HFDS 18

10.2K 434 10
                                    

EDDIE terjaga dari lena. Pelukannya kosong. Hanya tinggal dia saja dalam kamar itu. Beberapa minit kemudian dia bergerak keluar dan dilihat lampu bahagian dapur sudah terang bercahaya. Langkah diatur ke situ. Terkoyak senyumnya sebaiknya terlihat kelibat si isteri mengenakan baju kemejanya itu.

"Buat apa tu?"  Tubuh langsing itu dipeluk belakang.  Hampir tercampak roti yang ada di tangan isterinya. Pantas Elina menoleh ke belakang. Disiku perut itu.

"Terkejut tau tak!"  marahnya.  Panas mukanya apabila tersedar suaminya hanya bertuala. Pencemaran mata!

"Dah tu yang sayang buat sorang-sorang dekat dapur pukul lima pagi ni buat apa?"  Didekatkan hidungnya ke rambut panjang hitam isterinya.  Wangian dari setiap helai rambut itu cukup menenangkannya.

"Lapar tau tak," kata Elina seraya menyuakan roti Nutella di tangannya ke mulut itu. Eddie menggeleng menolak. 

"Itulah ajak makan dulu tak nak. Banyak guna tenaga memang la lapar."  Rasa nak tercekik roti di tengah kerongkong Elina. Makna ganda sangat!

"Eh! Siapa tarik siapa sayang tadi?"

"Ya ke? Hmm nak bagi sayang keluar peluhlah dulu," selorohnya menutup malu.  Kemudian telapak tangannya naik ke dahi licin itu. 

"Lihat ... Mujarab kan ubat abang bagi sayang? Hilang terus pening tadi."  Dahi itu dikucup. 

"Merepek la!"  kata penuh makna tersirat itu buat darah kian berlumba-lumba naik ke pipi Elina.  Pelukan dilerai dan langkah mula dibuka untuk keluar. 

Kemudian ternampak sesuatu. Benda yang diletak atas meja tadi di ambil. Pen serta buku yang  berwarna merah itu diangkat ke depan mata suaminya denggan kerut nipis. Dia terjumpa dalam laci tadi. Eddie yang sedang meneguk air terhenti dan menoleh. Buku dan muka si isteri dipandang silih ganti.

"Entah. Abang pun tak tahu, jumpa atas kerusi masa 3 tahun lepas.  Sewaktu duduk kat US dulu. Entah macam mana terbawa sampai ke rumah ni."


"This is mine, abang," ucapnya.

"Huh?! Sayang punya?" Laju Elina mengangguk seraya membuka beberapa helaian di dalam.


"Yes! Ni buku sayang yang hilang masa sayang pergi sana."  Waktu itu dia ada kerja di sana dan buku ini tertinggal sewaktu dia duduk di Trafalgar Square dulu. Bila dia kembali, bukunya dah hilang. Sengih terlarik di bibir Eddie. Buku itu ditariknya.

"Seriously, sayang? Abang ingat minah salih sesat mana yang tertinggal. Speaking berhabuk dalam buku ni," Sempat dia mengusik.

"Amboi mulut!"

"Dah dua tahun abang simpan buku ni sebab suka tengok ayat-ayat quote dalam ni." Dia ketawa. Masih ada rasa tak percaya. Siapa sangka buku itu rupa-rupanya milik isterinya sendiri.

********

"DAH? Jom. Kita kena balik ke pejabat ni."

"Okay."

Sebaik sahaja dia melangkah, tiba-tiba ada seorang lelaki lalu di depannya. Matanya terus tertarik pada lelaki tersebut sebaik sahaja lelaki itu terpandang ke arahnya. Kedua-duanya membalas senyuman sebelum lelaki itu kembali melangkah.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now