Bab 7

2.3K 101 7
                                    

"WHAT?!? BERKAHWIN?!?!" Jeritku dan Isyraf dengan serentak.

Ibu bapa kami mengangguk sementara adik-beradikku dan kakak iparku melangkah menuru ke arah kami.

"Kenapa tadi dia orang ni jerit?" soal alongku.

"Tak terlalu awal ke?" Soalku kepada mereka dan menghiraukan persoalan along.

"Tolong jangan ingat bahawa kami mahu nikahkan kamu berdua kerana bisnes. Kami tiada niat untuk nikahkan kamu berdua disebabkan itu," balas Ustaz Khairul dengan tenang.

Adik-beradikku sekadar mendiamkan diri dan tidak masuk campur dalam perbincangan itu. Yang lain diam seketika sebelum Isyraf berkata.

"Kami akan fikir-fikirkan.. Tolong bagi kami masa untuk berfikir," kata Isyraf dan aku mengangguk tanda mengiakan kata-kata Isyraf itu.

Mereka mengangguk. Keluarga aku meminta diri untuk pulang. Setelah pulang, aku segera naik ke bilik untuk membersihkan diri.

'Asal tetiba nak kena kahwin ngan mamat tu? Dah lah tahun ni tahun SPM,' bisik hati kecilku. Tanpaku sedari, aku mengeluh kecil.

Aku inginkan hidup senang
Aku pun inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu

Telefon bimbitku diambil di meja belajarku dan dipandang sekilas. Hurm, Laila telefon. Ingatkan siapa. Aku segera menjawab panggilan tersebut.

"Wey Naz.. Kau dah buat latihan Add Math ke belum? Jangan sampai si singa tu mengamuk," terjah Laila tanpa memberi salam.

"Waalaikumusalam Laila," perliku.

"Assalamualaikum.. Sindir nampak.. Kau dah siapkan latihan tu ke belum?" tanya Laila.

Aku sekadar ketawa kecil dan menjawab soalannya, "ye, aku dah siapkan latihan add math tu.. Aku tak nak singa tu mengamuk pulak."

Laila turut ketawa dengan kata-kataku.

"Wey Laila.. Kalau aku nak minya pendapat kau boleh tak? Aku nak minta pendapat kau pun kerana kau yang paling aku rapat selain Farah," kataku tiba-tiba.

"Hurmm.. Sejak bila kau kena minta izin untuk bertanya? Tanya jelah.. Lagipun bunyi cam serius je," balas Laila.

"Kalau kau kena kahwin atas pilihan keluarga kau, kau akan setuju ke tidak?" Soalku.

"Tengok dulu ah.. Kalau aku sememangnya kenal orang tu dan perangainya baik, aku setuju tetapi kalau perangainya tidak baik, aku tak setuju," balas Laila dengan tenang.

Aku mendiamkan diri sambil memahami kata-kata Laila sebelum disoal oleh Laila.

"Kau ada masalah ke?"

"Kalau aku bilang kau, kau jangan bilang sesiapa dan jangan terkejut sangat boleh?" balasku dengan persoalan.

"Insyaallah."

"Mak bapa aku nak kahwinkan aku dengan Isyraf. Baru tadi keluarga aku gi rumah dia kerana mak aku dan mak dia kawan rapat. Kalau boleh, aku nak tolak jer tapi tak nak kecewakan mak bapa aku," kataku sambil memejamkan mataku.

"Ouh.. Jadi kau kena kahwin dengan Isyraf tapi belum bagi kata putus lah ni?" tanya Laila.

"JAP.. KAU KATA APA? KAU KENA KAHWIN DENGAN ISYRAF?!?!" jerit kecil Laila.

Aku terkejut akan jeritannya walaupun aku sudah pasti dia akan menjerit dan terkejut sebegini.

"Wey.. Aku tau ah kau terkejut tapi janganlah jerit.. Aku tak nak dicop pekak," balasku.

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now