"Oh mungkin." Ringkas saja jawapan Airish.

"Nama saya Zaliff Haqani, you can call me Zaliff ." Zaliff memperkenalkan dirinya tanpa di pinta.

Airish hanya menayangkan wajah selamba. Dia nak aku perkenalkan nama aku juga ke apa?

"Sharifah Airish Mikayla and you can call me Airish."

Lambat-lambat Airish memperkenalkan namanya juga kerana tidak mahu di lebel sombong.

"Nice name, can we be a friend?" Pinta Zaliff pula tidak tahu malu.

"Sure." Airish dengan kekok membalas juga. Walhal di dalam hatinya, dia sudah menyampah dengan lelaki itu.

"Nice to meet you, but can i have your number phone?"

Dengan penuh selamba Zaliff  meminta nombor gadis tersebut. Walhal di dalam hatinya, dia sudah malu teruk. Tetapi dia gagahi juga meminta kerana dia tidak mahu terlepas perluang.

Airish menyegih sinis apabila lelaki itu meminta nombor telefonnya.

Heh melebih pula mamat ni nak minta nombor telefon bagai. Ada juga dia bagi nombor ekor dengan Zaliff nanti, baru lelaki itu tahu langit itu tinggi ke rendah.

"Num..."

Baru saja Airish ingin menyebut nombor telefonynya. Terlebih dahulu telefonnya berbunyi, nasib baik telefon dia berbunyi di waktu yang sangat tepat.

Boleh juga dia lari dari mamat yang entah dari planet mana suka hati mak bapak dia minta nombor telefonnya.

Ingat dia nak bagi ke?

Memang tak lah!

Airish menjawab panggilan dari Syida.

"Ya ada apa Syida?" Serius saja nada Airish menjawab panggilan dari Syida.

"Emergency case!"kata Syida di talian dengan suara sedikit cemas.

"Ok I'll be there now, give me 5 minutes" Pinta Airish terus bangun dari kerusi.

"Baik dokter"

Airish terus putuskan panggilan tersebut dan ingin meminta diri untuk pergi ke operating room.

"Saya pergi dulu!!" Airish meminta diri kepada Zaliff.

"Ok,if kita ada jodoh kita mungkin terserempak lagi" Ujar Zaliff dengan ketawa perlahan. Sengaja mengusik.

"Insha Allah!"balas Airish acuh tak acuh.

Laju kaki Airish pergi dari situ dan berlari sekuat hati untuk ke bilik pembedahan.

Airish sampai di rumah dalam keadaan penat. Dia memberi salam dan masuk ke dalam rumah. Dia melihat jam di tangannya sudah menununjukkan pukul 8.40 malam. Nasib baik dia  sudah solat maghrib dekat surau hospital tadi.

Airish menuju ke ruang tamu dan meletakkan beg laptop dan beg sandang di atas sofa. Airish menuju ke dapur untuk minum air.

Airish melihat kelibat uminya di  dapur yang sibuk menyediakan makan malam mereka sekeluarga.

Airish bangga dengan uminya kerana uminya tidak pernah memandang rendah kepada orang lain kerana uminya seorang yang baik hati. Uminya sentiasa masak untuk suami dan anak-anaknya walaupun mereka sudah ada pembantu rumah.

Umi sentiasa meringankan tangannya untuk menolong pembantu rumah melakukan kerja. Itulah salah satu mengapa Airish bangga menjadi anak uminya.

Airish menghampiri Uminya yang leka membasuh pinggan mangkuk. Terjengket-jengket kakinya menghampiri uminya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now