BAB 5

230 45 58
                                    


YORU mengambil langkah seribu. Bimbang nyawanya terancam, dan jika dia tergigit, maka dia akan turut menjadi zombie. Menjadi zombie bermaksud menjadi penyebar jangkitan dan pembunuh tidak berhati perut. Maka tindakan menjauhkan diri dari 'mereka' adalah wasilah untuk tidak menjadi seperti 'mereka'.

Taymullah pada ketika itu tidak mampu bergerak, badannya menjadi kaku. Kakinya seolah terpasak ke bumi, mindanya kelam - hampir pitam. Yoru yang sudah berlari terlebih dahulu menyedari keadaan itu, lantas berpatah balik kearah Taymullah. Mujur, hampir saja 4 ekor zombie durjana itu menyentuh Taymullah.

"Taymullah! Lari!" Yoru menarik lengan Taymullah, masih kaku. Menyebabkan larian Yoru terbatas dan menjadi perlahan.

"Woi!sedarlah! Jangan kaku saja!" Yoru yang sudah tiada pilihan, memikul Yoru di bahunya dan mula lari sepantasnya.

Namun larian itu tidak terlalu jauh. Keberatan badan Taymullah menyukarkan kedua mereka manakala 4 zombie itu semakin dekat. Taymullah yang pada ketika itu mukanya pucat dan dadanya berombak kencang ditampar sedikit oleh Yoru.

"Kau kena kuat! Jangan pengsan!"Disebabkan tiada reaksi, Yoru menumbuk bahu Taymullah.

"Aduh! Sakit!" kata Taymullah sambil memegang bahunya - wajahnya berkerut.

"Kalau kau kena gigit dengan yang kat belakang kita ni lagi sakit tau" Bidas Yoru. Melihatkan Taymullah yang sudah mampu bergerak, dia meneruskan larian- kemudian diikuti Taymullah.

4 zombie itu juga semakin galak berlari - semakin laju,

"Oi! Jangan laju sangat! Aku tertinggal!" Taymullah berlari, cuba mengejar Yoru.

"Oi! Waktu lari jangan bercakap la!" Yoru memarahi Taymullah.

Taymullah hanya tersengih sambil kakinya mengambil langkah besar, cuba melepasi Yoru yang seperti tidak cukup tanah.

*******************

Kampung Ribaan Bulan

Suasana awal pagi yang damai itu meriah dengan siulan unggas-unggas hutan. Matahari sudah meninggi sedikit posisinya, menjadikan suasana pagi di kampung itu semakin indah. Penduduk kampung pula sedang menjalankan aktiviti harian mereka seperti menanam padi dan menjala ikan. Tidak banyak teknologi yang digunakan oleh penduduk kampung itu dalam melakukan aktiviti harian mereka.

Kampung ini masih primitif- terpinggir dari pembangunan kebanyakan penduduk menyara kehidupan dengan aktiviti pertanian dan perikanan. Hati Yoru terdetik ketika mereka menjejakkan kaki kedalam, melihat suasana kampung itu seolah-olah tahun 2080-an-nostalgik.

Namun, masalah besar timbul apabila Yoru merasa sakit di perutnya manakala Taymullah sudah pancit akibat larian tanpa henti mereka selama lebih kurang 5 minit.

"Diorang..makin dekat...Yoru"kata Taymullah selepas menoleh kebelakang, menyaksikan kepantasan zombie dalam berlari yang mempunyai stamina luar biasa. Sepanjang mereka berlari, dilihat zombie-zombie itu konsisten dalam kelajuan- tidak pernah berkurang kelajuan mereka, hanya bertambah. Mujurlah mereka masih jauh dari zombie-zombie itu.

"Yosh! Aku sakit perut la pulak!" Yoru menekan perutnya, padah tidak bersarapan sebelum keluar rumah tadi,

"Masa ni..jugak..kau nak sakit perut.."Taymullah dengan nafas tersekat-sekat membalas.

"Jom lari cepat!" Yoru membuka langkah seribu.

"Jap wei! Aku..pancit!" Kata Taymullah sambil berlari lari anak - kerutan di dahinya jelas menunjukkan bahawa kepalanya kepeningan.

Yoru kemudianya memikul Taymullah di bahu sekali lagi apabila jarak mereka dengan zombie itu hanya 10 meter. Sejurus, mengambil langkah seribu.

*****************

Penduduk Kampung Ribaan Bulan rata-rata hanya memandang mereka dan mendiamkan diri. Yoru berasa aneh, masakan zombie yang mengejar mereka tidak membaham penduduk kampung itu. Namun keletihan fizikal itu melumpuhkan mindanya untuk berfikir.

Mereka tiba di sebuah kedai musik - satu-satunya kedai di Kampung Ribaan Bulan yang berdekatan. Kedai-kedai lain masih jauh, Yoru dan Taymullah menutup pintu dan merehatkan diri di sebuah sofa panjang didalam kedai. Lega sedikit.

Tidak lama kemudian, zombie-zombie itu tiba di kaki lima kedai. Pekerja kedai yang ketika itu ingin membuka pintu dihalang oleh Taymullah. Sudah terlambat , zombie-zombie yang sudah menyedari keberadaan mereka melompat ke cermin kedai.

"Aahhh! Apa benda tu?!" Pekerja kedai itu ketakutan melihat zombie-zombie melaga-lagakan kepala dan tangan mereka ke cermin kedai.

"Hati-hati itu-" tak sempat Taymullah menghabiskan ayatnya. Cermin kedai pecah, seekor zombie melompat masuk diikuti 3 yang lain. Mereka terperangkap memandangkan kedai itu tidak mempunyai pintu belakang.

Zombie-zombie itu memerhatikan mereka. Mereka semua statik dan tidak bergerak. Zombie-zombie itu menyeringai, menunjukkan giginya yang penuh dengan darah dan sisa organ.

"Nampaknya, dah tiada cara lain" kata Yoru dengan nada perlahan. Yoru dengan pantas membuka suit case yang dibawanya. Mengeluarkan sebilah katana.

Zombie-zombie itu secara tiba-tiba menyerang Yoru. Seolah-olah menyasarkan dia sahaja.

"Semua ketepi!" Yoru mengarahkan, lantas Taymullah dan pekerja kedai ketepi namun mereka diawasi oleh seekor zombie dari 4 zombie yang lain. Kerana ketakutan, Taymullah dan pekerja kedai melarikan diri dari zombie keempat, berlaku aksi kejar mengejar dalam kedai musik itu.

Yoru mengangkat pedang katananya keluar dari sarung. Cahaya matahari yang terkena pada bilah katana memantulkan cahaya. Zombie-zombie itu menjadi semakin agresif- seekor zombie meluru ke arah Yoru.

"Hah!" Yoru menetak kepala zombie tersebut-terbelah, otaknya jatuh. Darahnya terpercik. Zombie itu sudah tidak bergerak. Zombie kedua pula meluru kearah Yoru. Zap! Leher zombie itu terputus diragut ketajaman dan ketangkasan bilah katana itu. Zombie ketiga pula menyerang Yoru, ditebas rusuknya sehingga putus badannya. Namun zombie ketiga masih hidup, Yoru yang menyedari perkara itu segera membenamkan hujung bilah katananya di ubun-ubun kepala zombie itu.

Yoru bermandi darah. Memorinya sebagai samurai Yakuza terimbau semula. Kepalanya ditekan.

***********************

Zombie keempat masih mengejar mereka. Setelah berlari dari rak ke rak akhirnya Taymullah dan pekerja kedai terperangkap di sudut yang tiada jalan keluar.

"Alamak..kenapa kedai ni ada jalan mati?!" Taymullah sudah hilang pertimbangan kerana ketakutan.

"Aik, Aku pulak salah" kata pekerja kedai sambil memeluk tubuh,

Zombie itu menyeringai lantas meluru kearah mereka, Taymullah sudah tiada pilihan.

Dicapainya gitar yang bergantungan, Taymullah memegangnya seperti kayu besbol. Dia kemudian menghentaknya dengan kuat ke kepala zombie itu. Zombie itu terundur kebelakang, kepalanya lukanya, Taymullah menghentakkan gitar itu lagi ke kepalanya. Kbuk! Zombie itu terundur lagi , sejurus menjadi lebih agresif.

"Yahhh!" Taymullah memutarkan badannya 180°, menaruhkan segalanya dalam libasan kali ini.

Kbuk!

Zombie itu terjatuh dan gitar yang digunakanya rosak teruk. Taymullah menyangka zombie itu sudah pengsan, lalu dia meletakkan gitar itu ketepi semula.

Namun secara tiba-tiba, zombie itu bangun semula, marah dengan tindakan Taymullah. Dia meluru ke arah Taymullah, Taymullah mencapai sebatang stik drum yang tergantung di sebelahnya dan menikam zombie itu di matanya, darah memancut keluar. Zombie itu terduduk seketika sebelum terkulai di lantai kedai.

"Fuhh...selamat kita..hahaha.." Taymullah mengurut dadanya,

"Amboi, sekarang ni siapa nak yang bayar ganti rugi, cermin dan gitar ni?" pekerja itu tiba-tiba mencelah,

"Kami dah selamatkan nyawa kau! Lembap!" Taymullah memarahinya.

Yoru yang baru tiba di sudut kedai dengan katana di tangannya hanya mendiamkan diri.

"Ini baru permulaan saja" bisik Yoru.

********************

TERUS HIDUP [ TANGGUH ]Where stories live. Discover now