Bab 17

60 16 0
                                    

Sudah 3 hari kejadian itu berlaku. Haqeemi dan Tasya masih mendiamkan diri. Mereka langsung tidak mahu menceritakan perihal kejadian itu padaku.

Tasya sudah mengatakan yang dia tidak mahu berkawan lagi dengan aku. Sejujurnya aku okay je. Lagipon aku baru sahaja kenal dia. Jadi kami tidak la begitu rapat.

Cuma yang aku risaukan ialah Haqeemi. Sejak hari itu dia hanya membisu. Dia cuba mengelakkan diri daripada aku. Aku tidak boleh membaca apa yang ada di pemikirannya.

Adakah dia juga benci aku sebagaimana Tasya??

Kenapa dia elakkan diri dari aku?

Apa yang berlaku antara mereka?

Dan banyak lagi soalan yang berada di fikiran aku. Aku kecewa kenapa diorang memperlakukan aku sebegini. Aku sudah hilang seorang kawan tapi takkanlah aku mahu hilang Haqeemi, iaitu rakan aku dari sekolah rendah lagi.

Mungkin kami tidaklah begitu rapat. Tapi aku tetap telah membesar dengannya. Dari jiran, sama sekolah hinggalah ke universiti. Takkanlah hanya disebabkan pertengkaran dia dengan Tasya, dia mahu putuskan persahabatan ini.

Aku menoleh melihat Haqeemi di belakang. Dia langsung tidak memandangku. Aku memandang semula ke hadapan bagi menumpukan apa yang mahu dikatakan oleh Prof Osman.

"Saya mahu ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar. Kerana telah menghantar tugasan tepat pada waktunya." semua pelajar menepuk tangan pada diri sendiri.

"Iman! Saya nak kamu datang ke pejabat saya lepas class ini." kata Prof Osman sebelum memulakan class seperti biasa. Aku sudah mula risau apabila Prof Osman hendak berjumpa denganku.

Aku ada buat salah ke?😥

_______________________________________

Pejabat.

"Kenapa Prof nak jumpa saya ni? Saya ada buat salah ke. Atau assignment saya ada yang kurang? Setahu saya, saya dah semak banyak kali."kata aku sejurus masuk ke pejabat Prof Osman.

"Bukan sebab itu Iman. Saya nak tanya kamu tentamg sesuatu."kata Prof Osman dengan serius. Lalu Prof Osman menunjukkan satu gambar.

Aku melihat dengan teliti gambar itu. Terdapat satu pasangan yang saling berpelukan. Tetapi gambar itu ditangkap menghadap perempuan itu saja. Lelaki itu membelakangi kamera.

Aku lihat dengan teliti siapa perempuan di gambar itu. Dan yang mengejutkan aku. Gambar perempuan itu adalah aku.

"Apa semua ni Iman?"tanya Prof Osman dengam serius. Muka aku sudah terkejut beruk. Aku tahu itu muka aku. Tapi aku tidak pernah berpelukan dengan mana-mana lelaki sebelum ini kecuali ayah dan adikku.

Dan lelaki di gambar itu bukan mereka. Siapa yang lakukan semua ni sebenarnya? Motif?

"Kamu cuba jelaskan kepada saya. Adakah gambar ni betul ke tidak?. Tolong jujur dengan saya."tanya Prof Osman.

"Prof. Saya tak pernah pon buat semua benda ni. Gambar ni pon baru first time saya tengok."kata aku bersungguh-sungguh. Aku harap Prof Osman dapat mempercayai aku.

"Baiklah! Buat masa sekarang saya percayakan awak."kata-kata Prof Osman melegakan hati aku.

"Gambar ni saya dapat daripada classmate awak. Kalau betul gambar ni fake. Tolong berikan saya bukti untuk mengesahkan yang kamu benar-benar tidak bersalah. Saya harap kamu dapat selesaikan semua ni dengan baik."

"Lagi satu. Saya nak kamu rahsiakan perihal gambar ni kepada fakulti lain. Saya tak mahu perkara ni jadi heboh. Kelak fakulti kita juga akan menanggung malu. Nah! Saya harap gambar ni dapat membantu kamu nanti."kata Prof Osman lalu memberi gambar itu kepadaku.

IMAN AMANIWhere stories live. Discover now