Bab 14

1.9K 77 0
                                    

Aku menduduk di meja belajar Isyraf dan mencapai sikat. Isyraf pula baru masuk bilik bersama tualanya di atas kepala sambil menggosok rambutnya. Aku sekadar menyikat rambutku dan mula terfikir akan bila aku ingin menjenguk abah dan abang-abangku. Selalu sahaja jumpa umi di kedai.

"Termenung jauh nampak," tegur Isyraf dan melabuhkan pinggangnya di tepi katil berdekatan denganku.

Aku memusing badanku dan memandang wajahnya sebelum bertanya, "Awak.. Boleh tak kita duduk rumah umi dan abah buat beberapa hari?"

Isyraf mengangguk dan berkata, "Sudah tentu boleh.. Lagipun, dah lama kita tak jenguk abah, along dan angah.."

Aku mendiamkan diri dan perasan bahawa Isyraf sedang memandangku dengan pandangan yang tidak begitu tajam.

"Kenapa?" soalku.

Isyraf hanya menggelengkan kepalanya. Jam tanganku menunjukkan pukul 5 petang. Aku meminta diri untuk ke dapur dan menolong Puan Zalikha, menyiapkan makan malam. Isyraf mengangguk dan membaringkan badannya di atas katil sambil menutup matanya.
                   *****************
Isyraf POV

Sebaik sahaja Nazirah keluar dari bilikku, aku membuka mata dan memegang dadaku. Aku dapat merasakan hatiku berdegup tidak tentu hala semenjak aku memandang wajah Nazirah. Tanpaku sedar, Isya masuk ke dalam bilikku.

"Termenungkan apa tu?" sergah Isya bersama satu buku.

"Allah.. Isya, asal sergah abang macam tu?" balasku dengan sedikit marah.

"Alah.. Abang yang termenung jauh sampai Isya ketuk pintu bilik abang beberapa banyak kali pun abang tak dengar," kata Isya dengan polos.

Isyraf mengaru lehernya sebelum bertanya, "Ada apa Isya datang sini? Kalau nak cari Kak Naz, dia ada kat dapur dengan ibu."

"Isya datang sini bukan nak cari Kak Naz.. Tapi nak cari abang.. Boleh abang tolong ajar camner nak lukis?" balas Isya.

Walaupun Isya ni budak umur enam tahun tetapi cara dia berbual dan berfikir tidak seperti kanak-kanak. Aku mengangguk setuju dan mengajak Isya untuk ke ruang tamu. Sebelum ke ruang tamu, aku pergi ke dapur dan mengambil dua gelas.

"Raf nak buat apa dengan dua gelas?" soal ibu, yang sedang sibuk memotong sayur-sayuran.

"Nak bancuh air untuk Raf dan Isya.. Ibu nak Raf bancuhkan air untuk semua?" balasku dan mengambil sebuah jug.

"Boleh juga," kata ibu.

Nazirah, yang sedang mengaul sambal, mengambil syrup manga dan memberi kepadaku. Tanganku lincah membuat air manga dan menuang ke dalam dua gelas yang telah aku ambil. Setelah itu, aku membancuh air manga untuk seluruh keluargaku dan meletakkan dia atas meja makan.

"Ibu.. Mana ayah?" soalku.

"Ayah pergi ke padang belakang.. Nak tolong tengok-tengokkan, katanya," balas ibu.

Aku sekadar mengangguk sebelum melangkah ke arah Isya yang sedang menungguku bersama dua gelas di tanganku. Ibu dan Nazirah pula sibuk memasak sambil berbual. Isya mengambil satu gelas dari tanganku dan menolongku meletakkan di atas meja yang disediakan. Aku mengajar Isya melukis sementara menunggu jam berlalu. Ayah memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Raf, Isya.. Tengah buat apa tu?" soal ayah.

"Abang tengah ajar Isya lukis," balas Isya sambil memandangnya.

"Ayah nak air? Raf pergi ambilkan.. Kebetulan Raf dah siapkan air bancuh," soalku.

"Boleh juga.. Ibu dan Naz mana? Tengah masak makan malam ke?" balas ayah dan terselit soalan.

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now