BAB 9

170 34 21
                                    

KEBINGITAN bunyi jeritan zombie bersahut-sahutan memenuhi setiap blok di Tembok Pendekar, bunyi jeritan zombie-zombie itu sayu, seakan-akan menanggung suatu kepedihan - derita.

Aiman dan pasukannya bergerak ke blok D, dalam formasi 2-2 dan Laftenan Aiman berada di posisi paling hadapan. Mereka semua sedang melarikan diri. Terdapat segerombolan zombie yang mengejar mereka dari belakang.

Tetapi Aiman tidak membenarkan Tim Alpha untuk menembak zombie-zombie itu, Alasannya bunyi mampu menarik perhatian mahkluk karnivor itu. Sebaliknya, mereka hanya lari dan bersembunyi. Tim Alpha pada ketika itu membelok ke blok D,

Tahfuz melompat ke arah pintu, sejurus kakinya terangkat.

Bum!

Pintu terbuka. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri di sudut blok. Kaku.

"Tahfuz, kunci pintu" arah Aiman, bimbang jika gerombolan zombie itu dapat menyerang mereka dari belakang.

"Abang....jom temankan saya" kata budak perempuan itu secara tiba-tiba, seraya tersenyum sinis. Bom peledak di badannya aktif.

******************************

Silva mencampakkan walkie-talkie nya ke lantai blok, gangguan frekuensi yang tidak berkesudahan itu ternyata mengganggu mindanya. Runsing dan penat.

"Shit!" Silva memaki, bengang dengan keadaan yang menimpanya. Tim Bravo pada ketika itu sudah tinggal 3 orang sahaja. Laftenan Silva, Sarjan Hadeef dan Laftenan Sonny, yang lain sudah terkorban dalam serangan zombie tadi. Mereka yang tinggal sedang berehat di sebuah blok - Blok M.

Silva membuang pandangannya ke luar bingkai tingkap,matanya terbuntang tatkala mrlihat sebuah lohong gergasi sudah terbentuk di langit. Mulutnya ternganga. Silva lantas berdiri.

"What the heck?!" Ungkap Silva, badannya kaku apabila terlihat meteorit gergasi yang berada di dalam lohong itu.

"What?.......Itu portal ke?" Sonny yang sekian lamanya diam tiba-tiba menyampuk, takjub.

Manakala Hadeef hanya mengunci mulut, matanya masih berkaca. Sedih dengan kematian sahabat seperjuangannya.

"Tak guna! Nanti meteor-meteor dari lohong itu akan hentam bumi!" Kata Silva,sedikit menjerit. Penumbuknya diajukan ke dinding. Riak mukanya berang. Kelihatan sebuah meteor bersaiz 35km persegi sedang menuju ke bingkai lohong - perlahan-lahan.

"Mungkin...itulah punca gangguan frekuensi"kata Sonny, sambil tangannya menguis dagu. Berfikir.

"Tak guna betul siapa yang rancang semua ni..kalau aku jumpa habislah dia.."sampuk Hadeef, masih terkesan dengan pemergian ahli pasukannya.

Bom!! Bom!!

Sayup-sayup kedengaran bunyi letupan yang berturut - turut dari luar blok M.

"Jom, nampaknya zombie-zombie tu dah makin dekat." Kata Silva, sejurus bangun dan memikul senjatanya.

Sonny dan Hadeef hanya menurut, bunyi letupan bom periuk api yang dipasang oleh mereka beberapa ratus meter dari blok M tadi menunjukkan sesuatu sedang menghampiri mereka.

Maut.

Mereka kemudiannya bergegas mengatur langkah ke tangga - ke tingkat paling atas.

*********************

Blok D
Tembok Pendekar

Budak perempuan itu menerjah ke arah Aiman. Aiman mengelak dengan pantas, budak perempuan itu tersembam ke arah Vell.

"Lepaskan!" Teriak Vell, budak perempuan itu sedang memeluknya dengan sangat erat.

Vell menendangnya dengan kuat. Pelukannya terlepas, seraya budak itu terhempas ke dinding.

"Aduh..Abang..sakit lah.." kata budak itu, terduduk. Matanya berair.

KBOMM!!

Badan budak itu berkecai rentetan letupan peledak di belakangnya. Aiman dan pasukannya tercampak ke belakang, menghentam dinding konkrit. Impak dari letupan tadi telah menarik perhatian kawanan zombie yang berhampiran.

Aiman mengibaskan tangannya, kepulan asap hitam memenuhi segenap ruang di dalam blok. Dinding blok sudah berwarna merah, bermandi darah budak perempuan itu. Aiman terbatuk-batuk.

Kelihatan beberapa ahli kumpulannya yang terbaring kaku dalam jarak yang tidak terlalu jauh. Kelihatan pula Tahfuz mengesot perlahan-lahan ke arah ahli pasukan yang lain.

"Polar..denyutan nadi dia..tiada" kata Tahfuz, sedih. Kelihatan Vell dan yang lain juga masih terbaring, Tahfuz lantas menghampiri mereka untuk memberikan bantuan.

Aiman menangkap bunyi raungan zombie dari luar.

Bau darah... Mungkin ini yang tarik zombie-zombie itu..

Bisik hati Aiman, seraya melirikkan matanya ke arah dinding yang telah tersimbah dengan darah.

"Tahfuz..kita kena pergi sekarang! Zombie-zombie itu dah datang!" Arah Aiman, telinganya menangkap suara desahan zombie-zombie dari luar yang semakin jelas.

"Diorang ni macamana?! nak tinggal je ke?" Tahfuz membalas, riak wajahnya serius.

"Tahfuz, yang hidup perlu teruskan hidup.."

*************************

Sebuah kereta Toyota Hilux meluncur laju membelah jalan raya yang penuh dengan mayat. Persekitaran jalan yang suram menandakan waktu awan menabur jasanya kepada bumi telah tiba - hujan.

Seorang lelaki memakai topi fedora mengendalikan kereta itu dengan cekap, sekejap membelok ke kiri, sekejap ke kanan. Mengelak dari kereta-kereta yang tidak berpenghuni di jalan raya.

Keadaan di jalan raya pada ketika itu amat sunyi. Kelihatan kereta-kereta mewah tanpa pemandu berderetan di jalan raya, sekaligus mengakibatkan jammed.

Lelaki itu memperlahankan kenderaan apabila berjaya melepasi bahagian jalan raya yang dipenuhi kereta tanpa pemandu. Telefon pintarnya berdering, menerima panggilan.

" Yo Hiroki, bila kau nak sampai ke destinasi?" Suara Yoru bergema di corong telefon pintar sejurus dia menekan punat 'Answer call'.

"Kematian...adalah destinasi terakhir..cuma kita selalu berhenti sebelum tiba ke situ.." Hiroki menjawab, sambil melegarkan matanya ke hadapan.

"Kau merepek apa ni? Cepat sikit tau! Aku ad- tuuttt!" suara Yoru itu terhenti apabila Hiroki menekan butang 'hang up'.

Keretanya yang dipandu perlahan sejak tadi diberhentikan di tengah jalan. Matanya menangkap ribuan ekor zombie yang sedang berlegar-legar di jalan raya dari dalam kenderaannya.

"Kematian...adalah destinasi terakhir" kata-kata itu berlegar dalam kotak fikirannya.

*****************************




TERUS HIDUP [ TANGGUH ]Where stories live. Discover now