Sudah berpuluh minit aku menunggu kemunculan Qairina di mall. Mana dia ni, kata nak datang. Dahlah dia yang ajak. Lepastu dia jugak yang lambat.
Hmm sebagai kawan yang baik mestilah aku on je.
Aku menunggu di depan kaunter membeli tiket wayang. Kenapalah dia paksa aku datang sorang-sorang? Kalau tak bolehlah aku datang dengan Aina dan Maisarah. Boleh aku tumpang kereta Maisarah je. Jimat!!
Tadi aku naik grab car hampir 30 ringgit tau!! Jauh kot Mall ni. Tiba-tiba Qairina video call aku di Whatsapp. Aku lekas menjawab panggilannya.
"Kau kat man-" terdiam aku apabila melihat Qairina yang masih di dalam biliknya.
You must be kidding right?!!
"Kau dekat bilik lagi?!!"kata aku sedikit kuat. Rasa geram aku sedang membuak-buak. Mana taknya dia yang beria-ria ajak aku semalam. Pastu dia pulak yang tak datang. Macam mana aku tak marah???
"Sorry la wei! Aku sakit perut pulak tiba-tiba! Aku tak dapat datang harini."kata Qairina sambil mengerut mukanya tanda dia betul-betul sakit perut.
"Pastu aku macam mana? Takkan aku nak tengok Ejen Ali sorang-sorang kot??"kata aku dengan muka sedih. Lonelynya aku harini. Susah jadi single nih! Takde orang yang nak teman.
"Kau jangan risau aku sudah cari pengganti aku."ujar Qairina di hujung sana. Senyuman Qairina itu menimbulkan seribu satu soalan kepada aku.
"Pengganti??"tanya aku pelik.
"Kau tunggu je situ nanti dia sampai. Oklah bye! Enjoy your date!"kata Qairina sebelum terus mematikan video call itu.
Aku tak menunggu panjang lalu melihat sekeliling. Aku nampak seseorang yang paling aku nak elak daripada berjumpa sekarang.
Aku masih tidak berpuas hati dengan dia. Selesai saja dia membeli popcorn dan air. Dia datang menghampiriku.
"Amani! Nah ni tiket kau. Kau nak tengok Ejen Ali kan??"kata Haqeemi sambil memberi tiket wayang. Banyak persoalan yang ada di fikiran sekarang ni. Diorang ni dah rancang nak kenakan aku kan!
"Kenapa kau ada dekat sini?? And apa ni? Asal kau belikan tiket ni untuk aku??"tanya aku pada Haqeemi. Dia hanya menggaru kepala. Serba salah agaknya.
"Dah tak payah nak banyak bunyi! Ejen Ali dah nak start dah ni!! Ambik sekali popcorn ni!"hulur Haqeemi kepada aku satu bekas yang berisi popcorn. Lalu dia terus masuk ke dalam panggung wayang. Aku hanya membuntuti sahaja.
Nasib Ejen Ali ni lagi penting! Gaduh kejap lagi jelah!😤
Disebabkan kami masuk awal. Sekarang baru iklan. Jadi aku rasa amat janggal sekarang ni. Seumur hidup aku, aku tak pernah bayangkan yang aku akan tengok wayang dengan mamat sebelah ni. Lagi-lagi bila berdua ni.
Makcik kat depan tu sudah menggeleng-geleng memandang kami. Mungkin menyangka yang kami ni pasangan kekasih.
Busybody la makcik ni! Makcik bawang sangat!!
Aku turut memandang Haqeemi di sebelah. Dia hanya fokus menonton iklan berbayar itu. Jadi aku hanya menonton Ejen Ali dengan senyap sahaja.
Baru 20 minit penayangan aku sudah menangis. Nak buat macam mana. Aku ni hanya perempuan yang sedikit sentimental. Aku tak boleh do kalau mention pasal mak-mak ni. Jiwa aku cepat terusik.
Ada jugalah aku memandang kanan. Aku juga mahu melihat reaksinya. Nampaknya dia tak nangis sedikit pon. Peliknya!! Dia ni takde hati dan perasaan ke?
Aku hanya menyambung balik menonton Ejen Ali ni. Aku tak tahu la kenapa cerita kartun ni banyak part sedih. Habis menitik-nitik air mata nih! Nasib takde orang di sebelah kiri aku nih!
YOU ARE READING
IMAN AMANI
Teen FictionCerita ini mengisahkan tentang Iman Amani yang mendapat tawaran Uitm, Jengka Pahang. Dia berfikir kehidupan universitinya akan berjalan dengan lancar. Akan tetapi, kawan sekolahnya iaitu Danish Haqeemi telah menjadikan dirinya tidak tentu arah. Tamb...