Raya Special :)

2.1K 104 8
                                    

Enjoy!!

***************************************************************************************

5 years later...

"Awak. Bangun untuk sahur," kataku sambil mengejut Isyraf.

Hari ini merupakan hari ke-20 seluruh umat Islam berpuasa. Aku dan Isyraf sudah berpindah ke rumah yang dihadiahkan oleh along dan angah di Kuala Lumpur. Anak? Belum ada rezeki lagi. Along dan kak Maisara turut menetap di Kuala Lumpur kerana along bekerja sebagai seorang doktor di sana. Kak Maisara menjadi suri rumah sepenuh masa selepas melahirkan  seorang anak lelaki, yang kini berusia 2 tahun dan bernama Aizat. Angah pula menjadi anggota polis di daerah kampung dan menetap bersama umi dan abah di sana. Farah dan Amir sudah berkahwin dua tahun lepas. Mereka sudah mempunyai dua anak perempuan. Suhaila yang baru berusia setahun dan Wanie yang baru beberapa bulan. Kawan-kawan yang lain turut sudah berkahwin.

Isyraf sudah melangkah ke bilik air manakala aku menurun ke dapur untuk menyediakan nasi dan lauk untuk sahur. Seorang wanita dan lelaki, yang berusia dalam 50-an, sedang melangkah ke dapur.

"Naz. Maafkan Mak Jah kerana tidak bantu Naz siapkan makanan untuk sahur," kata wanita yang bernama Mak Jah itu.

"Alah Mak Jah. Setakat makanan ini, takder apa-apa lah sangat. Mak Jah dan Pak Mail perlukan rehat juga," pujukku.

Kelibat Isyraf yang masuk ke dalam dapur membuat semua memandangnya. Aku mengambil pinggan untuk aku, Mak Jah, Pak Mail dan Isyraf. Nasi sudah diletakkan ke dalam pinggan dan suasana di dapur itu amat sepi tanpa sebarang perbualan. Mak Jah merupakan orang gaji yang telah aku menawarkan kepadanya kerana aku berasa amat kesian akan jalan hidupnya bersama suaminya, Pak Mail. Pak Mail pula sentiasa menawarkan diri untuk memandu ke mana-mana walaupun telah dihalang olehku dan Isyraf. Setelah makan sahur, aku mengemas meja manakala Mak Jah mencuci pinggan-mangkuk. Isyraf dan Pak Mail berbual sementara menunggu azan Subuh. Mereka segera mengambil wudu'. Aku dan Mak Jah menyediakan sejadah sebelum mengambil wudu'. Apabila azan Subuh berkumandang, kami segera menunaikan kewajipan kami. Selepas menunaikan solat Subuh, aku dan Isyraf melabuhkan punggung kami di sofa. Mak Jah dan Pak Mail sudah melangkah ke bilik. Aku perasan bahawa Isyraf sedang merenungku. Aku mengangkat keningku sambil memandangnya.

"Kenapa abang pandang saya macam itu?" soalku dengan hairan.

Isyraf menggelengkan kepalanya sebelum berkata, "Tak sangka bahawa abang dapat beraya dengan sayang dan ini tahun ke-5. Banyak dah berubah ye."

Aku mengangguk dan sebuah senyuman mula terukir di bibirku. Kenangan demi kenangan mula mengimbas di fikiran kami. Isyraf turut tersenyum apabila memikirkan kenangan-kenangan tersebut. Kepalaku diletakkan di bahu Isyraf dan diusap oleh Isyraf sementara kami berdua berbual tentang kenangan kami berdua.

"Abang. Untuk raya tahun ini, abang nak tema warna apa?" soalku tanpa memandang Isyraf.

"Hmm.. Sayang nak warna apa?" soalnya balik. Aku mengangkat kepalaku dan mula berfikir. Isyraf memandangku dengan tangannya memelukku sambil menunggu jawapan dariku. Dia membisikkan sesuatu apabila memikirkan aku sedang fikir terlalu panjang.

"Aik, lamanya fikir. Apalah nak jadi dengan isteri abang ini," bisiknya di telingaku.

Aku ketawa kegelian sebelum memandangnya dan menyoal, "Apa kata, tema warna ini adalah ungu?"

Isyraf kelihatan seperti memikirkan sesuatu sebelum membalas, "Ungu pun ungulah. Asalkan boleh beraya dengan sayang."

Dia sempat mengenyitkan matanya kepadaku. Aku mengulungkan mataku dan tersenyum.

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now