Bab 1

313 28 2
                                    

"Baek kyunggggg!!! Kenapa kau ni kejam sangat dekat Danoh? Apa salah diaaa." *sob*sob*" marah aku sambil mengetuk-ngetuk bantal ke adikku, Imran hafiz.

"Akak ni, sakit tau tak!" marah adikku pula sambil menghadiahkan jelingan tajam. Aku pun menjelir lidahku padanya menandakan aku tidak rasa bersalah langsung akan perbuatanku tadi.

"Padanlah muka, sape suruh duduk sebelah akak. Macam la tak tahu perangai akak yang terlebih feeling mengalahkan heroin drama korea ni." balas aku pada adikku.

Tanpa mendengar kata-kata aku tadi. Imran terus bergerak ke arah ibuku yang sibuk memasak di dapur.

"Herghh! Membazir air liur aku. Inilah adik. Bila susah cari.. Bila senang hmm."bebel aku sendirian di ruang tamu.

Malas aku melayan emosi kemakcian aku (yela sebab aku kan suka bebel)hehe. Aku pun sambung menonton drama kegemaran aku sekarang iaitu Extraordinary you.

Meh sini aku review sikit! Cerita ni mengisahkan tentang budak-budak sekolah menengah. Cerita ni tak clishe ehh. Sebab cerita ini mengisahkan seorang remaja perempuan yang menjadi watak sampingan dalam satu komik.

Dan dia mahu ubah jalan cerita komik tu. Kalau nak tahu dia berjaya ke tak tengoklah ye!

Eh! Asal aku kena beria-ria sangat nak review cite nih. Tanya author🙄

(author)Yela sebab kite sukaaaaa🤔😚

Tapi sejujurnya.. sebab aku masih berjiwa remaja, sekian. Aku peminat kepada watak Haru iaitu hero dalam drama ni.

Memanglah masa permulaan cerita tu geram jugak dengan Haru sebab bisu sangat. Tapi lepas dia dah banyak cakap ni makin sweet pulak. Maigashhh akak tak kuat!!!

Tanpa berlengah aku pon menyambung kerja yang tergendala tadi iaitu menonton drama Haru ni.

Selepas beberapa episod cerita yang aku tonton. Aku merasai ada getaran di sofa.

Tit..tit..! Rupanya bunyi itu datang dari telefon Huawei yang aku beli dari duit simpananku bertahun-tahun.

IMAN AMANI BT MOHD AZMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di Uitm, Jengka
Pahang.

Jurusan Pengurusan Business.

Habis melopong mulut aku melihat surat tawaran itu. Aku apa lagi terus melompat-lompat macam monyet mendapat bunga di ruang tamu. Aku sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Ibuuu!adikkk!" panggil aku dengan perasaan excited. Terus laju ibu dan adikku mendekati aku dengan wajah yang hairan terhadap tingkahku tadi.

"Akak dapaaaaaat," kataku sekerat.

"Dapat ape? cakap tu biar sampai habis boleh tak." kata adikku menandakan yang dia geram tengok aku sengaja melengahkan masa daripada memberitahu perkara sebenar.

"Akak dapat masuk uitm!!! Walaupun bidang ni akak tak minat sangat tapi takpelah asalkan akak dapat sambung belajar yeayyyy!!" kataku dengan bersemangat sambil menunjukkan surat tawaran itu di telefon. Tidak lekang senyuman dibibirku.

Mana taknya aku sudah mengganggur dengan jayanya di rumah selama beberapa bulan. Bosan tak terkata.

Mesti ramai pelik kenapa aku tak kerja je sementara tunggu masuk uni. Sebenarnya ayah aku tak izinkan aku kerja dekat mana-mana pun. Katanya bahaya anak gadis bekerja, tambahan pula mungkin sampai larut malam.

IMAN AMANIWhere stories live. Discover now