P R O L O G

680 75 46
                                    

TAYMULLAH terduduk melutut. Pandanganya kelam. Kabus hitam memercik dari setiap penjuru. Nafas dan nadinya tidak selari . Raifal Colt M4nya terjatuh ke lantai bangunan terbiar itu. Musuh-musuh berupa manusia pemakan daging segar itu sudah mengepung bangunan itu. Lebih ringkas lagi,zombie.

Bunyi gegaran dan letupan pada tingkat G memberikan impuls kepada minda Taymullah bahawa zombie sudah melepasi pertahanan di tingkat G.

Sayup-sayup kedengaran bunyi tapak kaki mereka semakin kuat - semakin dekat. Kemudian diiringi dengan bunyi hentakan pada pintu kebal. Hentakan yang bertubi-tubi melantunkan bunyi gegaran yang tidak seirama - tidak enak didengar. Hentakan bertali arus itu akhirnya berjaya mematahkan besi penghadang di pintu besi. Zombie-zombie meluru masuk, kemudian..

Boom!!!

Bunyi bom peledak yang membingitkan telinga itu menandakan zombie sudah memasuki tingkat pertama. Dek kerana, setiap pintu kebal di setiap tingkat dilengkapi dengan bom peledak, andai kata pintu terbuka, bom akan meletup. Membakar pembuka pintu.

Taymullah memejamkan matanya. Pasrah. Sejurus menyandarkan belakangnya ke dinding. Dia tahu kudratnya sebagai manusia belum cukup ampuh jika dibandingkan dengan gerombolan makhluk kanibal itu . Meski Taymullah sekarang berada di tingkat 5 -tingkat paling tinggi, namun dia sedar ia bukan penjamin bahawa dia akan terselamat dari malapetaka ini.

Kboom!!!

Tingkat 2 sudah bolos.

BOOM!! BOOOMM!!!

Api keluar sejurus kepulan asap yang timbul dari tingkat 3 dan 4 yang terhasil dari ledakan bom.

Taymullah berdiri dan membuka kelopak matanya. raifal colt m4nya digenggam kemas , kini dia sudah redha. Kalau ini takdirNya, maka dia harus berjuang mati matian.

TERUS HIDUP [ TANGGUH ]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin