HFDS 21

9.2K 422 5
                                    

BERKALI-KALI Eddy mendail nombor Elina namun hampa bila Elina tidak mengangkat telefon. Hampir dua jam butik isterinya tutup dari beroperasi. Takkan belum balik lagi?

Malam ini, dia tercongok berdiri  di depan pintu rumah.  Beberapa ketika menanti, barulah daun pintu itu dikuak. Elina membuka pintu untuk masuk dan kemudian masuk dengan menjijit barang beg plastik di tangan.

"Ohh god! Sayang pergi mana? Kenapa tak amgkat telefon?" soal Eddie benar-benar lega bila Elina sudah di hadapannya.

Elina tersengih.

"Sorry abang. Pergi beli barang tadi tak sedar jam dah nak masuk lapan malam."

"Telefon? Mana telefon? Tak reti nak angkat. Buat orang risau saja." Marah Eddie buat kali kedua.

"Beteri kosong. Tak sedar. Maaflah. Sayang tak sengaja." Elina rasa bersalah bila Eddie
lama menunggunya. Dahi yang berlapis kedut makin mengurang bila Elina meminta maaf.

"For these time yes. But If sayang buat perangai macam ni lagi I won't letting you go anywhere again."

"Abang ni.." Elina tidak berani bercakap lebih bila melihat muka garang suaminya. Tambahan lagi penahan mata tu tajam merenung kulit mukanya.

"I mean my word El. You couldn't do as what as you want. Nanti apa-apa hal siapa susah. You suka ke buat I panik dan risau. I won't lose you for a twice time again" Ujar Eddie bercekak pinggang.

"Sorry abang. Kali ni sayang tak buat hal lagi dah. Telefon pun mesti sentiasa ada beteri." Elina meraih tangan suaminya dan memeluk tubuh sasanya. Wajahnya disebamkan di dada Eddie.

Purrr...

Elina ketawa perlahan dan sengih kemudian. Eddie yang riak garang bertukar senyum.

"Haa tahu pun lapar. Jalan tak ingat makan boleh pulak. Nasib tadi abang singgah kedai tapau makanan tau. Jom"

Elina hanya tayang gigi. Tak nak buat banyak bunyi lagi. Dengar bebelan Eddie dah cukup buat telinga penuh nak hadam.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

TERKOCOH-KOCOH Elina berlari . Ingatkan suaminya belum sampai. Leka dia berbual dengan rakan sekelasnya yang singgah ke butiknya hingga tidak perasan telefonnya yang berbunyi. Mujurlah tergerak hendak melihat telefon tadi. Sampai ada lima panggilan tidak berjawab. Maknanya, sudah lamalah Eddie bertapa di kereta. Nampak saja Eddie yang sedang menunggu di tepi kereta, Elina terus tersengih.

Berlari-lari anak dia mendapatkan suaminya. Tangan Eddie disambut dan dikucup hormat.

"Sorry, telefon dalam beg tadi. Tak dengar abang call. Dah lama ke abang tunggu? Kenapa datang awal sangat? Abang kata lewat sikit tadi. Itu yang sayang tak turun lagi. Berbual dengan kawan tadi."

Bicara Elina terhenti saat tangan Eddie mengetip bibirnya. "Membebel macam mak nenek. Cium mulut tu nanti baru tahu," ucap Eddie selamba.

Terus Elina menolak tangan Eddie dan menyilang tangannya sendiri ke mulut. Niaya saja kalau Eddie buat betul-betul.

Melihat reaksi isterinya itu, Eddie tertawa dan menggeleng. Bahu Elina dipagut lembut dan pintu kereta bahagian penumpang dibuka.

Duduk saja Elina di kerusi, tali pinggang ditarik untuk isterinya. Tersenyum Elina dengan layanan suaminya. Lepas tarik tali pinggang, Eddie tidak terus beredar. Sebaliknya, bibir Eddie bertaut di bibirnya. Walaupun sekadar kucupan tak sampai sesaat, hati Elina jadi berdebar. Malu tiba-tiba.

"Isy, dia ni," gumam Elina. Marah sambil tahan malu. Kalau orang nampak tadi, buat malu saja. Eddie dijeling dan perut suaminya itu dikutil geram. Eddie tertawa dan mengelak cubitan Elina.

"Sorrylah. Tak tahan tengok sayang comel sangat," ucap Eddie. Lepas itu, dia terus bergerak ke pintu bahagian pemandu. Elina ikut sama tertawa mendengar jawapan suaminya. Haih, sabar sajalah.

"Kenapa abang datang awal?" soal Elina. Saja. Kerja habis awal tadi. Itu yang terus datang sini. Sayang lapar tak? Kita pergi makan dulu. Lepas itu,kita singgah rumah  sekejap," balas dahi Elina berkerut.

"Aik kenapa nak singgah? Kita lunch aje kan?" tanya Elina seakan tak faham.

"Abang rindu sayanglah.." suaranya meleret dengan muka tak boleh blah.  Elina tepuk dahi sambil mengeleng. Mukanya membahang tetiba.

Mike terlalu berang dengan tindakan pihak polis yang berjaya menangkap adiknya, Reza. Sejak berita penangkapan Reza terdengar di cuping telinganya, hatinya langsung tidak pernah tenteram. Terlalu marah dan bengang kerana begitu mudah Reza ditewaskan.

Dia tahu Reza seorang yang licik tetapi timbul kemusykilan punca Reza terlalu mudah ditangkap. Dia sudah mula mengesyaki ada orang dalam yang membelot terhadapnya.

"Aku dah banyak kali pesan dekat Reza, jangan lerlalu enjoy dengan hidup dia dan sekarang tengok macam mana. Dia tak pernah dengar apa aku cakap!" Mike mendengus. Rokok di jarinya disedut dalam-dalam dan hembus asap rokok sehinggakan berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya.

Dia menyedut lalu menghembus lagi sehingga puas. Dia sudah tidak senang duduk, berjalan ke hulu dan ke hilir. Lagaknya sudah seperti orang tidak siuman.  Razak orang suruhannya hanya memerhatikan. Dia tahu apa perasaan Mike apabila sudah mengetahui adiknya sendiri sudah berada dalam penjara dan bukan senang untuk melepaskan diri apabila sudah tertangkap.

Dia tahu Mike terlalu sayangkan adiknya walaupun Reza selalu sahaja membantah apa yang Mike perintahkan kepadanya selama ini. Biasalah tak menunjukkan kasih sayangnya tapi kalau bab keuntungan pasti adiknya itu akan mendapat sama.

"Mana perempuan jahanam tu, hah?! Macam mana dia boleh terlepas macam tu aje?!" soal Mike dalam nada yang lantang.

Konco-konconya lain hanya berpandangan sesama sendiri dan menunduk. Tidak berani untuk memandang muka Mike apabila lelaki itu sudah mengamuk. Sesiapa sahaja akan menjadi mangsa. Mereka tidak berani menjawab sepatah pun, takut tersilap jawab, mereka pula yang menjadi habuan Mike

"Relaks dulu bos, kau jangan macam ni. Kita cari jalan macam mana nak selamatkan Reza. Pasal budak perempuan tu pula, aku dah cakap awal-awal lagi. Bukan calang-calang orang yang jaga dia, bos. Dan bukan senang nak tangkap dia." Razak bersuara tenang.

"Mana lelaki tu?" soal Mike tidak sabar dan tak puas hati

"Dia dah mati! Budak kita yang bunuh dia," terang Razak ringkas.

"Aku nak korang cari perempuan tu? Aku nak dia hidup-hidup. Biar aku bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" Mike sudah mula hilang sabar.

"Budak tu dah mati tapi kenapa lembab sangat nak tangkap haa?"

"Memang dia dah mati bos tapi masalah sekarang ni perempuan tu dalam jagaan pihak polis. Kita tak boleh suka hati nak serang aje. Kena ada plan dulu"

"Macam ni....." Mereka mengganguk faham dan mula membuat perhitungan. Segala arahan dari ketuanya didengar dengan teliti. Silap sikit mereka pula jadi mangsa amukan.

Done! Vote lerr Aku banyak buat ni. Hehe. Soon next bab. Mood masih panas ni.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now