Bab 5

94 19 0
                                    

Nur Maisarah pon menjemput aku masuk ke dalam bilik untuk memilih katil yang masih kosong. Aku pon memerhati segenap ruang di bilik tersebut.

Dalam bilik ini kelihatan masih baru di cat. Walaupun dari luar bangunan ini kelihatan sudah usang tapi dalam bilik kelihatan baru kerana cat dinding yang berwarna kuning ini masih terang.

Ruang bilik ini hanya memuatkan dua ruang katil,tiga buah almari biasa dan meja belajar.Terdapat 3 katil iaitu satu katil single dan 2 lagi katil bertingkat.

Aku melihat katil single itu sudah dipenuhi dengan barang-barang Maisarah.

"Aku pilih katil ni lah." kata aku sambil menunjuk ke arah katil bawah bagi katil bertingkat itu. Maisarah pon hanya menganggukkan kepala sahaja.

Aku pilih katil di bahagian bawah kerana aku lebih selesa begitu. Karang aku jatuh malam-malam nanti aku jugak yang susah. Tak pasal-pasal keluar berita nanti yang Pelajar UITM mati kerana jatuh katil bertingkat di asrama. Kesian pulak uni ni nanti. Sebab aku semua takut nanti nak stay kat uni sebab berhantu.

Selepas 10 minit berborak dengan Maisarah sambil berehat di katil, Tok!Tok!Tok! tiba-tiba datang pula seorang gadis yang mengetuk pintu bilik kami.

"Assalamualaikum." sapa gadis itu.
Rupa-rupanya dia juga akan tinggal bersama kami di bilik ini. Aku senang melihat orang baru yang hadir dalam hidup aku. Lagi ramai lagi meriah.

Aku tersenyum sambil melihat wajah mereka berdua. Jadi,merekalah yang akan menemani aku sepanjang semester ini.

Semoga semua dipermudahkan! Amiin.

Selepas selesai menjawab salam itu. Kami pon menjemputnya masuk supaya dapat meletakkan barang-barangnya yang masih diangkat oleh dia. Kesian pulak tengok dia masih tercegat kat luar bilik itu dengan beg yang besar-besar itu.

Gadis itu pon meletak beg dan barangnya di sebelah katil bertingkat. Lalu gadis itu pon melabuhkan punggung di sebelahku dan membuka mulut bagi memperkenalkan dirinya.

"Nama aku Aina Batrisya. Korang boleh panggil aku Aina je. Selamat berkenalan. Aku dari Kuala Lumpur. Harap kita boleh jadi rapat la nanti!" kata Aina dengan ramah sekali.

Oh rupanya Aina ni dari KL. Patutlah caranya berpakaian sangat bergaya.
Dengan jaket jeans, seluar slack dan tudung shawl lilit gaya ELFIRA LOY gitu. Kalau aku lilit shawl macam tu mesti tercekiklah jawabnya. Aku tersenyum seketika. Nasib baik Aina ni friendly orangnya even dari KL.

"Oh. Nama aku Iman Amani. Panggil Iman je. Dari Selangor. Pasal rapat tu confirm kot. Aku ni mudah selesa dengan orang. So no problem la. HAAHAHA. " kata aku kepada Aina dan Maisarah dengan gurauan.

"Nama saya pulak Nur Maisarah. Boleh panggil saya Maisarah. Saya dari Kedah. Tapi jangan risau saya boleh cakap KL tau! Macam sekarang." kata Aina pula.

"Nampaknya kita dah selesa dengan satu sama lain. Korang course ape eh?
Manelah tahu kalau sama ngan kite. Hehe. Aku masuk course Pengurusan Business. Korang??" tanya aku pada mereka.

"Aku ambik course Engineering. Sebenarnya aku tak minat sangat pon. Tapi family aku paksa jugak ambik course ni. Jadi aku ikut jelah. Taknaklah nanti kene cop jadi anak derhaka pulak kan."kata Aina sambil sambil mengemas katil di tingkat atas.

"Saya pulak ambil course Pendidikan. Jadi cikgu ni memang cita-cita saya dari kecil lagi. Lagipun mak saya seorang cikgu sekolah rendah kat kampung. Kalau boleh ,saya nak ikut jejak langkah mak saya. Dan saya sukaaa sangat budak-budak. Diorang tu cute sangat!!!!"terang Maisarah panjang lebar.

Nampaknya kami sudah pun mula selesa dengan satu sama lain. Aku harap urusan lain selepas ini juga dipermudahkan seperti perkenalan ini. Kami pun menyambung mengemas bilik.

IMAN AMANIWhere stories live. Discover now