BAB 3-Aiman

317 55 73
                                    


Hutan Lipur Gunung Arong
Malaysia
Tahun 2120

ALIRAN air Sungai Endau tidak pernah lesu biarpun sedang tenat akhir-akhir ini. Sakit dengan aktiviti pembalakan- sama ada yang halal atau yang haram. Kedua-duanya akan memusnahkan hutan ini secara perlahan-lahan. Hutan ini masih mampu bertahan lama walaupun uzur, namun tetap akan binasa jika hasilnya berterusan diperkosa sewenangnya atas dasar keuntungan.

Bulan sudah menyimbahkan cahaya, Laftenan Aiman dan komrad pasukan elit GGK sedang berehat di asrama tentera, mereka semua kepenatan usai menjalani latihan serangan kubu musuh, kem latihan komando yang mengambil masa selama 2 minggu itu benar-benar mencabar kecekalan dan mentalitinya. Namun dia sedar, sebagai Pasukan Elit Infantri Tentera Darat, pelbagai cabaran yang dilalui semasa latihan adalah persediaan bagi menghadapi situasi sebenar peperangan.

Alah bisa tegal biasa,

Aiman pada ketika itu sedang membaringkan badannya di katil, mengharapkan malam ini cepat berlalu, asrama tentera itu sudah gelap. Lampu telah dijadualkan untuk malap setiap pukul 11.30 p.m., kebanyakan dari pelatih sudah terlelap, ada diantara mereka keluar dari asrama untuk ke tandas.

Aiman masih terimbau dengan kata-kata Brigedier Jeneral Yakob, "misi dan emosi perlu diasingkan". Kata-kata yang didengari ketika watikah penyampaian beret hijau,
lantaran dia gagal menyembunyikan diri dalam latihan Escape and Evasion, hanya kerana ingin membantu kawan baiknya, Koperal Tahfuz. Emosinya kini tertumpu pada isterinya pula, kerinduan yang terkumpul di hatinya bakal dilepaskan esok hari. Meskipun fizikalnya Aiman adalah seorang komando elit, namun mentalnya masih bernaluri kemanusiaan.

"Aik, tak tidur lagi man?"tegur Laftenan Silva, sejurus sahaja melangkahkan kakinya ke dalam asrama,

"Tak ngantuk la pula tiba-tiba Silva" jawab Aiman, tersenyum.

"Hmm, masa latihan, setiap hari kau selalu tak cukup tidur kan, ni dah habis kem. Tak boleh tidur pulak" Lantas Laftenan Silva tergelak.

"Hahaha" geli hati Aiman apabila terimbas semula memori sepanjang kem, memang setiap hari di kem mereka dilatih untuk tidur hanya 3 jam.

"Oklah, aku tidur dulu" Ujar Laftenan Silva sambil melabuhkan tubuhnya di katil.

"Ok"

Malam sudah berlabuh. Mimpi datang berlayar.

********************

4.00 pagi

"Tiiiiiinnnn!!! Tiiiiiinnnn!!! Tiiiiiinnnn!!!"

Kebingitan dari bunyi penggera asrama membangunkan kesemua pelatih, kalut.

"Bangun semua komandooo!!"
Arah mejar Jeneral Naqiuddin merangkap jurulatih kem dengan suara yang lantang,

Dengan pantas semua pelatih kem bangun sejurus berdiri di hadapan katil masing-masing, dalam posisi selari dan kemas.

"Bagus! Pantas!" Mejar Jeneral Naqiuddin memuji mereka,

"Baiklah, tujuan saya kacau kamu semua pagi ni adalah untuk melaporkan berita dari HQ, kamu semua akan ke HQ mulai esok untuk misi penting, cuti telah dibatalkan! Jelas?!!"

"Sir yes, sir!!" Semua pelatih akur.

Aiman termenung, harapannya untuk berjumpa dengan isteri dan keluarganya punah. Tapi akalnya terpaksa akur.

*************

Kem Iskandar,Mersing, Johor

2 buah kereta perisai model PT91M memasuki perkarangan Kem, memuatkan seramai 14 orang komando elit GGK.

Kesemua komando GGK turun dari kereta perisai, memperkemaskan langkah kemudian bergerak ke bilik mesyuarat dengan teratur.

***********

Bilik Mesyuarat

Mejar Jeneral Zainal Abidin tersenyum melihat ketibaan para komando, pintu bilik sudah terbuka sejak tadi bagi menyambut kedatangan mereka. Kesemua komando kemudian masuk dan duduk di meja mesyuarat,menghadap sebuah skrin yang besar.

"Semua ada, bagus!"ujar Mejar Jeneral, sekilas wajahnya bertukar serius semula.

"Misi kamu pada kali ini adalah satu misi yang penting. Kamu ditugaskan untuk menghadapi dan menghapuskan gerombolan makhluk aneh di sempadan"

"Huh?Makhluk aneh? Makhluk aneh apa tu tuan?" Laftenan Silva menduga, ini pertama kali mereka menerima misi seperti ini.

"Saya tak tahu sangat..tapi mereka kata itu zombie. Kamu semua tahu zombie?"

Semua komando menganggukan kepala tanda mereka faham,

"Mereka ni berbahaya, ada Intel dari KD Panglima Hitam yang kata mereka ni laju berlari..sangat laju" kata Mejar Jeneral sambil memaparkan rakaman video zombie 'train to Busan' di skrin.

"Lagi satu kalau kamu kena gigit, dalam masa 1 hari kamu akan infected macam diorang. Ingat! kalau diantara kamu kena infect kamu bunuh sahaja" terang Mejar Jeneral lagi,

"Apa kata kita guna taktik gerila tuan? Sempadan tu banyak hutan juga"tanya Laftenan Aiman, mentol di kepalanya berdenting.

"Tak boleh..misi kamu ni dekat Tembok Pendekar tapi kamu tentukan sendiri SOP kamu semua"

"Tuan, er.. GGK kollab dengan PASKAL ek? Dengar tuan cakap tadi KD Panglima Hitam?en?" Lans Koperal Hadeef pula bertanya, mencari kepastian.

"Ya, tapi ahli mereka ramai yang terkorban, sebab tu kamu semua kena ambil alih misi ni" Mejar Jeneral kemudianya menyerahkan Intel misi yang berbentuk fail kepada Laftenan Silva.

"Jangan risau tuan, kami boleh handle misi ni" ujar Laftenan Silva, meyakinkan Mejar Jeneral Zainal Abidin.

"Setakat ni orang awam masih tak tahu lagi pasal wabak zombie ni. PBB pun arah supaya setiap menteri pertahanan negara selesaikan secara senyap-senyap. Padah kalau orang awam tahu. Kalau kamu gagal , satu negara terancam"

"Negara lain ada yang infected ke tuan?" Sarjan Chin tiba-tiba bersuara,

"Itu sulit, saya tak dimaklumkan tapi Intel mengatakan wabak ni bermula kat Canada" jelas Mejar Jeneral lagi,

Mesyuarat terus berlangsung.

****************

Sempadan negara
Tembok Pendekar

Suasana petang di Tembok Pendekar yang sunyi dan tenang dipecahkan dengan ketibaan sebuah kereta perisai model PT91M milik TDM. 14 orang komando elit keluar dari kereta dengan peralatan lengkap. Kedatangan mereka disambut Rejimen Askar Wataniah yang ditugaskan menjaga Tembok Pendekar.

Tembok Pendekar telah dibina pada tahun 2100, pada zaman itu, khabar angin tentang Perang Dunia yang bakal meletus membawa kerajaan untuk membina satu tembok khusus untuk tentera, juga sebagai advantage bagi tentera Malaysia dalam perang gerila memandangkan tembok itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tentera. Tembok Pendekar yang dibina sepanjang semenanjung Malaysia dan berketinggian 1640.4 kaki menjadikan tembok kedua terpanjang di dunia selain Tembok Besar China.

Pasukan Elit itu kemudiannya berpecah kepada 2 pasukan, keadaan persekitaran kekal sunyi. Tiada sebarang bunyi melainkan bunyi derap langkah mereka.

Tim Alpha dipimpin Aiman.Tim Bravo dipimpin Silva.

Tim Alpha menuju ke selatan. Tim Bravo ke utara.

30 minit sebelum malapetaka.

TERUS HIDUP [ TANGGUH ]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon