Bab 10

2.1K 88 4
                                    

Keesokkan hari

Hari ini hari Sabtu. Selepas kelas mengaji di masjid yang berdekatan, aku segera ke rumah Ustaz Khairul. Semasa aku memberi salam, Puan Zalikha menyambut kedatanganku dengan penuh kegembiraan. Aku segera menyalam ibu Isyraf.

"Nazirah sihat? Umi dan abah Naz sihat?" soal Puan Zalikha.

"Sihat alhamdulillah.. Aunty dan Ustaz sihat?" balasku dengan sopan.

"Sihat alhamdulillah.. Jangan panggil aunty dan Ustaz.. Panggil jer ibu dan ayah.. Lagipun kamu ni kan bakal menantu ibu," kata Puan Zalikha dengan senyuman.

Aku mengangguk dan membalas senyumannya. Puan Zalikha mengajakku ke ruang tamu. Kelihatan Isyraf dan Isya sedang khusyuk menonton televisyen sehingga tidak perasan akan kehadiranku. Kedengaran tapak kaki sedang menuju ke ruang tamu.

"Isya.. Tengok siapa datang ni?" tegur Puan Zalikha.

Apabila Isya mendengar teguran itu dan memandang ke arahku, dia segera berlari dan mendakap tubuhku. Aku membalas pelukannya dan mengusap kepalanya. Aku dapat merasakan seseorang sedang merenung ke arahku dan aku memandangnya.

Isyraf segera mengalihkan pandangannya. Isya melepaskan dakapannya dan mengajakku untuk menonton televisyen bersama-sama. Puan Zalikha sedang menghidangkan makanan bersama orang gajinya, Kak Piah. Ustaz Khairul pula entah ke mana.

"Isyraf, Isya dan Naz. Jom makan. Isya, tolong panggilkan ayah," kata Puan Zalikha.

Isya pergi ke Ustaz Khairul manakala Isyraf sudah menarik kerusi dan duduk di sebelah Puan Zalikha. Apabila Isya dan Ustaz Khairul datang ke meja makan, aku duduk di sebelah Isya dan Ustaz Khairul duduk di tengah. Aku mengambil pinggan untuk aku dan Isya.

"Akak.. Tolong amikkan mi goreng tu boleh?" soal Isya.

"Boleh Isya," balasku.

Aku mengambil mi goreng basah untuk Isya sementara Puan Zalikha memanggil Kak Piah.

"Piah.. Mari makan dengan kita," ajak Puan Zalikha.

"Takperlah Kak Zalikha," menolak Kak Piah.

"Jom ah Kak Piah.. Kak Piah dah macam keluarga kita dah," pujuk Isyraf.

Isya sempat mengugut Kak Piah untuk tidak membantah kerana Kak Piah sudah seperti keluarganya sendiri. Kak Piah, yang ingin membantah itu, terus tidak jadi kerana tidak sampai hati mahu membantah pelawa sebuah keluarga yang sudah banyak menolongnya. Aku menarik kerusi yang ada di sebelahku dan menyuruh Kak Piah duduk di situ.

Isya memberi satu pinggan, yang berdekatan dengannya, untuk Kak Piah. Kak Piah terharu dengan sikap keluarga majikannya dan bakal menantu majikannya itu kerana walaupun dia orang bawahan, majikannya tidak pernah mengabaikannya dan tidak menganggapnya sebagai orang luar malah sebagai keluarga mereka sendiri. Mereka memulakan sesi makan tengahari.

"Isyraf, Nazirah.. Kamu berdua sudah mula membuat persiapan untuk peperiksaan tahun akhir?" soal Ustaz Khairul, yang ingin memecah kesunyian.

Aku dan Isyraf berpandangan seketika sebelum Isyraf menjawab soalan ayahnya, "Belum lagi, ayah.. Kami ingat nak buat sebuah kumpulan untuk mengulangkaji bersama.. Mungkin selepas kita berdua nikah."

Aku mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Isyraf.

"Kamu berdua sudah cuba baju perkahwinan?," soal Puan Zalikha pula.

"Sudah ibu," balasku dan Isyraf serentak.

Selepas sekian lama berada di rumah Isyraf, Nazirah meminta diri untuk pulang selepas solat Asar bersama mereka.
                    ****************
Hari demi hari. Minggu demi minggu berlalu. Cuti sekolah September sudah tiba dan hari ini merupakan hari pernikahan aku. Aku tidak memakai sebarang inai kerana ingin merahsiakan perkahwinan ini sehingga peperiksaan akhir tahun. Mak andam sedang memakai barang makeup di mukaku. Kedengaran ketukan di pintu dan Laila masuk ke dalam bilikku sambil menjerit kecil.

"Ya Allah, Ya Rabbi! Nazirah! Kau cantik sangat harini!"

"Kau apa kurangnya?" balasku dengan pujian.

Kami berdua gelak dan berpelukan. Mak andam itu hanya menggelengkan kepalanya dan mula mengemas barang-barangnya.

"Makeup kamu sudah siap.. Akak balik dulu eh?" kata mak andam itu dan meminta diri.

Aku dan Laila berborak dan sempat mengambil gambar bersama-sama sebelum umi masuk ke dalam.

"Ya allah dua budak ni.. Sempat amik gambar rupanya," kata umi.

Kami berdua gelak sebelum menarik umi untuk bergambar sekali. Umi bukan main posing.

"Amboi amboi amboi.. Ambik gambar tak ajak kita bertiga eh?" usik abah apabila sampai ke bilikku bersama kedua abang-abangku.

Aku, Laila dan umi gelak akan usikan abah dan muka mencuka abang-abangku. Kami beramai mengambil gambar sebelum turun ke bawah kerana pihak lelaki dan pengantin lelaki sudah tiba. Aku, secara tiba-tiba, rasa gementar. Laila, yang berada di sebelahku, menenangku dan sentiasa bersamaku.

"Baca selawat untuk tenangkan hati kau," nasihat Laila.

Aku dibawa ke tempat duduk, yang tidak jauh dari tok kadi dan pengantin lelaki. Abah aku mengambil tempatnya di hadapan pengantin lelaki. Akad nikah bermula dengan doa-doa dan nasihat dari tok kadi.

Dengan sekali lafaz, aku sudah sah menjadi isteri kepada orang yang aku tak sangka aku akan kahwin dengan, Mohammad Isyraf Airy bin Mohammad Khairul. Isyraf bersalaman dengan abang-abangku, Ustaz Khairul dan abah sebelum menunaikan solat.

Selepas dia melakukan solat sunat, dia datang ke arahku. Aku sudah menundukkan kepalaku. Dia mengambil sebuah cincin dari umi. Umi mengarahku untuk menghulurkan tanganku. Aku menurut dan Isyraf menyarung cincin itu di jariku.

Isyraf sempat membisik kepadaku, "Amboi, sejuknya tangan."

Aku sekadar mendiamkan diri kerana malas membalas kata-katanya. Aku mengambil cincin dari umi dan menyarung ke tangan Isyraf. Bunyi kamera kedengaran dan siapa sangka, angah adalah jurugambar untuk majlis perkahwinanku. Dia mengambil gambar aku mencium tangan Isyraf dan Isyraf mencium dahiku.

"Naz.. Lepas ni, kamu bukan tanggungjawab umi dan abah lagi.. Kamu sudah menjadi tanggungjawab Isyraf.. Syurga kamu berada di bawah tapak kaki Isyraf.. Hormatinya sepertimana kamu hormati umi dan abah," nasihat umi apabila aku menyalamnya.

Aku sempat mengelap air mata umi yang ingin menitis. Aku mengiyakan kata-kata umi dan memeluknya sebelum menuju ke Puan Zalikha, yang sudah menjadi ibu mertuaku.

"Terima kasih Naz kerana menerima Isyraf dalam kehidupan kamu.. Ibu doakan kamu dan Isyraf bahagia dan dapat menerima satu sama lain," kata Puan Zalikha sambil memelukku.

Aku melihat Isyraf menyalam Puan Zalikha dan umi. Kebetulan, abah dan Ustaz Khairul serta abang-abangku menuju ke arahku. Aku perasan akan kehadiran mereka dan bertindak untuk menyalami mereka. Mereka juga seperti umi dan Puan Zalikha. Menasihat aku tentang masjid yang baru dibina aku dan Isyraf.

Tidak ramai yang ada kerana majlis ini merupakan majlis kecil-kecilan. Kami mengadakan sesi gambaran secara keluarga. Laila sempat memelukku dan aku perasan akan kehadiran Farah dan Amir di majlis tersebut. Mereka memberiku sebuah senyuman. Aku membalas senyuman mereka.

                 °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

                 °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Dia Imam Mudaku!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن