HFDS 7

14.5K 657 3
                                    

EDDIE Raihan perhatikan saja Elina yang duduk di dapur sambil memegang gelas berisi air masak.  Entah apa yang difikirkan Elina, dia tak tahu. Nampak macam berat benar kerana kerut di dahi itu menjadi bukti. Sudah beberapa minit  isterinya begitu, namun tak terkeluar pula pertanyaan daripada ulas bibirnya.

Isteri?

Dahi yang tiba-tiba saja terasa gatal digaru- garu perlahan. Janggal. Ini bukannya mimpi siang hari, dengan sekali nafaz saja mereka sudah menjadi pasangan di majlis ringkas saja. Atas permintaan Elina.

Dia ikut saja, lagipun dia faham perkahwinan mereka atas dasar kena tangkap khalwat. Serius dia sama sekali tak menyangka yang mengetuk cermin itu pihak pegawai JAIS bukan penjenayah tu. Pening, pening.

"Elina..", panggil Eddie rendah.

Saat Elina berpaling, dadanya bagaikan dipalu. Mampukah dia menjadi suami buat Elina dalam kata erti sebenar-benarnya?

"Kau buat apa kat dapur lama-lama ni?"

"Tak ada apa-apa. Saja aje," balas Elina datar.

"Takut dengan aku?"

"Tak, dah kenapa pulak saya nak takut kat awak?" Dia membelek-belek gelas ditangannya.

"Tapi aku suami kau. Kan?" Bibir Elina mencebik. Dah tahu tak payahlah nak tanya lagi.

"Atas kertas!"

"Atas kertas tak atas kertas. Yang penting kau dah dalam tanggungjawab aku. So aku mintak jaga kelakuan diluar atau di dalam pengawasan aku. Faham? Jangan melawan cakap suami."

"Ingat orang budak sekolah ke nak minta penjagaan ni?", jelek Elina rasakan sekarang ni.

"Mungkin kau lupa kot? Orang semalam tu senang-senang ke nak lepaskan kau." Dia mengambil gelas di tangan Elina, kemudian mencapai jag berisi air.

Elina diam. Takut bila mengingat perkara semalam.

"Jadi aku kena stay dengan awaklah ni?", tanya Elina bimbang.

"Hm."

"Tapi aku tak nak"

"Kena jugak! Tak payah banyak songeh, macamlah aku nak buat apa-apa pun" jawapnya tak pasti.

"Kalau awak apa-apa nanti macam mana?", soal Elina sekadar menduga.

"Kalau aku buat, akulah yang untung sebab.." Mata Eddie jatuh ke arah leher Elina. Banyak-banyak tempat, di situ dia rasa yang paling menarik. Muka gatal sengaja dipamerkan demi menggerunkan Elina.

"Okey, deal! Tak payah tengok aku macam tu", ujar Elina menyampah. Baru kenal beberapa jam pun dah tunjuk muka gatal.

Eddie hanya ketawa.

"Kenapa mengeluh? Tak suka ke kawin dengan aku?" Mata Eddie hala pada siaran TV.

"Takde saja mengeluh", balas Elina saja.

"Tak baik mengeluh. Allah tak suka".

"Jom kita buat ni," ujar Eddie tiba-tiba.

"Our introduction"

"Nama aku Eddie Raihan, umur pulak dua puluh sembilan tahun. Kau pulak?" ujarnya menghulur tangannya ke depan Elina.

"Okey. Elina Farhana, dua tahun muda dari awak."

"Perempuan memang macam ni ke selalu?", kening ternaik.

"Macam mana?", soal Elina tak faham.

"Umur tu tak payah pakai kias terus je cakap dua puluh tujuh camtu" komennya terus.

"Eh suka hatilah. Mulut kita ada yang kisah ke?" selar Elina tak puas hati.

"Saya mengantuk. Nak tidur, dimana bilik saya ni?" tanya Elina belum tahu. Dia dah pindah masuk rumah Eddie.

"Jom tidur.. " ajak Eddie menjongketkan keningnya.

"Tidur bilik asing-asinglah." Suruh Elina menelan air liur berkali-kali. "Kalau awak tak nak saya pukul awak nanti", sambungnya.

"Buat apa aku kawin kalau tidur asing-asing? Aku nak..."

"Eddie!" Naik suara Elina mencantas kata-kata Eddie. 

Pecah berderai ketawa Eddie. Bergegar-gegar bahunya menahan geli hati. Dihentak-hentak kakinya beberapa kali kerana suka. Pucat muka isterinya yang cuba berselindung itu.

"Eee! Takutnya aku!" sindir Eddie. 

Jari telunjuk dituding ke arah muka Eddie yang hanya beberapa inci jari telunjuknya. Tetapi dengan pantas Eddie menarik tangan Elina dan menggigit jari yang bebas melayang di depan mukanya itu membuatkan gadisitu menyeringai kesakitan.

"Eh miang. Sakitlah" Elina memukul bahu lelaki itu sekuat hatinya. Sepontan.

Lelaki itu mengekek ketawa kerana dapat mempermainkan Elina sekali lagi. Tidak puas hati, Elina mencubit pinggang Eddie berkali-kali menyebabkan lelaki ini mengaduh kesakitan. 

"Okey, okey aku tak buat lagi dah. Sakit! Sakit!" Eddie menggenggam tangan Elina bila dia masih lagi mahu mencubitnya. Ketawanya masih bersisa.

"Muka gatal! Tak habis-habis nak usik orang" Tangannya ditarik laju. Seperti terkena renjetan elektrik saja gayanya. Mukanya sudah masam.

"Muka gatal nilah yang tolong kau semalam tu. Kalau aku gatal dah lama aku cium kau malam tu", bisik Eddie masih main-main.

Eee gatal punya orang! marah Elina dalam hati. 

"Naik atas pergi belah kanan. Pintu warna coklet. Jangan kiri, kalau kau pilih takpe  aku tak marah", guraunya lagi.

"Gila!" ujar Elina segera naik tangga. Tak tahan berduaan dengan lelaki itu.  Ada saja dia nak bahannya.


####
Ehe ehe. Serius time puasa aku rasa bosan then tadaa aku buat lagi😋 Jadi votelah sementara idea aku datang ni. Huhuhu.

837W.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now