Teaser-HFDS 15

10.4K 487 5
                                    

"Awak cakap nak pergi rumah Mama." Aku tanya dia. Dia pandang aku sambil senyum. Cair lagi aku.

"Tak jadi. Malam ini kita date." Reaksi apa aku nak bagi. So, aku diamkan aje.

"Dah sampai," jawapnya ceria. Asal riang-ria aje suami aku malam ini. Hish pelik!

Keluar aje dari kereta terus dia dukung aku macam bridestail. Terjerit aku. Harap-harap jiran tak dengar. Dia terus bawa aku ke balkoni depan bilik. Dia dudukkan aku dekat kerusi. Dia pula duduk dekat kerusi sebelah sambil pandang aku tak lepas.

"Janganlah pandang macam itu." Aku tegur dia. Aku malulah. Tangan dia tengah ambil sesuatu dari poket. Rupanya kotak. Apa benda pula.

"Hadiah kawin. Sebab aku belum bagi kau apa-apa lagi". Dia pun bukakan kotak sambil keluarkan rantai. Aku dah menangis sebab tak sangka.

"Kenapa menangis pulak?" Dia pun bangun dan melutut depan aku. Jari dia seka airmata aku. Rantai itu pulak dia pakaikan dekat aku lepas dia buka shawl aku.

"Thanks." Aku cakap sambil tersedu-sedu.

"Thanks aje." Apa lagi yang dia nak. Aku pun terus peluk dia. Dia peluk aku balik.

"I love you." Aku cakap tanpa ragu-ragu. Aku nak bahagia!

"I love you too." Dia rungkaikan pelukan. Dia cium lagi pipi aku. Bibir aku dia sentuh guna jari. Aku angkat kening. Memerah pipi aku buatnya.

"Sambung dekat dalam." Dia terus dukung aku dan baringkan aku atas katil.

"I want you." Bisik Eddie. Dia menarik Elina lebih rapat dengannya. Elina tidak terkata apa-apa, cuma mengikut rentak suaminya kerana hatinya sendiri memang mahukan lelaki itu.

####

KRING..KRING..

"Hello ma. Haa ye lupa nak cakap tak jadi semalam. Menantu mama ni laa penat semalam. Tu yang balik rumah terus."

Elina yang elok terbaring sambil tersenyum mula mencubit perlahan lengan suaminya. Malu bila nanti ibu Eddie fikir macam-macam.

Eddie menutup semula panggilan bila sudah selesai.

"Kenapa awak ni. Malu laa saya nanti..."

"Elehh. Bukan betul kau penat ke? Aku cakap betullah tu." Balas Eddie tanpa perasaan. Dia sengaja mengusik isterinya.

"Jangan nak mengungkit eyh. Cakap tu biar beralas sikit. Siapa yang ajak?" tanya ku berani tapi malu.

"Amboi! macam kita aje yang nak dia." ujarnya panjang. Eddie tersenyum miang.

"Ok dah, dah. Nak melalut lah tu.." jeling Elina sekilas.

####

Bab ni smooth je. Tak banyak simpang pun. Tapi makin lama idea mcm kureng je. Hahah. Oklaa vote yee.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now