Bab 7

79 18 0
                                    

Dari jauh aku sudah dapat melihat hutan tebal berdekatan universiti itu. Nampaknya itulah lokasi aktiviti pada malam ini. Senior Mat berada di depan menjadi penunjuk arah.

Semakin lama berjalan,kami sudah melangkah masuk ke kawasan hutan itu. Seram pulak rasanya. Walaupun malam itu bulan tidak muncul tetapi langit sungguh cantik. Tapi keadaan ketika itu masih sangat gelap.

Cahaya yang ada cuma dari 5 batang lampu suluh. Satunya dipegang oleh senior Mat untuk membantunya membawa kami ke checkpoint yang dikehendaki. Kami hanya mendiamkan diri. Mungkin cuba mengusir segala perasaan negatif yang cuba mengambil alih diri.

"Fuhhhhh!!!Akhirnya! Kita dah sampai ke checkpoint pertama korang.Selepas ini, aku dah boleh balik tidur.Yeayyyy."lega senior Mat selepas sampai ke depan sebuah pokok yang diikat dengan reben berwarna biru.

"Mana aci senior!!"kata Faris dengan muka sedihh.

"Kalau kitorang sesat macam mana senior."tambah aku. Tak dapat dibayangkan bagaimana kami boleh keluar tanpa senior Mat.

"Tak boleh ke kalau kami dikecualikan ,senior?? Banyak nyamuk dah gigit kitorang ni."kata Laila dengan menunjuk kesan gigitan nyamuk ditangannya kepada senior Mat. Raisya dan Najwa mengiakan kata itu.

"Banyak songeh pulak korang ehh! Tadi depan senior Luqman takde pulak berani nak mengeluh bagai. Mentang-mentanglah aku ni baik lagikan comel. Korang nak ambik kesempatan pulak. Hmmph. Tak nak kawan! Bye!" senior Mat buat-buat merajuk dan terus lenyap di antara pokok-pokok itu.

"Senior kam-" tidak sempat aku meneruskan kata apabila tiba-tiba Raisya sudah merampas peta dan lampu suluh di tangan aku.

"Takde guna you nak panggil senior Mat. Dia dah pergi dah pon. So sekarang baik korang ikut je cakap I kalau nak keluar dari hutan ni. I pandai tau nak tengok peta ni." kata Raisya sambil melihat ke arah kami semua.

"Kau pernah ke pergi hutan sebelum ni?" tanya aku dengan perasaan pelik.
Menurut pemerhatian aku, Raisya ni cuma typical anak orang kaya yang takut nak masuk hutan sebab ada banyak nyamuk. Gegirl gitu.

"Well, Daddy I owner resort dekat hutan. So mestilah I selalu ikut Daddy I pergi hutan dekat sana. Dahlah better korang ikut je I kalau nak keluar cepat dari sini"kata Raisya dengan bongkak sekali.

Entah kenapa sukar untuk aku percaya kata-kata Raisya itu. Ye,aku percaya tentang kenyataan bahawa daddy dia ada resort. Tapi kenyataan yang Raisya mahu 'lead' kami semua di hutan ini sukar untuk aku mahu menaruh semua kepercayaan kepadanya.

"Kitorang ok je!"jawab Laila dan Najwa. Diorang bertiga sudah pon mula bergerak mengikut Raisya yang sudah berada di hadapan.

"Takpelah Amani. Kita ikut je sejauh mana dia boleh bawak kita."kata-kata Haqeemi sambil senyum sedikit sebanyak menyedapkan hati aku. Aku pon mula bergerak di belakang Najwa dan Laila. 

Haqeemi, Ammar dan Faris hanya mengikut dari belakang.

_______________________________________
12:34 a.m.

Aku melihat jam di tangan. Sudah lebih satu jam kami berjalan, tapi satu cahaya pon tidak kelihatan. Apatah lagi dengan bangunan- bangunan di universiti itu.

Aku mengeluh. Malas mahu bertekak dengan Raisya itu. Dia selalu nak menang je. Tak pasal-pasal berlaku Perang Dunia ke-3 nanti. Jangan main-main dengan pergaduhan antara perempuan nihh!!!

"Weh Raisya! Asal aku tengok dari tadi kita jalan lalu pokok yang sama je. Kau jangan main-main. Tak balik kita nanti!!" Ammar bersuara dengan mengerutkan dahi menandakan dia betul-betul risau.

"Yelah,Raisya. I pon dah mula risau ni." kata Najwa pula. Laila hanya menganggukkan kepala sahaja. Aku lihat semua anggota sudah mula kelihatan gelisah.

IMAN AMANIWhere stories live. Discover now