Bab 6

85 17 0
                                    

Kami hanya berdiri di situ dengan muka seposen. Tiba-tiba senior Luqman memanggil kami bertiga mendekatinya.

"Korang dah boleh masuk barisan. Lainkali kalau tak nak kene denda jangan sekali-kali berani nak buat perangai!! Faham ke tidak!!"tanya Luqman sambil memerhatikan nama kami di kad pelajar yang disertakan dengan tali yang mesti disangkut di leher semua pelajar.

Kami hanya menganggukkan kepala sahaja. Tidak berani hendak mengeluarkan suara membalas pertanyaan senior itu. Perwatakannya kelihatan sangat garang dengan kulit yang sawo matang dan badan yang kelihatan fit itu. Seram betul!!

"Korang ni bisu ke! Aku tanya tu jawablah!!" tengking senior Luqman sambil memandang kami bertiga.

"Faham senior!!" kata kami serta merta. Selepas senior Luqman berpuasa hati barulah kami dibenarkan kembali beratur dalam barisan.

Semasa kami duduk, terdapat mata-mata yang masih memerhati kami. Mungkin terkejut ada pelajar yang berani buat hal pada first day ORIENTASI ni.

Pap!Pap!Pap!

Bunyi tepukan tangan senior Luqman di hadapan berjaya mengalihkan perhatian pelajar ke hadapan semula.

"Okay semua kita berbalik kepada tujuan asal kita berkumpul kat sini. So semua yang muslim dah solat isyak kan tadi??"tanya senior Luqman selaku ketua bagi semua senior di situ.

"Dah!!"semua pelajar mengiyakan menandakan mereka sudah menunaikan solat sebelum datang ke dewan itu.

"Dari baris ni sebut no 1 sampai 10. Cepat!!"suruh senior Luqman kepada baris perempuan di sebelah kanan.

"Satu!"
"Dua!"
"Tiga!"
"Empat!"
"Lima!"

"Enam!" jawab aku pulak. Disebabkan Maisarah dan Aina duduk berhampiranku. Sudah pasti mereka kumpulan lain dengan aku. Maisarah kumpulan tujuh manakala Aina kumpulan lapan.

Aku termenung seketika memikirkan yang aku tak ada kawan dalam kumpulan nanti. Huarghhhhhhhh.

"Okay sekarang sila berkumpul dalam kumpulan masing-masing."kata-kata senior Luqman telah mematikan lamunan aku tadi.

Bukan tadi tengah kira lagi ke!! Dahla aku tak perasan sape yang satu group dengan aku tadi!!

Sedang aku sibuk memandang sekeliling mencari ahli kumpulan tiba-tiba."You ni bukan ke group 6 jugak ke tadi??" tanya sorang gadis yang freehair itu.

"Haah, kita same group eh?" tanya aku kepadanya. Aku mula mendekatinya. Fuhhh nasib ada yang tegur.

"Yelah. You ni pekak ke? Takkan tak dengar kitorang sume cakap nama group satu per satu tadi?" kata gadis itu dengan perlian.

Eh!Eh! Minah ni kang aku sumbat cili dekat mulut dia ni nanti baru tau. Aku tanya baik-baik kot.

"Hehe." kata aku cuba tersenyum bagi menyembunyikan sumpah seranah dalam hati ni. Sambil aku ikut dia tu,aku pon perasan yang dia ni pakai barang yang berjenama je dari head to toe. Anak orang kaya la nihh! Patutlah sombong semacam.

Aku hanya ikut je ke mana yang minah ni pergi. Dia ke kanan,aku ke kanan. Dia ke kiri,aku pon ke kiri. Muka dia pon sudah menunjukkan yang dia dah rimas dengan aku yang asyik ikut dia dari tadi.

"Ni group 6 kan! Finally jumpa pon!"tiba-tiba minah itu berhenti. Aku pon memandang satu group ini yang dianggotai oleh 7 orang pelajar.
3 lelaki dan 4 perempuan termasuk aku.Aku pon duduk di dalam bulatan itu.

Menurut ucapan senior Luqman tadi, dalam satu group akan ada seorang facilitator yang akan bagi penerangan tentang aktiviti malam ni. Aku melihat ada seorang senior lelaki yang tengah berdiri di sebelah kumpulan kami. Rasanya dialah faci tu.

IMAN AMANIWhere stories live. Discover now