HFDS 23

10.2K 422 14
                                    

"CANTIK ke pakai tudung macam tu? Macam tak elok je Tercekik nanti baru tau."

Terhenti ligat tangan Elina yang sibuk melilit shawl di depan cermin itu. Dari pantul cermin di hadapannya, dia dapat melihat Eddie yang duduk malas di sofa. Tangannya megang telefon namun mata lelaki itu masih tancap ke arahnya.

"Memang sayang tak cantik. Kalau pakai tudung apa pun tetap tak cantik sebab tu nak bagi cantik" Menjawab pulak dia dan tangan terus ligat menyelit jarum peniti di lipatan shawl. Berkisah sangat si Eddie dia lawa tak lawa?

"Makeup tu nampak tebal.  I mean lipstick tu boleh tak lower by one tone? Jangan pakai tebal eyh. Nanti macam patung badut"

Masih tak puas hati kat Elina pagi itu, Eddie masih berlagak macam juri bagi kritikan.

"Ini lip balm jelah." Dengus kecil, lebih mengherotkan bibir. kepada menderam balasan dari Elina.

"Boleh ya, jadi merah macam tu? cannot brain laa".

"Ikut darah, ikut kulit. Sapu gel ni je pun, dah nak jadi merah macam ni nak buat macam mana." Elina jadi tidak senang. Satu-satu yang ada padanya mahu ditegur. Teguran yang lebih kepada kritikan.

Dah kenapa Eddie? Tak puas nak cari gaduh dengannya? Memandang sekilas di cermin, Eddie masih tajam merenungnya. Pantas saja tangannya mencapai tisu. Bibirnya yang dituduh seolah-olah merah menyala sampai cannot brain kepala otak Eddie ditonyoh bagi membersihkan lipbalm.

"Masih merah." Ujar Elina perlahan.

"Tengok ni, Lia dah buang. Ini natural. Jangan cakap nak suruh sayang tuang clorox pulak untuk bersihkan." Eddie angkat kening. Ketawa kecil.

"Oh, sorry. Kulit sayang cerah jadi logiklah bibir Elina merah. Takkan warna kuning pulakkan?"

"Abang tu yang complain bukan-bukan. Semua yang sayang pakai semua tak kena," Eddie ketawa mendengar rungutan Elina.

"Wajiblah abang complain itu ini kalau pemakaian sayang boleh buat mata orang yang tengok sayang tak berkedip. Terbakar hati abang ni".

Elina yang masih menghias diri di depan cermin itu hanya menjeling.

"Oklah tu. Jom cepat. Karang lambat, abang tak tau nanti kita pulak yang lambat datang. Kita ni bukan tetamu betul pun." Dahlia bergerak, menuju ke arah Eddie yang sudah pun bangun dari sofa itu.

Perhati saja tak mengapa, ini dah jadi macam apa entah, sedap saja kritik itu ini. Sampaikan cara Dahlia nak sikat rambut pun jadi perhatiaannya. Mengingatkan Eddie buang tebiat akhir- akhir ini, Elina mencebik. Tak tahu suaminya selalu kacau aje bila nak bersiap.  Siap tambah sofa yang menjadi tempat dia memerhati Elina bersiap setiap hari.

"Sayang. One more thing."

"Apa?"

Eddie ketap bibir. Atas bawah matanya memandang Elina

"Baju sayang ni macam tak.."

"Tak sesuai? Ini dress yang sayang pakai, abang. Tak sesuai kat celah mana kalau dress memang untuk menghadir majlis. Kita nak pergi majlis along tau. Bukan nak pergi parti."

"Ok tell me abang. Apa yang abang tak puas hati sebenarnya ni. Jangan nak pelik sangat laa", rungut ku seakan rimas. Segala perbuatannya ada saja Eddie tidak berkenan. Kadang-kadang nak pergi client pun dia tak suruh. Dia nak orang lain ganti. Kerjanya memerlukan bertemu dengan orang, baru dapat dealing dengan lancar.

"Abang cemburu sayang. Boleh tak faham? Jangan pakai cantik-cantik lagi. Sayang pergi tukar baju eyh?" pujuknya lembut.

"Abang baju ni okeylah." Eddie jungkit kening, masih menggeleng tetap mahu Elina menukarnya. Herot bibir Elina.

"Ke baju ni terlampau sangat? Nak sayang tukar baju warna cerah ke?"

"Bukanlah. Maksud abang, dress ni nampak body curve sayang tu." Elina cegil mata.

"Seriously? Sebelum ni sayang pakai jugak baju ni tapi abang tak cakap apa pun. Ini longgar. Tak nampak pun body curve sayang melainkan gigih sangat orang nak tilik badan El ni."

"Hmm, tukar boleh? Pakai dress longgar potongannya.Sayang sekarang ni nampak mantap sejak minum jamu tu."Elina ketap bibir.  Eddie tak faham untuk apa dia minum jamu kesihatannya dan menjaga penampilan untuk suaminya jugak.

Gatal!

Berpusing serta-merta, terus menuju ke almari. Terpancul saja Elina dari walk in wardrobe itu, bibir Eddie senget.

"Ini pun nampak seksi." Tepuk dahi Elina Gilalah piawaian Eddie.

"Patutnya kebaya ni pun tak boleh pakai. Pakai baju yang bagi sayang nampak macam mak cik- mak cik. Tapi tulah sayang pakai semua nampak cantik."

"Nak pergi ke tak nak? Kalau tak biarlah sayang ni bekemban aje depan abang."

"Kalau sayang bekemban aje tak payahlah pergi majlis. Kita lentang aje atas katil".

Herot bibir Elina. Lain macam perginya fikiran Eddie.

*****************************************

   Lima bulan sudah berlalu selepas kejadian, tapi masih segar dalam ingatan ku. Kehadiran pihak polis memberi aku kelegaan. Rupanya dari awal lagi segala pergerakkannya diikuti oleh orang tertentu cuma mereka lambat menunjukkan diri. Habis jugaklah sakit sagala anggota badannya. Lebam dan berdarah jugak sama.

Ditolak, di terajang, di tampar dan di pijak amat memberi impak kepada dirinya sehingga pengsan tidak sedar diri dalam masa empat hari. Cuma itu jelah dia ingat, sedar saja dirinya terbaring atas katil hospital buat kali ke dua dengan tangan berbalut dan bertampal kapas.

Elina bebas dari segala ancaman apabila penjenayah sudah diberkas dua hari selepas kejadian. Mereka jugak sama di dakwa kerana cuba membawa dan menjual barang terlarang.

"Hey.. napa termenung ni? Tak ikut diorang ambil gambar sekali ke?", tegur Eddie menyentuh lembut bahu Elina.

"Nantilaa. Penat belum habis lagi ni."

"Penat apa sayang? Sayang cuma bagi cerderhati pada tetamu tau bukan basuh pinggan", komen Eddie menggingati. Azrul selamat menikah dengan Syikin pada petang tadi, kini mereka meraikan majlis sanding mereka lagi.

"Sama jugak penatlah abang. Betul tak larat"

Baru saja aku ingin melangkah ke dalam rumah, aku pening tiba-tiba. Selepas itu aku tidak tahu dah apa yang berlaku. Suara Eddie  sayup-sayup kedengaran.

Tatkala aku membuka mata aku melihat Eddie berada di samping aku. Muka Eddie ceria semacam.


"Abang, El kat mana ni?" tanya ku.


"Dihospital. Tadi sayang pengsan. Abang ada berita gembira ni.” Ujar Eddie sambil tersenyum.


"Berita gembira? Apa?"


"Tahniah sayang. Your pregnant been almost 3 weeks. We're become parents." Eddie tersenyum lebar. Matanya bersinar terharu.

"Betul ke? Abang tak tipu kan?” tanya ku untuk kepastian.

"Betul. Abang tak bohong. Lagipun buat apa kami nak bohong. Its a good news for us sayang." Kata Eddie bersungguh-sungguh.

"Ya Allah terima kasih. Sayang baru tahu abang. Nasib tak jadi apa-apa. Patutlah sayang macam selalu pening. Fikir cuaca tu yang menentu."

"Selepas ni sayang tak payah datang kerja. Biarlah buat kerja kat rumah aje." larangnya lebih kepada arahan.

"Hmm okay abang. Sayang suami El ni", peluk ku erat pada tubuhnya.

/////////////////////////////

Done! Votes. Super publish from me!🤗💕 one step of finish.



© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now