Part 14

111 11 21
                                    

Sejam selepas itu,Hyunjin sampai ke destinasi tetapi dia pilih untuk berhenti jauh sedikit agar tidak diketahui Jungkook.

Hyunjin sempat memberi arahan kepada pengawalnya untuk melaporkan perihal kejadian itu kepada pihak berkuasa dan mengarahkan beberapa ambulance sebagai persediaan jika ada yang tercedera.

Apabila sudah hampir di hadapan sebuah bangunan lama,Hyunjin ternampak Aeran sedang terikat di dalam kereta tetapi belum sempat dia mendekati,tiba-tiba satu tembakan terkena pada bahunya.

Mata Hyunjin terus menangkap kelibat Jungkook di aras 5,Jungkook sedang tersengih seakan dia sedang merancang sesuatu yang gila manakala Hyunjin seakan dapat menganggak apa yang dirancang oleh Jungkook lalu mula berlari ke arah Aeran dan dalam masa yang sama dia merasakan matanya berpinar.

"HAHAH" ketawa Jungkook dengan kuat lalu menempuk tangannya.

Peluru yang ditembak Jungkook merupakan perluru yang mampu membuat seseorang pengsan tetapi bezanya,kesannya agak lambat.Itulah ciptaan Jungkook.

"Hyun..Jin..sa..ya..cin..ta..kan..awak.." ucap Aeran lalu menghadiahkan senyuman pada Hyunjin manakala Hyunjin mengelengkan kepalanya sambil menyebut tidak berulang kali.

BOOM !

"Tidak!!" jerit Hyunjin sekuat hatinya lalu jatuh pengsan.Kelihatan setitis air mata jatuh dari matanya.

"nice drama dan kini giliran aku"

Jungkook mengeluarkan sepucuk pistol lalu menghalakan ke arah kepalanya.

BAM!

~~~

Di Hospital.

Kelihatan beberapa nurse sedang memegang Hyunjin yang sudah hampir kehilangan warasnya kerana tidak dapat menerima isterinya telah mati tetapi ianya hanya sementara.Hyunjin berhenti meracau apabila dos tidur telah dimasukkan ke dalam badannya.

"Puan dan Tuan jangan risau.Encik Hyunjin tidak gila,dia hanya tidak dapat menerima kenyataan sahaja.Jadi saya sarankan agar tuan puan memberi semangat kepadanya" pesan doctor yang merawat Hyunjin.

Tuan Hwang dan Puan Lee hanya menganggukkan kepala mereka.

Ketika Tuan Hwang ingin masuk ke dalam bilik Hyunjin,dirinya di tahan oleh isterinya dan menerima isyarat bahawa isterinya akan bercakap dengan Hyunjin apabila Hyunjin sudah sedar nanti.

Tuan Hwang hanya menganggukkan kepalanya dengan keyakinan bahawa isterinya dapat menenangkan anaknya.

Jika dibandingkan diri mereka dan besan mereka,besan mereka lebih sedih kerana kehilangan anak kesayangan mereka.Malah orang yang membunuh anak mereka juga tidak dapat dikemukakan pada keadilan kerana telah mati bunuh diri di tempat kejadian.

~~~

Hyunjin tersedar dari lenanya dan terlihat ibunya tertidur disampingnya.

Sedih melihat ibunya tidur dalam keadaan yang tidak selesa,Hyunjin mengangkat ibunya bak permaisuri dan membaringkan ibunya di sofa yang berdekatan dengan perlahan-lahan lalu Hyunjin keluar.

"Saya nak melihat mayat Kim Aeran" pinta Hyunjin pada nurse di kaunter pertanyaan dan kebetulan doctor yang merawat Hyunjin juga berada di situ lalu dia memberikan keizinan.

Kini,Hyunjin sedang menghadap satu mayat yang sedang diselimuti kain putih.Dengan tangan yang terketar-ketar dia membuka helaian kain tersebut.

Apabila terlihat wajah mayat tersebut Hyunjin terus menutupnya semula lalu keluar dari bilik forensic tersebut dan menangis semahunya.

.
.
.
.
.

Time tulis part ni dan part 13 memang aku rasa nak menangis sebab time tulah lagu I remember by Bang Yongguk dimainkan,hurm emo gais :')

Tragedy | Malay | HHJWhere stories live. Discover now