Bab 11

2K 84 7
                                    

Malam Pertama
Baru Kahwin

Aku melangkah masuk ke dalam bilikku bersama Isyraf di sebelah. Tanpa berkata apa-apa, aku mengambil bajuku dan masuk ke dalam bilik air. Selepas beberapa minit, aku keluar dari bilik air dan ternampak Isyraf sedang merehatkan tubuhnya sambil menutup matanya di atas katil. Aku pergi ke arahnya dan mengejutnya dengan menggunakan selimut kerana aku mempunyai wudhuk.

"Isyraf.. Bangun.. Awak pergi bersihkan diri dan ambil wudhuk.. Kita solat Isyak sesama," kataku dengan tenang.

Isyraf segera bangun dan masuk ke dalam bilik air dengan pakaiannya. Aku mengambil dua sejadah dan membentang sejadah-sejadah itu. Setelah dia keluar dari bilik air, kami menunaikan solat Isyak. Aku terpaku akan suara merdunya apabila dia membaca surah dan doa.

Selepas membaca doa, aku menyalamnya dan kami segera mengemas sejadah-sejadah yang dibentang sebelum melabuhkan badan di atas katil. Aku perasan bahawa Isyraf memandangku walaupun dalam posisi baring.

"Awak ada apa-apa nak cakap ke?" soalku.

"Hurmm.. Awak tak nak buka tudung awak tu ke? Yelah, mana tahu nanti rasa panas tengah-tengah malam," balasnya.

Aku teragak-agak untuk membuka tudungku kerana tidak biasa membuka tudungnya dan menunjukkan rambutnya kepada orang yang sudah menjadi muhrimnya. Aku mengambil keputusan untuk membuka tudungku secara perlahan-lahan. Selepas aku membuka tudungku, aku perasan Isyraf seakan-akan tergamam melihat rambutku.

Aku berdehem sebelum menanya, "Awak.. Tadi awak ada nampak Amir dan Farah?"

Isyraf mengangguk dan berkata, "Saya sempat berbual dengan mereka tadi. Mereka mengucap tahniah dan Farah tidak seperti dahulu, yang tergila-gilakan saya.. Saya rasa lega bila dia tidak seperti dahulu."

"Kalau dia sudah seperti itu, alhamdulillah.. Saya perasan Farah dan Amir seperti rapat semacam aje," kataku.

Isyraf memandangku dan aku masih memikirkan tentang Farah dan Amir. Semakin lama aku memikir tentang mereka berdua, semakin berat mataku. Aku terlelap. Isyraf, yang masih memandangku tanpa berkelip itu, hanya menggelengkan kepalanya. Dia sempat mencium dahiku dan mengucapkan selamat malam sebelum kepalanya terletak di atas katil. Pinggangku dipeluknya.
                    *****************
Sudah seminggu aku berkahwin dengan Isyraf dan hari ini kami pergi ke sekolah sebagai suami isteri buat kali kedua. Tiada siapa yang tahu akan pernikahan kami kecuali Ustaz Khairul dan Laila. Rutinku selama menjadi isteri Isyraf dapat dijalan dengan sempurna kerana Isyraf bukanlah seorang yang cerewet. Selama seminggu ini juga, kami berdua dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan masing-masing dan kami berdua duduk di rumah keluarga Isyraf. Kami berdua mengambil peluang cuti sekolah itu untuk membina kepercayaan dan keserasian antara kami walaupun berada di rumah keluarga sendiri. Untuk pergi ke sekolah, kami berdua sudah sepakat untuk mengayuh basikal masing-masing dan pergi ke sekolah bersama-sama.

Biarpun ramai mengata kami berdua tetapi itu tidak menghalang kami untuk menjadi rapat sebagai kawan di sekolah dan suami isteri di rumah. Along dan angah bersepakat untuk membeli kami sebuah rumah dan kereta untuk kami berdua tetapi ditolak dengan baik kerana buat masa ini, aku dan Isyraf ingin meluangkan masa bersama keluarga dan keluarga mertua masing-masing. Sampai sahaja di sekolah, Laila, Lily, Faiz dan Rizal serbu kami berdua. Aku dan Isyraf terperanjat akan kedatangan mereka yang tiba-tiba serbu kami pagi-pagi sebegini.

"Korang dah kenapa?" Soal Isyraf.

"Kita orang dengar korang datang sekolah naik basikal sesama," balas Rizal.

"Hais korang ni. Itu pun nak kena serbu kita orang camtu sekali ke? Alah korang ni. Setakat naik basikal sesama jer pun. Bukannya buat benda tak senonoh," sindirku.

"Yelah. Korang tak buat benda tak senonoh tapi aku hairan lah.. Camner korang leh rapat selepas seminggu cuti? Sebelum ni pun setakat kawan gitu-gitu jer," soal Faiz.

"Takkan diorang tak boleh rapat? Biar ah," balas Laila, yang sudah tahu akan perhubungan kami dan tidak mahu yang lagi dua lelaki tahu akan perkara tersebut kerana aku telah memberi amaran kepadanya.

"Dah dah.. Jom kita pergi ke dewan.. Kejap lagi guru-guru PJ nak bagi informasi-informasi tentang hari sukan," kata Isyraf.

"Camner awak tahu?" Soal Lily.

"Awak dah lupa ke buat-buat lupa? Ayah saya kan Ustaz kat sekolah ni," balas Isyraf selamba.

"Ye tak ye juga eh," kata Lily yang terlupa akan perkara yang satu itu.

Di dewan sekolah, ramai pelajar sudah ada di situ, memandang kami enam semacam. Ada yang diamkan diri, ada yang berbisik di antara satu sama lain dan ada juga yanh menjeling ke arah aku, Laila dan Lily. Kami buat bodoh akan pandangan mereka dan menumpukan perhatian kami ke guru-guru yang ada di atas pentas. Selepas membaca lagu kebangsaan dan lagu sekolah, salah satu guru PJ mengambil mikrofon dan memulakan kata-katanya.

"Seperti yang kamu semua tahu, setiap tahun, sekolah kami akan mengadakan Hari Sukan tidak lama lagi. Ada beberapa kategori dan kami, sebagai guru-guru Pendidikan Jasmani, telah ditugaskan untuk melatih kamu semua. Kali ini, kamu semua dapat memilih kategori-kategori mana yang kamu inginkan. Kategori-kategori ini terdapat daripada perlarian dan beberapa permainan, seperti bola lantai, sepak takraw, bola keranjang dan banyak lagi," terang guru tersebut.
               °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Kelas PJ

Sewaktu PJ, kelas aku akan berlatih perlarian untuk sesiapa yang pantas berlari dan permainan-permainan lain ada disertai oleh yang lain. Guru PJ kelas aku sedang memilih pelajar-pelajar yang dapat memenangi persaingan ini.

"Sesiapa yang mahu berlari di perlumbaan 4×100 meter, 4×400 meter dan permainan-permainan yang lain?" soal guru tersebut.

"Cikgu.. Apa kata suruh Nazirah sertai kesemuanya itu? Dia kan salah satu atlet paling pantas dalam kelas kita," balas ketua kelas aku.

Aku, yang terdengar nama aku disebutkan itu, terus memandang ketua kelas aku dan guru PJ bersilih ganti. Amir dan Laila ketawa kecil akan reaksiku sementara Farah hanya senyum tipis.

"Nazirah.. Kamu mahu berlumba di perlumbaan 4×100 meter dan 4×400 meter dan permainan-permainan lain?" soal guru PJ itu kepadaku.

"Bukan kamu sahaja yang akan berlawan untuk kelas ini tetapi dengan atlet-atlet kelas kita," kata guru PH itu lagi.

Aku teragak-agak untuk membalas. Secara tidak langsung, kelas aku membuat bising dengan menyebut namaku kerana ingin aku berlari dan memenangi perlumbaan-perlumbaan itu untuk kelas ini. Aku sekadar mengangguk tanda setuju. Ketua kelas aku ditugaskan untuk mengisikan borang yang disediakan bagi sesiapa yang ingin menyertai persaingan pada Hari Sukan itu.

Untuk para peserta yang menyertai persaingan itu, akan mula berlatih selepas waktu sekolah sehingga Hari Sukan. Aku dan Laila menyertai persaingan itu. Tidak ketinggalan Farah, Amir, Isyraf, Rizal dan juga Faiz menyertai persaingan ini. Walaupun aku dan Farah berjauhan kerana ugutan Zahra pada Farah, tetapi kami berdua masih berhubungan dengan bantuan Amir. Bak pepatah, air dicincang takkan putus.
                   °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Selepas sekolah

Para peserta diminta untuk ke padang sekolah dan memulakan sesi memanaskan badan sebelum berlatih. Isyraf juga menyertai perlumbaan 4×100 meter dan 4×400 meter serta permainan-permainan yang lain. Aku, Laila, Lily, Suzy, Rizal, Faiz, Isyraf dan juga Amir berbual antara satu sama lain. Walaupun Amir sepatutnya memerhatikan Farah, tidak semestinya dia akan bersama Farah dua puluh empat jam.

Selepas memanaskan badan, kami memulakan latihan kami sehingga pukul lima petang. Latihan-latihan yang diberikan oleh guru-guru PJ bukan senang tetapi susah gila nak mampus. 'Mereka ingat kita orang ini robot ke?' fikirku.

TBC
-----------------------------------------------------------

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now