BAB 10

256 39 53
                                    

HIROKI menekan pedal minyak, menambah kelajuan kenderaan. Lautan makhluk parasit yang berdepan dengan kereta Toyota Hilux itu terpelanting dan hancur digilis tayar. Hiroki yang mengendalikan kereta itu bijak, sekiranya terdapat zombie yang berpaut pada keretanya dia akan menekan pedal brek yang akan menyebabkan zombie itu terpelanting ke belakang. Sekaligus menghambat zombie-zombie lain yang sedang mengejar keretanya dari buntut kereta.

"Makhluk yang rapuh." Hiroki berdesis. Keretanya masih bergelumang dengan lautan zombie, meski dia sudah melepasi kawasan hadapan. Ternyata dia tersilap anggap bahawa lautan zombie itu tidak terlalu luas. Hiroki mengambil jalan singkat dengan menekan pedal minyak sederasnya, menghentam zombie-zombie yang menuju kearah kereta itu. Satu-persatu makhluk itu terpelanting ke udara, kemudian jatuh tersembam ke bumi.

Hiroki menghidupkan 'windscreen wiper' bagi membersihkan cermin kereta yang bermandi darah parasit itu. Darah berwarna hitam pekat itu pun hilang sejurus disembur dengan cecair putih dan dilap, selajur memberikan Hiroki gambaran jelas keadaan di lebuh raya itu. Dia sudah melepasi kawanan zombie yang menghurungnya sebentar tadi, mujurlah zombie itu tidak mengejar kenderaannya selepas itu. Hiroki lantas tersenyum.

"Seronok juga." Bisik hatinya, Hiroki kemudiannya mendapat satu notifikasi dari telefon pintarnya diiringi intonasi gegaran notifikasinya.

'Mesej Penting'

Hiroki mengambil telefonnya, memandu sambil bermain telefon pintar bukan suatu yang janggal bagi Hiroki, sudah menjadi rutin hariannya. Gegaran dari telefon pintar Hiroki akhirnya terhenti apabila dia membuka peti mesej tersebut.

Arahan Rasmi Lockdown dari Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat Malaysia amnya,

Semua rakyat dikehendaki berkurung di dalam rumah, darurat. Sebarang urusan diluar rumah wajib dihentikan. Ini dilakukan agar keselamatan rakyat terjamin, sebarang ketidak-patuhan dari rakyat akan dikenakan merit(denda).

Dalam tempoh 30 minit dari waktu mesej ini disampaikan (5.58 p.m.), Angkatan Tentera akan mengambil alih keselamatan negara. Sekiranya rakyat mematuhi arahan ini, pada pukul 8.00 p.m., rakyat dapat berevakuasi ke Sabah dan Sarawak, berikutan sebuah komet dijangka akan menghentam semenanjung. Sekiranya sebaliknya, rakyat sendiri akan menanggung liabiliti.

Sekian,

Tan Sri Abdullah Fiqar,
Perdana Menteri Malaysia.

Hiroki meneliti mesej itu. Baru dia tersedar bahawa siaran radio keretanya juga menyiarkan sidang media Perintah 'Lockdown' yang sama. Kemudian telefonnya bergetar semula, panggilan dari Yoru.

'Lagi sekali?' Hiroki berbisik sebelum menjawab panggilan.

"Yo Hiroki! Kau ok tak? Kau dah sampai mana? Kau dapat tak mesej lockdown?" Yoru menyoal bertalu-talu. Hiroki yang mendengar tergelak-gelak, lucu.

"Kau jangan main-main Hiroki, aku sepak kau nanti" Yoru memberi amaran, bimbang menjadi-jadi. Hiroki terus diam kemudian menjawab.

"Aku dah nak sampai dah, aku dapat mesej tu. Kenapa? tak perlulah membebel macam orang tua." Hiroki berseloroh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TERUS HIDUP [ TANGGUH ]Where stories live. Discover now