HFDS 9

13.4K 567 9
                                    

ELINA sudah masuk kereta dengan perlahan dia mengeluarkan duit Rm 40 dari dompetnya. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Dengan sepantas kilat. Eddie bangun lantas menyerahkan duit kertas kepada pak cik tuan punya kadai kemudian bergerak laju masuk ke dalam kereta.

Tindakkan pantas itu menyebabkan tuan kedai itu terpingga hingga dia tidak terkata. Insan-insan dalam kereta itu pun melihat dan mula mengejar keretanya.

"Pakai seatbelt!" arah Eddie.

Eddie memandang sekilas Elina di sebelah tetapi dia masih kelihatan tenang walaupun kereta begitu laju membelah jalan. Elina pula yang berasa ketar seluruh badan.

Walaupun kereta bergerak laju gaya dan relaks membuatkan Elina terpaku. Hebat pada pandangannya! Mungkin terkejut atau terpaku dengan gaya selamba Eddie itu. Macam tak risau saja riaknya.

"Sayang.. Pakai seatbelt tu.." arah Eddie kali kedua. Elina masih lagi belum memakai seperti arahannya.

Elina baru tersedar daripada mimpi, cepat-cepat menarik tali pinggang keledar di tepinya. Air mukanya masih lagi dalam keadaan terkejut dan tergamam. Masih belum tahu. Bingung dia seketika. Badannya kadang-kadang menyenget ke kanan atau ke kiri apabila Eddie mengambil selekoh tanpa memperlahankan kelajuan.

Eddie yang perasan dirinya diperhatikan mengenyit sebelah matanya pada Elina.

Masa macam ni pun sempat menggatal, omel Elina dalam hati.

"Jangan main-mainlah. Saya tak nak mati awal", pesan Elina macam takut.

"Kau takut ke?" Eddie bertanya kepada Elina yang sudah nampak pucat.

Elina mengganguk. 

"Relaks okey. Pejam mata aje" arah Eddie selamba tidak kah dia nampak pemanduannya tu bahaya. Dengan enjin bunyi kuat lagi, belum lagi tayar bergesir dengan jalan raya. Sempat lagi Eddie menggosok kepala isterinya dan meneruskan pemanduannya.

Elina tidak dapat memejamkan mata sepenuhnya. Bimbang dan takut. Dengan tak semena dia memandang belakang. Orang tu!

Patutlah Eddie lari dari dikejar. Macam mana mereka tahu? Elina mula menggelabah terus.

"Mereka.. mereka tu..." tunjuk Elina.

"Ye aku tahu. Duduk diam." Kata Eddie memahami.

Sedar pun tak Elina kereta merah itu sudah jauh ketinggalan ke belakang berkat Eddie memandu laju sekaligus memotong jalan orang.

"Jangan risau mereka dah takde." Kata Eddie yakin seperti tahu dia menoleh ke belakang. Elina melepas nafas lega.

"Pernah ikut lumba haram ke? Tak takut ke?" tanya Elina. Hatinya sedikit tenang. Eddie tak lagi pandu laju macam tadi.

"Hahaha... aku ingatkan kau nak cakap terima kasih.  Ni lain pulak" meledak ketawa Eddie dengan pertanyaan Elina.

"Jadi betullah awak pernah ikut lumba haram. Wahh! Hebatlah. Ajar saya sekali", pujinya ikhlas.

"Aku terima kau puji aku tapi aku tak kisah kau cakap pasal pelumba haram tu." Eddie menepuk dada sambil berpaling ke Elina. Bibirnya terukir senyum bangga.

Kali ni Elina tersenyum. Yakin bahawa penjenayah tadi sudah tiada. Dia akui Eddie banyak menolongnya. Entah bila dia nak berdikari sendiri. 

"Tu lah orang yang saya tengok malam kejadian tu. Mereka bunuh macam takde apa-apa", beritahu Elina membuka kisah.

"Ye aku tahu. Sebab tu aku tak ragu-ragu nak kawin dengan kau. Dengar cakap lepas ni, jangan pergi mana-mana tanpa pengetahuan aku."

"Awak kawin dengan saya ikhlas kan? Tak nak balasan apa-apa?" tanya ku merepek. Kepala ku garu sebentar, menghalau rasa galau sebentar.

"Kawin free aku nak je. Balasan hmm? Aku masih fikir lagi, aku rasa kau tahu apa ku nak?" senyumnya nakal.

"Itulah lelaki kalau cakap aje balasan cepat aje nak. Dah macam orang gatal dah", sindir Elina geram. Orang maksudkan lain dia fikir lain.

Kata-kata Elina mengundang tawa di bibir Eddie. Muka isterinya nampak sangat tak puas hati. "Cakap tu lain kali fikir dulu. Ee geram aku kau ni!" Eddie menarik lembut tudung isterinya.

"Laa saya pula yang kena.." Elina pura-pura merajuk. 

Laa.. sayang ni. Sikit-sikit merajuk. Manja!" Eddie bersuara perlahan.

Elina hanya mencebik.

"Cis! macam mana boleh mereka terlepas" kata Reza kemudian meludah ke tanah. Reza adalah satu daripada mereka. Dia kesal apabila gadis yang mereka cari masih lagi belum dapat.

"Pompuan tu dengan budak lelaki tu sebab tu dia boleh terlepas. Kalau dia seorang tadi pasti dah dapat" pujuk shark.

"Aku tak kira dia seorang ke tak, dua-dua tu mesti tangkap jugak!"marahnya. Sia-sia mereka mengikutnya.

"Dah jom blah." suruhnya masuk kereta. Dua orang lagi menunggu dalam kereta. Mereka hanya diam tak berani nak campur.  Reza adalah digeruni orang-orangnya kerana dia merupakan adik kepada Mike. Mike pula ada ketua terbesar mereka.

Reza mengikut perangai baran dan tak berhati perut dari Mike. Jangan buat hal, tak pasal-pasal kena.



###
Ok done! Hari ni last update aku akan update bila view masuk 1k. Buat2 masatu aku stil masih buat tapi belum publish lagi. Tak lama pun.

Orite vote yee..😋

Ok daa!

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now