BAB 4-Ovra

268 43 23
                                    

Institut penyelidikan
Banjaran titiwangsa
Tahun 2120

OVRA berkot makmal dan berkaca mata sedang tekun menjalankan eksperimen, subjek dalam tabung uji gergasi itu baru sahaja tiba di makmal penyelidikan awal pagi tadi. Makhluk gergasi itu dinamakan Basilusk, seekor ular gergasi. Ia telah membesar sehingga 20 kaki dan berkepanjangan 6 meter.

Makhluk lagenda dalam mitos eropah itu sudah lena tertidur, nampaknya kesan ubat pelali yang diberikan Ovra berhasil, dia tersenyum melihat mahkluk itu terlena. Basilusk yang datang dari kepulauan Kalimantan, Indonesia itu dikawal rapi dengan askar lengkap bersenjata di luar makmal penyelidikan. Tiada siapa yang dibenarkan masuk, selain Ovra dan orang berkepentingan.

Mata Ovra melilau ke tabung uji gergasi yang lain. Kelihatan makhluk lagenda seperti Chimeria, Fenrir dan kupu-kupu gergasi sedang berhibernasi. Kesemua makhluk lagenda ini dijumpai di tapak kajian purba, seperti di ruangan rahsia piramid giza, Gua Eisreisentwelt dan portal di puncak gunung berapi oleh agensi rahsia, kemudian makhluk itu dipindahkan ke makmal penyelidikan untuk dikaji- mungkin,lebih kepada untuk menyeksa.

Ovra mengambil sampel darah Basilusk dengan menggunakan tangan besi kawalan jauh yang dikawal dari luar tabung uji. Makhluk gergasi yang ketika itu sudah lemah, hanya membiarkan picagari besi itu menembusi sisiknya.

Seorang lelaki berkaca mata dan berkot putih masuk, secara automatik, dinding menyemburkan gas anti-virus sejurus pintu terbuka.

"Hmm, ada apa kau cari aku,Dexx?" Tanya Ovra, sedikit kasar.

"Professor Lee, dia nak jumpa doktor di bilik dia" Dexx menjawab.

"Sekarang?"

"Tak doc,pukul 1 tengahari nanti, dan prof suruh doktor bawa tim research doktor sekali "

"Ok, pukul 1 tengahari" Ovra setuju. Sejurus melanjutkan ujian kepada Basilusk.

********************

Cuaca pada tengahari itu sungguh terik, pada awalnya hujan seperti menunjukkan tanda seperti hendak turun. Namun sangkaan mereka meleset apabila, titikan air tidak hinggap walau setitik di bumi. Ovra hanya termenung Seorang diri di hall, menikmati pemandangan hutan hujan di luar kaca.

Tak semena-mena, lamunan Ovra mati apabila telinganya menangkap satu sapaan dari dibelakangnya.

"Yo!Vora!" Sapa Azmer, salah seorang dari tim research Ovra.

"Berapa kali aku nak cakap, jangan panggil aku Vora! Hekelleh.." Ovra menjuihkan mulutnya, meluat.

"Hahaha!" Azmer tergelak apabila melihat respon Ovra,

"Eh! Tu Cinnie!" Azmer menunjukkan ke belakang Ovra, Ovra menoleh, kosong. Tiada orang yang berada di hall pada ketika itu kerana ketika itu waktu rehat. Kebanyakan pengkaji sudah pergi ke Cafeteria di tingkat bawah.

"Hahahaha!!" Azmer tergelak lagi, nafasnya tidak teratur, perutnya senak. Hampir saja dia berguling di lantai itu kerana tiada orang disitu.

"Eeii, aku bengang betul dengan kau ni Azmer!" Ovra mengancam dengan penumbuknya.

"Jap! Jap! Sori wei, aku saja kacau kau sebenarnya. Sebab aku tengok kau ni serius saja 24 jam. Hihihi.." Azmer meminta maaf sambil menerangkan logik perbuatanya,

"Salah ke jadi serious? Dari jadi macam budak-budak seperti kau!"

Belum sempat Azmer membalas, kedengaran suara Cinnie memanggil mereka,

"Maaf, saya terlambat. Ada urusan sedikit di makmal biologi tadi.." Cinnie memohon maaf .Cinnie yang memakai tudung coklat labuh dan berkot makmal kelihatan seperti tiada semangat.

TERUS HIDUP [ TANGGUH ]Where stories live. Discover now