Bab 27

123 12 1
                                    

"Assalamualaikum!"kata aku dan Haqeemi kepada satu rumah. Selepas beberapa minit barulah pintu rumah itu terbuka.

"Waalaikumussalam. Eh korang dah sampai!"tegur Ammar yang berdiri di pintu rumah sewa mereka. Aku mengambil tempat di tempat duduk luar selepas dijemput. Yelah tak elok pula kalau aku masuk rumah lelaki bujang. Tak pasal-pasal nikah awal aku nanti.

Aku bayangkan pun dah ngeri kahwin muda ni. Haqeemi juga hanya duduk di kerusi depan aku. Bayang-bayang Ammar hilang seketika sebelum keluar dengan membawa jag dan cawan air.

 Bayang-bayang Ammar hilang seketika sebelum keluar dengan membawa jag dan cawan air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

p/s gambar sebagai contoh.

"Nah minumlah. Air bujang je! Barang -barang dapur belum ada lagi nak buat air manis."kata Ammar kepada kami sebelum duduk di kerusi kosong.

"Kira oklah ni. Jarang tau lelaki nak hidang air nih. Limited!"kata aku kagum dengan Ammar. Jarang jumpa lelaki hidang air ni lagi-lagi tanpa disuruh. Rare even air kosong je.

"Alah aku tau korang mesti penat baru sampai."kata Ammar.

"Bukan korang. Tapi aku je! Aku yang drive bukan dia ni."kata Haqeemi tak puas hati sambil melihat ke arah aku.

"Tapi en cantik meja ni. Siap ade lambang team bola pahang lagi. Fuyoo!! Rarenyaa!"kata aku teruja dengan meja kayu ini yang mempunyai corak unik.

"Kalau kau nak tahu. Kitorang pun terkejut masa mula-mula tengok meja ni. Unik sangat! Nak buat macam mana dah tuan rumah peminat setia bola pahang."jawab Ammar teruja.

"Eh jap!jap! Bukan korang kata korang naik kereta Qairina ke? Mana dia? Tak nampak pun dari tadi?"tanya Ammar kepada kami sambil mencari-cari kelibat Qairina.

"Ada je dalam kereta tu. Tidur!"kata aku dengan tenang.

"Asal korang tak kejut dia. Bahaya tau duduk dalam kereta lama-lama!"ujar Ammar prihatin.

"Itulah! Iman ni saja je nak kenakan si Qairina tu. Tapi jangan risau aku ada bukak tingkap kereta tadi. So takdelah dia sesak nafas nanti."kata Haqeemi.

"Kau sebenarnya tak sabar jumpa dia en!"kata aku sambil mengecilkan mata memandang Ammar.

"Mana ada."nafi Ammar.

"Dahla jom tolong aku angkat barang dalam kereta!"kata Haqeemi pada Ammar. Aku hanya ikut dari belakang. Terpampang muka Qairina yang masih tidur itu dalam kereta.

Ya Allah! Cover la sikit oi!🤦🏻‍♀

Aku sudah menepuk dahi melihat muka Qairina yang masih lena tidur itu. Tak ayu langsung! Dengan tudung senget benget. Kalau aku bakal mak mertua dia, confirm aku reject dia awal-awal.

Aku perhatikan saja Ammar yang sedang menatap muka anak dara orang nih. Tak cover langsung! Mungkin kerana rasa diperhatikan, Qairina membuka mata dan..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IMAN AMANIWhere stories live. Discover now