu.

"Pihak kami akan uruskan pengurusan jenazah Encik Izham.."

🎲🎲🎲

Ainul Raniya hanya melihat jenazah suaminya dimasukkan ke dalam liang lahad.

Datin Ainnur memeluk erat anak tunggalnya itu.Cuba menyalurkan kekuatan.

Ain Syifa yang berada di situ turut mengusap lembut belakang Ainul Raniya yang sudah dianggap sebagai sahabat.

Dia juga bersimpati di atas apa yang menimpa gadis itu.Baginya gadis itu sangat kuat.Jika dia yang diuji dengan kehilangan Hazeeq Zharfan,entah apalah yang akan terjadi.

"Ainul,awak kena kuat.Allah uji awak sebab DIA sayang awak.." ujarnya.

"Kenapa bukan I je yang pergi?Kenapa harus Am yang pergi?" balas Ainul Raniya dengan tangisan.

"Ainul,tak baik cakap macam tu.." tegur Datin Ainnur pula.

Setelah selesai pengembumian dan bacaan talkin,semua yang ada mula meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu.

"Ainul,jom kita balik.." ajak Dato Raihan.

Ainul Raniya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Ainul janganlah macam ni.You kena ikhlaskan semuanya.Kalau Am ada,mesti dia sedih tengok keadaan you macam ni.." kata Datin Ainnur pula.

"Mum dengan dad baliklah dulu.I okay.I nak tengok Am kejap.I janji lepas ni I balik rumah terus.."

"Tak pe,aunty,uncle.Saya ada teman Ainul.." celah Ain Syifa.

Hazeeq Zharfan sudah memandang isterinya tidak berpuas hati.Suka hati je buat keputusan.

"Abang baliklah dulu.Syifa teman Ainul kejap.Boleh kan?"

"Okay.." balasnya sepatah kemudian menyalam Dato Raihan dan terus beredar dari situ.

Harap isterinya itu fahamlah yang dia sedang marah.

"Ainul,saya teman awak.Okay?"

"Thanks,Syifa.You memang baik hati.."

Ain Syifa tersenyum.

"Sekarang masa awak tengah susah.Nanti saya susah,awaklah pula kena tolong saya.."

Ainul Raniya hanya tersenyum tawar.Dia memandang kubur suaminya.

"I tak sangka Am pergi seawal ini.I selalu berdoa supaya Am dipanjangkan umurnya tapi..hurm..I rasa Allah tak terima kot doa I.."

"Ainul,salah tu.Awak tak baik cakap macam tu.Am pergi kerana ajal dia telah tertulis macam tu.Bukan sebab Allah tak terima doa awak.."

"Tapi I tak nak hilang Am lagi.Banyak lagi yang I belum buat untuk dia.Untuk kebahagiaan dia.I tak mampu nak beri dia zuriat,Syifa.I nampak betapa kecewanya dia disaat doktor kata yang I keguguran.Rahim I tak kuat,Syifa.Doktor cakap kemungkinan untuk I pregnant lagi tipis.."

Air mata Ainul Raniya semakin laju mengalir membasahi pipinya.

"Tapi Am tak pernah tunjuk dia kecewa depan I.Bila I tanya,dia akan cakap 'mungkin belum rezeki kita'.I sebagai seorang isteri rasa malu sangat pada dia.I rasa I tak cukup sempurna untuk dia tapi dia tak pernah tengok semua tu.I rasa serba salah,Syifa.."

"Ainul,semua orang tak sempurna.Saya pon tak sempurna juga.Dah,lepas ni,awak kena teruskan hidup.Saya akan sentiasa ada di belakang awak.."

Tubuh Ainul Raniya dipeluk erat.

"Macam mana I nak kuat kalau Am tak de di sisi I?"

"Saya yakin awak boleh lalui dugaan sebegini,Ainul.."


Ada yg menangis ke?😉

Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now