Part 11

105 8 16
                                    

Di KYOBO Bookstore Gwanghamun,Seoul.

Kelihatan Aeran sedang membelek buku-buku yang berada di kedai tersebut manakala Hyunjin memerhati isterinya dari jauh sambil tersenyum lalu memerhatikan 20 orang pengawal upahannya yang berpakaian seperti orang biasa.

Tetapi Hyunjin tidak bergantung sepenuhnya pada pengawal-pengawalnya jadi dia membuat keputusan untuk menemani Aeran membeli buku walaupun dia mempunyai meeting bersama para pemegang saham di syarikatnya.

Ketika Aeran sedang sakan membelek buku-buku yang ada di situ,seorang budak kecil comel menarik bajunya membuatkan Aeran meletakkan semula buku yang ada pada tangannya di rak yang berdekatannya.

"ye sayang,kamu sesat ke?" tanya Aeran dengan lembut sambil membongkokkan badannya agar sama ketinggian dengan budak kecil dihadapannya lalu mengusap kepala budak itu.

"Kak,ada seorang abang tu bagi buku ni pada akak" kata budak kecil itu dan terus berlalu.

Arnab dan kura-kura,itulah tajuk buku yang diberikan budak kecil tadi.

Aeran terasa terhibur lalu membuat keputusan untuk meletakkan semula buku itu di rak bacaan kanak-kanak.

Tiba-tiba sepucuk surat terjatuh dari dalam buku tersebut,tanpa berlenggah.Aeran terus membuka surat tersebut apabila tentera namanya di atas.

'Jungkook' desis hati Aeran.

"kak,ni kertas dan pennya"

Aeran agak terkejut apabila budak kecil tadi muncul semula lalu tanpa berlenggah dia terus menulis sesuatu dan memberikannya pada budak kecil itu.

Selepas budak kecil itu pergi,Aeran terus menyambung membeli buku yang sudah berada dalam list yang ditulisnya di rumah tadi lalu segera menuju kepada suaminya.

"sayang,bayarkan ye hehe" pujuk Aeran dengan nada yang mengoda.

Jelas kelihatan mata Hyunjin membesar memandang 6 bakul besar yang dipenuhi buku-buku yang telah dibeli Aeran,semuanya dipegang oleh tiga orang pengawal yang bertugas untuk melindungi Aeran.

Aeran hanya tersengih manakala Hyunjin mengelengkan kepalanya berulang kali sambil mengeluarkan kad kreditnya.

"hehe thankyou!" ucap Aeran lalu mencium pipi Hyunjin dan ingin berlalu tapi sempat ditarik semula oleh Hyunjin.

"Waeyo?" soal Aeran pelik sambil merenung mata Hyunjin.

Hyunjin tersengih nakal lalu memaut pinggang Aeran agar lebih dekat dengan dirinya dan terus mencium bibir Aeran,tindakannya itu membuatkan mereka menerima siulan nakal di sekelilingnya.Aeran malu.

"awak ni.." Aeran geram lalu mencubit pipi Hyunjin kuat-kuat dan segera berlari anak menuju ke kaunter bayaran.

"Hehe berbahagialah selagi boleh" kata Jungkook di dalam hati dan berlalu pergi manakala tangannya memegang erat surat dari Aeran.

~~~

Di rumah anak yatim.

Melihat Aeran sedang membacakan buku cerita untuk kanak-kanak yang berada di situ membuatkan Hyunjin membayangkan jika mereka mempunyai anak,mesti sangat indah.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak yang pada anggarannya berumur 5 tahun mendekatinya lalu Hyunjin memberikannya senyuman.

"abang ni suami kepada Kak Aeran ye?" tanya kanak-kanak itu sambil merenung tajam mata Hyunjin.

"ye saya,nama kamu siapa?"

"Saya Hyunjae.Saya nak beri amaran pada abang,jika abang lukakan kat Aeran.Siaplah abang" ugut Hyunjae sambil menunjukkan penumbuknya yang membuatkan Hyunjin tergelak tetapi melihat wajah serious Hyunjae membuatkan tawa Hyunjin tidak berpanjangan.

"baiklah,abang janji" kata Hyunjin sambil membelai rambut Hyunjae tetapi ditepis kasar oleh Hyunjae membuatkan Hyunjin terkejut.

"Jangan berjanji takut menyesal di kemudian hari" kata Hyunjae sinis dan terus berlalu pergi.

Entah kenapa,Hyunjin rasakan hatiya sangat tersentap dek ayat Hyunjae lalu dia memandang Aeran semula.Aeran yang perasan dirinya diperhatikan hanya memberi senyuman pada Hyunjae.

Tragedy | Malay | HHJWhere stories live. Discover now