HFDS 1

19.6K 711 6
                                    

RAMAI yang mundar-mandir berjalan di situ, tidak kira pasangan kekasih ataupun ibubapa yang membawa anak kecil membeli belah. Elina dan Azrin berjalan hanya sekadar meluangkan masa. Sesiapa yang memandang mereka pasti akan menyangka mereka pasangan yang bahagia.

Ada jugak yang memandang Elina kerana kecantikkanya. Tidak kurang jugak si gadis yang memandang Azrin berkali-kali kerana lelaki tu mempunya ciri-ciri yang dimahui para perempuan di luar.

Azrin bangga bila berganding dengan Elina. Tidak mustahil ada yang memuji mereka pasangan yang secocok. Dia sengaja mendekat dengan Elina agar mereka berjalan sebaya.

"Tak payah dekatlah," tolak ku perlahan. Rimas kekadang bila keluar berdua dengan tunangnya ini. Mereka bertunang kerana mengikut kehendak abangnya, Nazrul. 

"Biarlah awak tu tunang saya. Saya ada hak nak buat apa saya suka", balasnya bersahaja. Tak tahu hukum. Elina mengetap bibir. Azrin ni dah pandai nak lebih-lebih dengannya.

"Jom masuk sini", ajaknya menarik lengan ku. Sekejap saja badanku terdorong mengikutnya. Sekali lagi aku mengetap bibir dan mengeluh.

"Kat mana?" Elina mengangkat muka memandang Azrin.

"Sanalah. Jom!". Nadanya bersungguh.

"Haa tak naklah. Buang masa aje", rengusku ku tak suka. Dah tahu orang takde mood nak jugak mengajak orang keluar.

"Dah lama kan kita tak spend masa berdua. So please be there when i need you!" Ujarnya lembut tapi tegas.

Aku melolong pergi depan meninggalkannya dibelakang. Rimas dan terpaksa dia rasakan buat masa ini. Buat tak reti ke bebal?

Tangannya ditarik kemas lantas aku menolak kuat. Azrin tak pernah menyerah kalah, makin kuat pula dia mencengkam lengan ku.

"Lepas, Azrin. Awak dah melampau tau tak. Tahu nak ikut semua je kemahuan awak tu! Saya rimas. Faham? Saya letih macam ni.." keluh Elina sambil meraup muka.

Azrin berpeluk tubuh. Senyap aje tak bersuara tapi matanya galak merenung Elina tajam.

"Baguslah kalau dah tahu. Beri saya peluang Lin. Sampai bila hubungan kita macam ni?", soalnya sinis.

"Macam mana?" soal ku lagi buat tidak mengerti. Azrin merenung tajam sekali lagi lalu merangkul pinggang ku rapat-rapat.

Aku bernafas keras lalu dengan kuat menolak badan Azrin menjauh.

"Macam ni lah. Awak sendiri mengelak bila saya buat mesra sikit."

Elina ketawa perlahan dalam sinis. Sebelum berbicara, hatinya macam panas membara pula bila berdua dengan tunangnya ini. 

"Saya nak beritau ye 'Encik Tunang' tekannya keras.

"Selagi kita takde hubungan sah dalam Islam, selagi tu takde sentuhan mesra walaupun pegang tangan", ejeknya memberi ingatan sekaligus amaran.

Tanpa pamit Elina keluar terus dari bangunan tersebut dan balik bersendirian.

Azrin yang berdiri hanya perhatikan. Orang degil memang macam tu'desisnya dalam hati.

######

Elina yang sudah berada di dalam biliknya, menepuk-nepuk bantal sebelum berbaring. Kain selimut mula ditarik hingga menutupi dadanya. Matanya dipejamkan lantas dia mengiring sebelah kanan. Dia berharap agar mimpi indah sedia menemani tidurnya nanti.

Beberapa saat, matanya dibuka kembali. Dia terkebil-kebil disitu. Mula teringat akan saranan abangnya agar berbaik dengan Azrin.

Lelaki itu memang kuat mengadu. Benda kecil pun nak report. Dia memandang siling. Melepaskan lelah.

"Dik, semalam naik apa? Kenapa tinggalkan Azrin sendiri?" tanya abang long yang duduk berdepan dengan ku.

"Naik teksi. Abang dia tu dah besarlah, takkan tak pandai balik sendiri lagi",balas ku geram. Langsung tak berminat dengan topik ni sebenarnya.

"Abang tanya aje. Tak payah tarik muka sangat" selorohnya.

"Abanglah ni nak menangkan dia sangat. Macamlah adik ni suka sangat kat dia tu", ujarku dah banyak acap kali memberitahunya. Tapi abangnya masih jugak nak jodohkan.

Kata abangnya cinta lepas nikah tu pun dapat dibuat. Jawapan tu tak diterima lagi dah buat masa ni. Tak relevant langsung.

"Berbaiklah. Jangan buat orang tertunggu-tunggu tak baik" tegur abang pendek. Tinggallah aku termanggu duduk di sofa sendirian.

Kenapa Azrin nak sangat bertunang? Padahal dia ada banyak kawan perempuan? Aku jugak dia nak pilih.  Abang pun bukan nak tolong hindar nak dekatkan lagi adalah. Pening. Pening.

Elina memejamkan mata kembali seolah-olah ingin menghalau dari memikirkan Azrin. Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Elina mencebik apabila membaca mesej kiriman Azrin.

Goodnight beautiful. Tidur elok-elok. Mimpikan saya malam ni. Maaf pasal yang tadi, ye saya tahu saya ni cetek agama. Tak macam awakkan? Love you.. muahh.

Takde kerja ke?

Elina menekan papan skrin send. Tidak sampai seminit, mesejnya berbalas kembali.

Atleast awak balaslah love you too.. ni tak. Hmm :(

Elina hanya membiarkan tanpa membalas. Telefonnya diaktifkan dalam mood silent. Kembali mahu melelapkan mata.


###

Hey hi, dah start sambung cerita ni. Maaf sikit je. Takde idea buat masa ni. Selalu diam2 berisi tapi kali ni takde. 😂

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now