Prolog

29.9K 941 19
                                    

"Arghhh! Sakitnya hati akuu..," jerit Elina. Satu persatu masalah hubungan mereka timbul. Nampak sangat hubungan ni nak retak. Kalau tak fikirkan pasal hati abangnya memang dah lama dia mintak putus.

Teringat dia pada tunangnya Azrin. Cemburunya bukan main tapi dia tak tahu pulak kalau dia turut sama cemburu bila dia keluar dengan perempuan lain.

Berkerja atas urusan kerja menjadi alasan. Bukan dia nak percaya padahal Elina bukan banyak pilihan kalau bab-bab kerja ni. Semua diturutkan atas kehendak bidang kerjanya.

Elina meneruskan jalannya. Hanya beberapa meter saja nak sampai perhentian bas. Hari ni harinya cukup malang, keretanya pancit. Dengan jalanya sunyi lagi tetap diteruskan.

Petang yang sunyi, telinga dapat mendengar sayup-sayup suara orang merayu kemudian orang menengking-nengking. Dia berjalan menghampiri suara-suara itu. Makin lama makin kuat dan makin jelas suara mereka dipendengarannya.

Di lorong yang agak gelap, kelihatan empat orang berbadan sasa dan tegap sedang memukul seorang lelaki. Rambut lelaki itu direntap kasar oleh dari seorang daripada mereka. Kepala lelaki itu dihentak ke dinding beberapa kali hingga tak sedar.

Rayuan tidak diendahkan malah makin galak memukulnya. Mereka lebih berketawa dari berhenti mengerjakannya. Cahaya yang hanya samar-samar Elina dapat melihat penjenayah muka bengis itu.

Peluhnya merecik dan bibirnya bergetar sikit. Dia menelan air liur. Dia masih lagi menghendap mahu melihat sendiri lebih jelas lalu perlahan-lahan menghampiri dan bersembunyi disebalik kotak.

Lelaki itu mengacukan pistol buat lelaki terbaring lemah itu. Tanpa sempat Elina nak buat apa-apa, satu tembakkan sudah dibuat.

Elina kecut perut. Kakinya mula bergegar menahan rasa takut. Mulutnya yang sedikit ternganga ditutup dengan telapak tangan kecilnya. 

"Apa dah aku buat ni? Menyesal, menyesal lalu sini!" Elina memarahi dirinya.

Dia telah menyaksikan satu pembunuhan. Kali ni apa pulak dia nak buat? Dengan tidak sengaja. Elina tertolak kotak-kotak di mana tempat persembunyiannya sebentar tadi.

"Habis aku!" Elina berkata perlahan.

Keempat orang tadi melihatnya serta merta. Mereka dapat melihat wajah dan kalibatnya. Mereka saling berpandangan sama-sama terkejut.

"Cepat! Tangan perempuan tu. Aku nak dia hidup-hidup. Jangan bagi lepas!", jerit salah seorang dari mereka sambil menunding jari ke arah Elina.

"Arghh!" Sepontan Elina menjerit kuat. 

Elina menolak kuat kotak-kotak tersebut di atas jalan tar. Dia sengaja berbuat begitu agar dapat menyukarkan pihak lawan. Tanpa lengah dia berlari sekuat hati. Dia melalui lorong-lorong gelap. Suasananya amat menakutkan. Namun dia tiada pilihan. Dia berharap agar seseorang dapat menolongnya.

Penjenayah-penjenayah tadi tidak mungkin akan melepaskannya lagi-lagi bila dia sudah melihat perbuatan jahat mereka. Muka setiap orang tadi amat jelas di matanya bahkan melihat kejadian tadi merupakan mimpi ngeri buatnya.

Elina tercunggap-cunggap. Kakinya pun sudah lemah nak berlari lagi. Dia yakin kalau dia berhenti pasti akan ditangkap atau mungkin kena heret. Dalam fikirannya hanya mahu menyelamatkan dirinya.

Kerana tidak tahan, Elina berhenti jua seketika. Dia menunduk dan termengah-mengah bernafas. Dia tak tahu berapa jauh dia berlari. Dia berhenti di suatu tempat gelap dan sunyi.  Elina menangis. Tak tahu nak buat apa dah?

Dia berjalan perlahan sambil matanya meliar. Sekejap-kejap melihat kebelakang. Tiba-tiba pintu kereta yang terparkir tidak jauh dia berdiri terbuka. Seorang lelaki menarik Elina masuk ke dalam kereta. 

Pintu kereta ditutup laju.

Elina terkejut dan mula mengelupar, berusaha melepaskan diri dari leleki itu. Dalam kotak fikirannya macam-macam ada.

"Lepaskan aku! Lepas tolongg!!"   Dia menjerit. Elina memukul lengan dan badan lelaki itu.

"Baik kau diam! Aku bunuh kau nanti", suara perlahan tapi berupa keras.

Elina yang mendengar ucapan itu lagilah dia semakin agresif. Tak semena-mena tangannya menampar muka lelaki itu.

"Diam. Kau ni dah lebih laa", geram lelaki tu hampir saja dia putus idea. Pipinya yang terasa sakit dibiar sepi kemudian.

Sesekali dia memandang ke belakang.

"Kau ingat kalau keluar dari kereta aku ni kau selamat? Mahu kena bunuh? Kalau tak nak baik kau diam!" Suruhnya memberi amaran. Ada nada amarah disitu.

"Habis yang kau nak bunuh tu apa? Kau ingat aku yakin ke kalau bertahan kat sini?!" Elina membalas sama.

"Kau takde pilihan sekarang ni. Kena dengar cakap aku."

"Kau siapa nak ikut segala cakap kau ni?! Aku nak keluar. Lepaskan aku. Lepasss. Tolongg!" Elina menjerit lagi dengan sekuat hati.

Elina masih tidak mahu mendengar kata-kata lelaki tadi. Dia sedaya upaya mengapai pembuka pintu. Lantas lelaki itu menarik dibawah dan mengepit kuat. Sebelah tangan lagi menekup mulutnya dengan kasar tapi Elina mengigit tangan lelaki itu sekuat hati. Lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Woii! Sakitlah! Tak reti diamlah kau ni." Lelaki itu mengibas-gibas tangannya. Tangannya terasa sengal bila digigit kuat.

Tanpa banyak pilihan, lelaki itu terus saja merentap kuat baju Elina hingga terdedah bahunya.

"Apa kau buat ni haa?! Lepas. Aku tak nak. Tolonglaaa.." rayunya perlahan. Air matanya sudah mencurah-curah turun. Takut bila lelaki ini buat lebih lagi.

"Shushhh.. kejap aje. Diam. Aku kata, nanti orang tu nampak kau. Percaya cakap aku" pujuk lelaki itu masih berlembut. Dia tiada masa nak buat lain, selain ini.

"Tak nak! Nanti kau buat macam-macam nanti", tangis Elina masih lagi terkejut.

"Aku tau kau kena kejar oleh diorangkan? Kau nampak mereka bunuh orang kan? Kau nak aku tolongkan?" Tanyanya. Laju Elina mengangguk.

"Bagus. Sekarang diam apa nak aku buat. Aku tak buat lebih pun. Acah-acah aje. Orang tu dah dibelakang,"beritahunya. Kerusi Elina direndahkan dengan dia berada diatas. Bajunya dibuka hingga menampakkan dada bidangnya.

Wajah mereka berhampiran...

###

Opss! Nantilah aku sambung. Btw ni cerita ketiga aku, saja nak buat lain sikit. Ada action aje sikit. Aku pun tak pandai sangat.

Vote. Komen. Kalau banyak inshaallah aku teruskan.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now