HFDS 22

8.5K 379 9
                                    

Elina begitu asyik membeli sakan sehinggakan dia langsung tidak menyedari bahawa sedang diekori dari perkarangan parkir lagi. Dia masih tidak sedar beberapa orang sudah menunggunya itu.

"Isy, kenapa tinggi ni? Terjatuh nanti macam mana?" bicaranya sendiri. Geram barang yang diperlukkanya berada di atas dan lebih bengangnya lagi pekerja kedai tu tiada kelihatan. Sibuk mana entah.

"Kau nak aku tolong ambilkan untuk kau?" Satu suara kedengaran di belakangnya.

"Hah?" Elina terkejut. Dia terus berpaling ke arah belakang. Dua orang lelaki yang tidak jauh daripadanya kelihatan agak berwajah serius. Dua lelaki itu berjalan menghampiri Elina. Elina bagaikan terkaku, hatinya mula berdegup kencang. Perasaan takut sudah menjalar dalam sanubarinya. Terlalu takut. Matanya tidak lepas memandang dua lelaki itu, dia masih tidak dapat mengenali wajah-wajah

"Err boleh jugak." Elina menjawap teragak-agak.

"Yang mana satu?" soal lelaki tadi.

"Warna .. " baru saja Elina mahu menunjuk tiba-tiba hidung dan mulutnya ditutup serta merta. Elina meronta-ronta. Hidung nya lepas apabila ditutup dan tak sedarkan diri kemudian.

"Siapa kau, hah?!" Elina separuh menjerit mengaju soalan bila dia tersedar dari pengsan. Kepala memberat.

"Aku orang yang kau cari selama ni." Suara itu kedengaran kasar.

"Aku tak kenal kau. Apa kau nak daripada aku?" Lelaki-lelaki itu sudah begitu dekat dengan Elina. Nafas Elina naik turun memandang dua orang lelaki yang agak menakutkan di hadapannya itu. Dia mengamati wajah gerun itu dan tiba-tiba dia menutup mulut. Matanya bulat, terkejutnya bukan kepalang

"Kau lelaki yang aku nampak bunuh orang malam itu!" Terketar-ketar suara Elina. Dua lelaki itu ketawa dengan kuat. Sangat berpuas hati kerana perempuan yang dicari selama ini sudah ada di dalam genggaman mereka. Rancangan asal mereka yang ingin menculik Elina dari tempatnya kerja tadi menjadi lebih mudah apabila melihat Elina sendiri yang keluar dari melencong itu. Rancangan mereka menjadi lebih senang, seolah-olah Elina sendiri yang menyerah diri kepada mereka apabila nampak ianya hanya berseorangan.

"Ya! Akulah orang yang kau nampak malam itu. Kau happy kan jumpa aku kat sini," bidas Mike.

"Kau nak apa?" soal Elina. Tangannya sudah menggeletar kerana ketakutan.

"Kau yang menjadi punca kami diburu, adik aku pula dalam tahanan polis, Ini semua pasal kau. Kau ingat senang-senang aje aku nak lepaskan kau? Hahaha. Tak mungkin. Lagipun aku tengok kau ni cantik juga eyh. Rugi jugak kalau nak bunuh cepat" Mike bersuara lagi.

"Apa kau nak?" ulang Elina.

"Aku nak nyawa kau! Tapi nak badan kau buat sedap boleh jugak". Mike bersuara lantang Mukanya bengis, matanya bertukar merah. Bengang apabila teringatkan Elina yang menjadi penyebab adiknya ditangkap oleh pihak polis.

Elina berjalan mengundur ke belakang perlahan lahan. Niatnya ingin melarikan diri dari situ. Dia sedar dia sudah melakukan tindakan bodoh malam itu, dia tidak berfikir panjang sebelum mengambil apa-apa tindakan dan sekarang apa yang ditakutkan selama ini benar-benar terjadi. Jika nasibnya malang, sudah pastinya nyawanya sendiri akan terancam.

"Lepaskan akulah, setan." Elina merentap kuat. Namun dengan tenaga yang sedia ada tidak mampu melawan pautan kuat tangan kasar Razak pada lengannya. Dia hanya mampu mengeluh kesakitan apabila merasakan makin kuat pula pegangan tangan Razak. Kedengaran Mike ketawa dengan kuat dan lelaki itu sudah mula mengeluarkan pucuk pistol dari bajunya. Mike menapak menghampiri

"Kau jangan fikir kami akan lepaskan kau macam sja. Kau silap la." Mike mengacu pistol ke dahi Elina.

"Kau dah banyak buat masalah dekat aku. Sekarang giliran aku pula balas dendam atas apa yang kau dah buat dekat kami. Kau akan terima nasib macam lelaki bodoh yang selalu ikut kau tu, mati macam tu saja." Mike mendekatkan mulutnya ke telinga Elina. Dia ketawa kuat.

"Kalau kau nak bunuh aku, kau bunuh sekarang! Kau pun jangan ingat kau akan terlepas. Kalau kau bunuh aku, aku yakin nasib kau berdua pun akan sama dengan adik kau yang bodoh tu." Elina menjeling tajam ke arah Mike. Ketakutan yang menguasai diri pada awalnya bertukar
menjadi marah. Tidak suka nama Eddie dikaitkan.

"Hei, perempuan! Kau jangan nak mengugut aku. Kau ingat aku akan senang-senang nak bunuh kau macam tu aje? Tidak sama sekali! Tidak selagi aku belum puas! Mike mencengkam mulut Elina dengan kuat sehinggakan gadis itu menjerit kesakitan. Elina meronta-ronta dengan kuat, cengkaman tangan Mike  pada mulutnya terlepas. Kali ini Mike semakin berani mendekat.

"Kurang ajar." Razak menampar Elina sehinggakan gadis itu terduduk. Kali ini Mike pula merentap kuat tudung yang tersarung di kepala Elina sehinggakan tudung itu tercabut. Dia menarik kasar rambut Elina sehinggakan gadis itu terhuyung-hayang berdiri cuba menstabilkan dirinya. Mulutnya sudah berdarah dek tamparan Razak tadi.

"Kau jangan nak main-main dengan aku, perempuan! Kau belum kenal lagi aku siapa! Kau silap kalau kau fikir kau boleh lepaskan diri daripada aku. Kau jangan mimpi!" Elina merentap lagi kuat rambut Elina. Gadis itu menyeringai kesakitan.

"Daripada kau seksa aku macam ni, lebih baik kau bunuh aku saja," pinta Elina dalam tangis. Sakitnya hanya Allah yang tahu betapa peritnya.

"Hahaha! Aku ulang sekali lagi, kau jangan ingat senang-senang saja aku nak bunuh kau!" Mike  ketawa lagi.

"Sakitlah!" Elina menjerit apabila rambutnya masih tidak mahu dilepaskan. Elina meronta lagi, dia berusaha untuk melepaskan diri dari genggaman Mike. Mike memukul leher Elina menyebabkan gadis itu tidak sedarkan diri sekali lagi  dan terkulai di atas tanah.

Apa kita nak buat dengan perempuan ni, bos?" tanya Razak.

"Bawa perempuan ni ke tempat kita dulu. Aku rasa tempat tak berapa selamat. Cepat sebelum orang lain nampak," arah Mike. Kemudian Razak memapah Elina lalu masuk ke dalam kereta yang diparkir tidak jauh dari situ. Mereka meneruskan perjalanan ke rumah yang menjadi lempat persembunyian mereka daripada pihak berkuasa dan menjadi pusat untuk mereka menjalankan kegiatan haram.

Done. Vote! Ada lagi kot. Nak?

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now