Mesejnya juga aku jarang balas. Balas bila perlu saja. Itu pun, atas dasar kawan. Tak berlebihan. Tak meleret.

Semuanya sebab Amna. Hati Amna. Aku nak jaga dan pelihara cintaku kepadanya. Hanya Amna.

Tiba-tiba Amna ketawa. Aku tahu, itu cara dia nak tutup rasa kecewa dalam hatinya. Entah bila dia nak luahkan dengan perkataan agar aku faham apa yang sedang bermain dalam mindanya.

"Laparlah. Nak meggi tak?" Tanya Amna.

Dan peluang ini aku ambil untuk menunjukkan rasa sayangku kepadanya. Aku peluk dia sewaktu dia sedang memasak. Minta dia untuk menyuapku. Aku suka begitu. Dan Amna selalu layankan saja kemanjaanku itu.

"You tak suka membaca, tapi, macam mana you boleh pandai? I tengok sijil PMR, SPM even your transcript diploma and degree. Result gempak gak la lah untuk orang yang tak membaca. Even mama kata, you tak pernah study walaupun malam exam." Tanyanku. Aku memang pelik dengan jenis manusia macam ni. Otak apa yang mereka gunakan?

"Focus dalam kelas. Observed surrounding." Jawapan Amna itu, buat aku ketawa.

"Observed surrounding? You? It's unbelievable. You orang yang ignorance. How can you observe your surroundings?" Balasku dan menyambung tawaku.

"I ambil tahu apa yang I nak tau je." Jawab Amna.

"So, you tak nak tau pasal suami you ni?" Aku mengangkat keningku berkali-kali. Dengan niat mahu mengusik.

Lagipun, Amna tak pernah ambil tahu apa-apa tentang aku. Apa yang aku bagitahu, itu saja yang dia tahu. Nak harap dia tanya, jangan harap.

"Apa yang I perlu tahu?"

"That he love you."

"I know."

Aku geleng.

"Then?" Aku angkat kening.

"Ask him."

"I'm asking."

Aku menariknya naik ke bilik kami semula setelah mengemas dapur. Amna sudah masak, giliran aku pula untuk mengemas.

Aku dudukkannya dibirai katil dan aku mencangkung dihadapannya. Tangannya aku ambil. Aku usap.

"I love you since the day I saw you." Kataku.

Amna diam.

"I don't think you get me. Amna, you are too special for me. The important person in my life." Kataku dengan penuh perasaan.

Itu yang aku rasa. Sejak dulu. Cuma, dulu aku sedar. Dulu, aku rasa cinta aku kepada Iza adalah yang paling agung. Aku lupa, Allah Pemilik hati manusia. Boleh membolak-balikkan hati. Tanpa aku sedar, aku dah terjatuh hati dengannya. Sejak pertama kali aku pujinya. Tanpa aku tahu dia adalah perempuan yang aku selalu bersembang di Tinder.

"Can't you think, macam mana we can make love like everyday without the feelings? I know you love me so much. So am I." Bersungguh-sungguh aku cuba untuk menyakinkannya.

Tapi dari riak wajah Amna, dia langsung tak percaya.

"The fact that, we are making love when you are fantasy with other women." Itu yang dia balas setelah diam yang lama.

Aku geleng. Aku tak pernah berfantasi mana-mana perempuan bila bersama dengannya. Tak pernah sekali pun. Sebab dia adalah Amna. Isteri aku. Tahktanya adalah ditempat tertinggi dihatiku.

"Don't deny it. Sometimes, you sebut nama Iza. Not even once. You sebut nama I. But, Iza. Even dalam mimpi pun, you called her name." Kata Amna.

Aku terkejut dengan kenyataannya itu. Sebetulnya, aku tak pernah membayangkan aku sedang bersetubuh dengan Iza bila aku bersama Amna. Tapi aku sedar, hanya Amna tahu apa yang aku lakukan diluar sedarku.

"At first. I sentap. Tapi dah selalu. Then, I realized. I just your sleeping partner. Do whatever you want. Sometimes, I rasa, you are my sugar daddy. And I adalah pelacur. Just untuk puaskan nafsu you. While you are imagine other woman." Kata-kata Amna itu menusuk sakit dihatiku

Aku geleng. Itu semua langsung tak benar. Dia perempuan yang mulia. Dia isteri aku. Dia bukan pelacur. Aku suami dia. Bukan sugardaddy bukan pelanggannya.

"No worries. I dah tak rasa apa-apa. I sedar pun kedudukan I dalam hati you. Dari mula kita kenal. I dah tahu. Tak ada ruang untuk I kat sini." Sambung Amna sambil meletakkan tapak tangannya ke dadaku.

Aku ambil tangan itu. Aku cium. Aku mahu dia tahu, dia sangat istimewa. Dia sangat mulia. Dia segalanya untuk aku.

Tapi dari riak wajahnya aku tahu, dia terlalu sakit. Hatinya terlampau banyak duka.

Allah, tunjukkan aku jalan. Bagaimana aku boleh bahagiakan dia. Isteriku yang solehah  ini? Kurniakan syurga untuknya, Ya Allah.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now