HFDS 10

13.5K 562 5
                                    

"Kita sudah sampai, Elina.." bisik Eddie di cuping telingaku.

"Apa dia?" Aku terpisat-pisat masih tidak ingat duniaku berpijak sekarang.

"Kita dah sampai. Tengok tu, apa  yang meleleh kat pipi tu?" Aku segera mengesat cecair yang keluar daripada bibirku dengan rasa malu yang tidak terkira. Sudah lama agaknya aku tertidur. Mungkin puaslah dia melihat aku terlelap di sebelah pelbagai aksi. Malunya aku! Mana nak sorok muka ni?

"Tak mahu turun ke? Atau kau nak aku dukungkan? Kita masuk bilik dulu. Lepas tu, aku beritahu kenapa kita kat sini."

Aku menurut tanpa membantah. Sedikit sebanyak rasa nak tahu nak jugak. Apabila Eddie melangkah laju,  aku turut mencipta ayunan langkah dengan cepat.

Apabila Eddie memghulur kunci bilik, aku sambut tanpa bertanya. Aku mengikut lagi langkah lelaki itu hingga di muka pintu bilik dan menghulurkan semula kunci di tanganku untuk membuka pintu bilik seperti budak perempuan yang mengikut arahan bapanya dengan patuh.

"Saya ingatkan kita bilik asing-asing?" tanya ku.

"Tak payah. Membazir aje", jawap Eddie buat tak tahu.

"Elina mandi dulu bersih-bersih. Air liur yang dah basi tu, cuci suci-suci!" usik Eddie sambil tertawa kacak. Eh kacak ke!

Dia semakin galak mengacah ku. Baru aku perasan, dia kacak juga orangnya. Apa aku sudah gila memuji lelaki itu? Dalam setengah keadaan, dia mampu menawan hati perempuanku. Aku sudah jatih hati! Oh no! Tak! bukan suka tapi cuma senang kawan. Hmm tu betul.

"Atau kau nak aku dukung masuk dalam bilik air? Kalau aku dukung.. aku tak keluar lagi dah, Biar sekali aje" ujar Eddie menggatal.

Aku tetap diam seolah-olah tidak mendengar katanya yang berupa arahan nakal itu. Aku terus membuka beg pakaianku untuk mencari tuala mandi serta peralatan mandi yang lain.

"Cepat!" arahnya serupa menggesa. Aku menjelingnya. 

"Jangan lupa bawa kain basahan sekali. Kalau aku nampak yang tak sepatutnya, jangan salahkan aku pulak."

Ya Allah! Lain macam betul dia hari ni. Tadi nak dukung lepas ni nak mengintai orang pula. Hatiku bergumpal dengan rasa geram. Aku malas menjawap lebih. Nanti banyak pula yang keluar ayat-ayat mengarutnya itu.

"Kenapa kita kat sini? Sepatutnya kita balikkan?" tanya ku setelah dia siap mandi. Dari tadi suruh orang tunggu, nilah masanya nak tanya.

"Kita cuti-cuti dulu. Lagipun baru kawin wajarlah tu", ujar Eddie masih main-main. 

"Cakap betullah", gesaku.

"Satu, aku ada kerja kat sini. Tapi tak lama pun. Sehari aje, lepastu kita dah boleh fikir pasal kita kot" Eddie melihat ku lama. Mungkin menunggu jawapan dariku.

"Kedua apa pulak?", tanya Elina memintas.

"Sebab tak selamat tinggal kat flat tu. Tu rumah bujang aku.. mulai hari ni tinggal kat rumah lain."

"Banyak sangat ke rumah awak ni?" sindir ku.

"Satu aje. Sekurang-kurangnya mampu letak kau kat sana tu", balasnya balik. Macamlah aku ni barang main-main letak aje.

"Mengapa tak selamat tinggal sana? Nak runtuh ke apa?" tanya Elina lagi.

"Hish.. banyak tanya pula.. Aku taulah sebab tak mustahil penjahat tu tak siasat sebab tempat tu senang orang cari."

"Tapi.."

"Eip jangan tanya sebab aku tak tahu nak jawap apa", larangnya buat perangai. 

KAMI keluar bersama selepas selesai mandi dan solat untuk mengisi perut. Eddie merancang mahu membawa ku ke pantai berhampiran dengan chalet kami.

"Duduk dekat sikitlah", ujarnya mengambit bahu ku. Bila pancaran matahari terkena kulit ku. Di bawah pokok ni bukan kira banyak redupnya pun.

"Tak mahu!" jawap aku sedikit berlagak. Aku kira tak panas terik sangat, boleh lagi.

Ketika asyik dengan kamera ku hingga jalan pun tak betul. Aku terjelepok di atas pasir kerana terlanggar batang kayu yang sederhana besarnya. Ada sedikit darah mengalir daripada kaki ku. Aku mengaduh kesakitan. Kamera tercampak jauh sedikit dari ku.

Ada orang yang datang menghampiri dan cuba membantuku. Seluar palazo ku tertetas hingga menampakkan kulit kaki.

"Ada apa ni? Biar saya aje yang tolong" larang tegas Eddie pada lelaki depannya itu. Hatinya disapa bimbang kalau-kalau orang itu cuba mengambil kesempatan ke atas diriku.

"Saya suami dia," ujar Eddie bila tersedar dia bersuara kasar.

Kamera yang tercampak di sangkut pada leher ku dan mendukung aku yang hanya seberat 50 kilogram itu walaupun pada mulanya aku berasa sangsi dengan keupayaan suaminya itu. Maklumlah beberapa hari ni banyak makan aje.

"Awak larat ke nak dukung ni? Jauh tu," tanya ku dengan rasa bersalah kerana menyusahkanya. Wangian lelaki itu meransang sukmaku. Mahu ku peluk erat-erat tubuh tu, tapi tak berani. Rasa malu menebal menghambat jiwanya.

"Eleh aku masih kuatlah  Kita balik bilik," jawapnya penuh yakin.

"Alaa tak jadilah nak jalan-jalan lepas ni?" tanya ku bila teringat dia berjanji mahu membawa ku ke tempat lain lagi.

"Esok dapat lagi."

"Ouh. Tenqiuu tau" ujar ku melihatnya.

Dia hanya mengganguk dengan wajah yang berkerut. Mungkin menahan beban di tangan.

"Berat jugak kau ni," keluhnya. Kadang-kadang mukanya hampir menyentuh pipiku, tapi sedaya upaya muka ku sejauh mungkin.

"Pegang kuat-kuat. Nanti jatuh, makin sakit nanti," ingatnya.

Sudah sehabis kemas aku memaut leher lelaki itu. Kala itu, aku dapat melihatnya hampir. Aku berasa senang dan selamat. Aku rasa beruntung kerana mendapatnya. Cinta ke dah? Aku perlukan lelaki itu dalam hidup ku. Dia hero penyelamatku.

###

Ada few word jugaklah yang aku tak familiar. Jadi Google lah penyelamatnya.. Scene ni aku tak fikir sepenuhnya dari idea, ada ikut dalam scene TV jugak.

Tq sebab buat 1k.

Vote yee. 😋

HAPPY EID MUBARAK GUYS!🎈🌸

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now