Part 2

217 17 14
                                    

2 bulan sebelum majlis perkahwinan Hwang Hyunjin dan Kim Aeran.

"weh,asal perempuan ganas tu juga kau nak?" soal Dongwoo.

"sebab dia ganaslah aku suka,sexy apa" kata Hyunjin sambil mengelap darah pada bibirnya.

"haah,sexy sangatlah sampai berdarah bibir kau dek kena makan penumbuk dia" sindir Dongwoo sambil menjulingkan matanya ke atas.

'ganas kat luar tapi dalam dia aku jer tahu bertapa lembutnya hati dia' kata Hunjin di dalam hatinya.

Kim Aeran,wanita yang sudah lama bertakhta di dalam hatinya sejak zaman kanak-kanaknya lagi.

Bagaimana ianya bermula?

Hurm ianya disaat apabila Aeran menyelamatkannya dari diculik ketika umurnya hampir sebelas tahun dengan mengunakan serbuk cili yang disimpan pada beg tangannya ketika itu.

Sejak dari itu,Hyunjin nekad untuk melindungi Aeran tetapi malangnya ketika itu keluarganya terpaksa berpindah kerana ayahnya mendapat peluang untuk memajukan perniagaannya di Jepun.

Pertemuan semula mereka bukanlah kerana takdir tetapi kerana Jang Dongwoo,sahabat baiknya dan merupakan Personal Assistancenya sedaya upaya untuk menjejaki Aeran.

Hyunjin juga memberikan alasan kepada ayahnya untuk meluaskan perniagaan mereka dan menetap di Korea.

Semua perancangan berjalan dengan lancar tetapi hanya satu sahaja yang masih belum berjalan lancar,iaitu memikat hati Aeran.

" Dahlah Hyunjin. Nak cakap kau miskin sangat sampai nak kahwin dengan Aeran tu memang menipu sangatlah kan sebab korang berdua sama-sama akan mewarisi harta keluarga korang tu. Nak cakap tak ada orang nak hurm aku rasa kau petik jari pun dah bergolek perempuan datang " bebelan yang sama Dongwoo ulang sejak dirinya mula memikat Aeran membuatkan Hyunjin tersenyum.

"kau tak akan faham perasaan aku ni bro" kata Hyunjin selamba.

"tak faham kau kata?! Weh,dah nak 10 tahun weh kau cuba pikat dia tapi dia tak layan pun,lagipun aku tengok dia tahu jer,sengaja jual mahal" degus Dongwoo.

"ok,aku ada plan akhir.Aku lamar dia"

Sebaris ayat tersebut berjaya membuatkan Dongwoo menepuk dahinya sendiri dengan kuat.

Tragedy | Malay | HHJWhere stories live. Discover now