HFDS 14

11.8K 572 13
                                    

DERUAN kereta memasuki laman menghentikan lamunannya. Aku terus menuju ke pintu untuk menyambut Eddie. Eddie yang keluar dari kereta menghadiahkan senyuman. Senyuman tipis yang pastinya. Aku terus bersalam dengan suaminya. Dibalas kucupan balas dari Eddie. Memerah terus pipi buatnya bila Eddie buat sepontan macam tu.

Mula dari malam tu, kami sama-sama mencuba untuk memberi peluang tentang hubungan mereka. Kirakan mempraktikan seperti pasangan suami isteri.

"Awak mandi dan solat dulu. Saya dah masak dah." Eddie mengangguk. Beg bimbitnya diletakkan di atas meja bersebelahan tangga. Aku terus menuju ke dapur untuk memanaskan tomyam yang dimasaknya.

"Banyaknya kau masak hari ini." Elina tersenyum. Eddie Raihan sudah turun dengan seluar pendek paras lutut.

"Saya teringin nak makan semua ini. Itu yang saya masak itu." Balas aku. Sepanjang di meja makan, Elina dan Eddie hanya mendiamkan diri.

Usai makan, aku terus mengangkat pingganku bersama dengannya menuju ke sinki. Eddie yang sedang membasuh tangan memandangku. Aku pun pandang dia balik.

"Kau pergi kemas dekat meja makan, aku basuh pinggan." Ujar Eddie. Aku terkejut.

"Tak apa awak. Saya boleh buat." Sambil itu aku cuba nak ambil pinggan yang ada dekat tangan Eddie tapi Eddie lagi cepat menjauhkan pinggan itu dari aku

"Elina please ..." Aku hanya mengangguk. Aku pun pergi ke meja makan dan kemas semuanya. Habis aje aku kemas aku tengok dia tak siap basuh pun lagi.

Aku pun terus aje buat Nescafe sebab aku nak buat kerja aku yang tak siap lagi. Sambil aku buat itu, aku tengok dia dah habis basuh. Dia pun datang dekat aku yang tengah buat Nescafe.

Chuppp!

"Thanks sebab masak." Aku dah terkedu sambil pegang pipi aku yang jadi mangsa dia. Nasib aku dah siap tuang air panas. Kalau tak mahu tumpah. Selamba aje dia blah pergi macam itu. Lepas aku siap buat Nescafe aku terus naik menuju ke bilik. Aku buka pintu Eddie tengah tengok tv. Aku pun letak mug dekat meja tepi katil. Fail aku capai.

"Banyak ke kerja?" Aku pandang Eddie dekat sebelah. Entah bila dia datang duduk dekat tepi aku. Aku angguk. Tak banyak kerja sebenarnya tapi entah, lebih selesa buat di rumah dari di butik.

"Awak tak ada kerja?" Dia geleng. Aku pun terus sambung buat kerja aku.

"Minggu depan ikut aku pergi reunion boleh?" Aku pandang dia. Minggu depan aku free kot.

"Boleh aje. Hari apa?" Aku soal dia balik. Dia senyum dekat aku. Banyak pelik Eddie hari ni. Sweet semacam aje.

"Sabtu. Lepas itu kita singgah rumah mama. Boleh kan?"Aku dekatkan jari telunjuk dengan ibu jari untuk buat tanda ok. Lepas itu, mata dia terarah balik dekat tv. Aku pun sambung balik. Bila dah siap aku pandang dia yang tengah khusyuk tengok drama.

"Saya nak tidur dah ini. Awak?" Sambil aku soal dia, aku kemas barang-barang aku yang berselerak. Waktu ini aku tengok dia dah tutup tv.

Baru aku nak terlelap, ada tangan dekat pinggang aku. Aku pun buka mata tengok muka dia dua inci aje dari aku. Jantung aku dah main rentak lain dah. Aku terus tutup mata, cuba nak tidur.

"KITA dah sampai, jom turun." Kata Eddie yang sudah membukakan pintu buat Elina.

"Astaghfirullahalazim..terkejut saya. Kalau yer pun apalah salahnya awak bagitau sebelum awak keluar kereta tadi? Takdelah saya rasa menyusahkan awak buka pintu ni untuk saya."

"Aku bagitau pun bukan kau dengar, dah termenung jauh sangat mana nak sedar? Dah cukup bagus aku bukakan pintu ni untuk kau, bukannya nak berterima kasih." Serius nada Eddie bersuara. Marah-marah pulak. Datang bulan ke?

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now