Bukan main gembira lagi dia bila dapat tahu yang Hazim menjadi doktor di kliniknya. Setelah beberapa tahun mereka terpisah di sebabkan Hazim mengikut keluarganya berpindah di New York sehingga mereka terputus hubungan.

"Itulah aku pun tak sangka kita dapat berjumpa balik. Okey lah nanti kita berborak lagi kita kena buka klinik ini. Lunch nanti kita lunch sama sama dengan Syikin. Aku ada benda nak bagitahu korang berdua, bye!" Hazim sudah masuk ke dalam bilik kerjanya setelah selesai berborak di hadapan kaunter.

"Emmm okeylah nanti aku call syikin" Airish juga berlalu pergi ke biliknya.

Airish ralit mengemas barang yang di gunakan untuk merawat pesakit tadi. Telefonnya berbunyi menandakan ada orang call. Airish melihat nama yang tetera di skrin telefonnya. Serta-merta bibirnya mencebik.

"Ni mesti kes tak puas hati" Airish menjawab panggilan tersebut.

"Airish..." Belum sempat Elman menghabiskan ayatnya terus Airish memintas percakapanya.

"Assalamualaikum. Hah kenapa kau call aku ni? Aku ada kerja lah" Laju saja Airish bertanya.

"Auchhh... Assalamualaikum isteri tercinta muah muah. Kau nampak macam aku kisah ke yang kau ada kerja ke tak? Suka hati aku lah nak kacau kau!" Dengan nada penuh jengkel Elman menjawab.

"Waalaikumussalam. Kepala otak kau. Suka hati mak bapak kau aje kan nak kacau aku. Sehari kau bagi hidup aku aman tak boleh ke?" Ujar Airish geram.

"Nanti kau lunch dengan aku. Waktu lunch nanti aku ambil kau dekat klinik!" Elman mengeluarkan arahan dengan laju.

"Tak boleh aku dah janji dengan kawan aku nak lunch dengan dia orang." Bantah Airish.

"Tak kira. Aku nak kau keluar lunch dengan aku juga" Elman juga tidak mahu mengalah.

"Tapi...." Belum sempat Airish menghabiskan bicaranya. Elman sudah memintas percakapannya.

"Tak ada tapi-tapi. Aku ke kawan kau lagi penting. Aku ni suami kau tau. Kau ingkar arahan aku neraka lah tempat kau!" Elman mengeluarkan ugutan manjanya.

Airish sudah berdongkol geram dengan perangai memaksa Elman.

"Ishhh yelah nanti aku lunch dengan kau. Asyik-asyik nak label aku ahli neraka. Kau ingat yang kau tu confirm sangat ke masuk syurga? Dasar orang tua. Lagi satu aku nak naik kereta aku sendiri kau tak payah gatal nak ambil aku." Geram itu yang Airish rasakan sekarang.

Kalau ini pun Elman tak faham bahasa memang dia kena open table dengan Elman untuk ajar satu-persatu ayat apa yang Elman tidak faham.

"Kau ini memang nak tempah neraka ke apa? Suka sangat nak lawan cakap suami. Kan aku dah cakap aku yang ambil kau nanti kenapa susah sangat nak faham. Kau nak aku guna bahasa apa baru kau nak faham? Bahasa uganda?" Bebel Elman panjang lebar.

Kan Airish dah cakap. Elman dengan neraka tak akan berpisah. Macam lah dia tu confirm betul masuk syurga.

"Yelah gila. Nanti aku tunggu kau. Kau lambat memang aku pergi lunch dengan kawan aku." Ugut Airish tidak mahu mengalah.

"Wow dah pandai ugut aku." Ujar Elman dengan suara sinis.

"Hah hello El...El...hello El tak dengar la. Kau cakap apa hahhh?" Airish berpura pura tidak mendengar bebelan dari Elman. Dia sengaja buat-buat tak dengar seolah-olah line terputus.

Sejurus itu Airish mematikan talian di antara mereka berdua.

Hah padan muka suka sangat sakitkan hati aku kan. Baru puas hati aku.

Sudah masuk waktu lunch. Airish pergi ke bilik Hazim untuk memberi tahu yang dia tidak dapat lunch bersama mereka.

"Hazim boleh aku masuk?" Airish mengetuk pintu bilik Hazim.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now