BAB 1- Yoru

427 66 44
                                    


Malaysia
Kuala Lumpur
Tahun 2120

YORU berkaca mata hitam sedang duduk menunggu di perhentian bas.
Suasana pagi yang dingin tidak menganggunya dek ketebalan kot kulit yang dikenakan pada tubuhnya. Hanya dia seorang sahaja di perhentian bas itu, mungkin manusia pada masa ini lebih gemar menaiki kenderaan sendiri. Niatnya ke tempat kerja terbantut apabila bossnya, Tuan Hisashi meminta bantuan dia untuk menyiasat satu kes baru.

"Tak apa Yoru, kau terus ke tempat kejadian. Berikan aku intel kes,semasa kau tiba di tempat kerja"

"Ok, jumpa nanti" balasnya ringkas, kemudian menekan punat end call.

Bas yang ditunggu masih tidak sampai. Aneh, agak lewat hari ini, bisikan dari hati Yoru akhirnya bersuara. Kebiasaanya, bas akan tiba di perhentian bas tepat pukul 7.20,jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8.00. Bermakna sudah 40 minit dia menunggu, namun bas tersebut masih belum tiba.

Yoru melepaskan keluhan nafasnya, lantas mengambil langkah bijak dengan menempah kereta Uber. Baru sahaja dia hendak menekan punat 'tempah', matanya menangkap kelipan dari lampu bas dari kejauhan, berbalam-balam. Telefon pintarnya disimpan didalam poket seluarnya.

Bas akhirnya tiba di perkarangan perhentian bas, Yoru bergegas ke dalam bas.

****************

Yoru melilaukan matanya mencari tempat duduk yang kosong, Usai membayar tambangnya. Penumpang bas yang berada di dalam bas ketika itu agak ramai, sekitar 14 atau 13 orang. Agak sukar untuk dia mendapatkan tempat duduk. Akhirnya dia terlihat satu tempat kosong di sudut kanan bas.

Yosh! Jom duduk!

Yoru kelihatan agak khayal - mengantuk semasa duduk. Akibat kepenatan daripada menunggu ketibaan bas itu.

***********

"Uhuk! Uhuk!Uhuk!!"

Bunyi manusia terbatuk-batuk mematikan perasaan mengantuk dari kepala Yoru. Diperhatinya, seorang wanita dalam lingkungan warga emas yang duduk di kerusi berdekatan pemandu bas sedang terbatuk-batuk, demam mungkin. Rata-rata penumpang cuba menjauhi wanita tua itu, tetapi Yoru tidak rasa terganggu, bahkan bunyi batuk nenek itu telah membantunya dari terlajak daripada lokasi tujuannya. Lagi 30 meter dari tempat kejadian, congaknya.

Yoru melirikkan matanya ke tingkap bas itu. Menikmati pemandangan bandar millennium yang gah berdiri sambil benaknya ditajamkan tentang kes yang baru diterima. Kantuknya sudah hilang sepenuhnya.

Yoru membuka fail kes yang diterima semalam dari pejabatnya.

Kes : Serangan

Jalan kempas, Kampung Ribaan Bulan, pukul 2.45 petang- seorang penjaga melaporkan bahawa anaknya mengatakan ada susuk tubuh manusia (lelaki) mengejar dia dan kawan-kawannya usai mereka pulang dari bermain bola.

Saksi mengatakan, lelaki itu berjaya menangkap 2 orang kawannya kemudian (membaham mereka?)

Walaubagaimanapun, Kes serupa dilaporkan beberapa hari kemudian, tentang kehilangan kanak-kanak.

Kes serupa - Stanley Park, Canada , waktu tempatan GMT 8.00 p.m.- Wall melaporkan bahawa seorang wanita yang dalam keadaan berlumuran darah mengejarnya di kawasan rekreasi.

"Ketika itu tak ramai pengunjung taman, saya berseorangan kemudian wanita itu kejar saya. Tapi saya tak lihat dia lagi selepas lari dengan begitu laju" lapor Wall.

[Kes telah ditutup]

************

Manusia mengejar mangsa, kemudian membaham mangsa, dalam keadaan berlumuran darah? Sungguh ini kali pertama dia mendengar kes sebegini rupa. Penculik? Pembunuh? Atau psychopath? Mindanya yang bergeliga cuba menduga.

Berbagai andaian memenuhi ruang minda Yoru. Pengalaman kerjayanya sebagai pegawai penyiasat selama 6 tahun membantunya berfikir dari pelbagai sudut. Keserabutan akalnya membawa Yoru ke suatu myth - urban legend, zombie?

Yoru terkesima. Zombie. Tangannya pantas menaip aksara di enjin carian.

'Suatu kondisi dimana manusia hilang pertimbangan akal, bertindak agresif dan cuba membaham manusia lain' Yoru menghadam kenyataan artikel dari Google.

Buk!
Bunyi seperti hentakan pada lantai. Impaknya, seperti ada satu sesuatu yang berat jatuh. Semua penumpang berkerumun mengelilingi sesuatu, Yoru masih tertanya. Apa sudah jadi?

"Tolong angkat nenek ni! Kenapa tengok saja?" Arah seorang penumpang dengan tegas, menunjukkan kematangan.

"Baik pakcik!" Jawab 2 orang remaja perempuan, sambil berusaha memapah nenek itu.

Setelah itu para penumpang bas kembali duduk - bertenang semula,

Kemudian fahamlah Yoru yang nenek yang terbatuk-batuk tadi itu terjatuh dari kerusi, tetapi semua kelihatan baik-baik sahaja.

Yoru mengalihkan pandangannya ke luar tingkap sekali lagi, melihat jalan raya yang senggang. Sejenak memikirkan semula perihal kes sebentar tadi.

------------------
10 meter daripada Kampung Ribaan Bulan, kawasan kes.

"AAAaaaarghh!!!" Seorang lelaki menjerit kesakitan akibat lehernya digigit oleh nenek tadi.Mulutnya berlumuran darah. Leher lelaki itu terkulai, sedang nenek itu masih berselera menjamahnya. Mata dan kulit muka nenek itu sudah bertukar putih pucat,

"What in the world is happening?!" Tanya seorang lelaki bangsa kulit putih dihadapan Yoru,

"AAAAAAA!!"seorang wanita pertengahan umur menjerit melihat darah lelaki itu yang mengalir,

Kejadian ini mengundang kepanikan di dalam bas. Penumpang-penumpang bas mula memenuhkan bahagian belakang bas- berkerumun,

"Apa yang bising sangat kat belakang tu?! Saya nak memandu, tolong diam!" Marah pemandu bas, masih belum menangkap punca keriuhan di bahagian belakang.

Zap! Kepala pemandu bas pula diragut nenek itu, kemudian membahamnya. Bas mula hilang kawalan.

Gila!

************

TERUS HIDUP [ TANGGUH ]Where stories live. Discover now