Part 13

96 8 6
                                    

Kelihatan sebuah kereta Porsche 911 sedang memecut laju di atas jalan raya menuju ke suatu tempat.

[ Pilihan di tangan kau Kim Aeran. Sama ada kau mati bersama suami kau atau kau mati tanpa suami kau. Jika pilihan kau berseorangan,datang ke XXX berseorangan ]

Hyunjin menghentak-hentak stereng keretanya mengunakan tangan kanannya lalu menjerit sekuat hatinya.

'tolong Aeran,tolong berada dalam keadaan selamat' doa Hyunjin di dalam hati.

~~~

Di XXX,Jungkook sedang berhadapan dengan Aeran.

"kau tahu tak suami kau juga sedang dalam perjalanan ke sini?"

Mendengar soalan Jungkook membuatkan Aeran serta merta melutut di hadapan Jungkook lalu merayu kepada Jungkook agar tidak mencederakan Hyunjin.

Jungkook hanya memandang sinis ke arah Aeran lalu mendekati Aeran dan tanpa belas kasihan,Jungkook terus mengheret Aeran ke arah keretanya dengan menarik rambut Aeran.

Aeran meronta kesakitan tetapi dirinya tidak berdaya untuk melepaskan diri memandangkan dirinya sudah tersedia kehilangan tenaga kerana melawan pengawal-pengawal yang menjaganya untuk melepaskan diri dan datang ke lokasi yang diarahkan Jungkook.

"masuk dan duduk diam-diam,jangan cuba lepaskan diri" arah Jungkook.

Aeran hanya mengikut sahaja arahan dan membiarkan dirinya diikat pada kerusi pemandu.Dia tidak tahu apa yang dirancangkan Jungkook kerana walauapapun,dia tetap akan mati pada hari itu.

"ahhh aku rasa aku kena tukar plan aku,aku nak kau mati di hadapan mata Hwang Hyunjin HAHAHAHAHAH"

Mendengar kata-kata Jungkook itu membuatkan Aeran hilang kawalan dan ingin melepaskan diri.Malangnya ikatan tersebut sangat ketat.Aeran menangis.

"shhhh aku taknak tengok kau menangis,masih terlalu awal tetapi sebelum tu,aku nak kau terseksa terlebih dahulu"

Kedengaran jeritan Aeran apabila Jungkook menikam perutnya.

"ops! Aku rasa aku dah tertikam pada kawasan yang sama aku tikam kau ketika aku gagal membunuh kau dulu,mianae" kata Jungkook dengan nada mengejek.

"oklah aku nak pergi cari tempat yang selesa untuk melihat drama yang bakal bermula sebentar lagi"

"Jung..kook.. maaf..kan.. sa..ya.." ucap Aeran dengan nada tersekat-sekat.

Jungkook terhenti berjalan lalu berkata,"maaf kau diterima selepas kau mati"

Selepas itu Jungkook terus berlalu pergi meninggalkan Aeran yang sedang menahan kesakitannya.

Tragedy | Malay | HHJWhere stories live. Discover now