Part 6

117 10 15
                                    

Ketika Dongwoo ingin memecut kereta mereka,kedengaran dentuman di berlakang kereta yang mereka naiki.

Aeran mula menjerit apabila dirinya menoleh ke berlakang, kelihatan Jungkook sedang berusaha untuk menaiki atas kereta mereka.

"Dia dah gila ke?!" degus Dongwoo lalu dia memerhatikan sekelilingnya lalu memandang Aeran yang sedang menyorok di bawah dashboard dalam ketakutan.

"Aeran,kita tak ada pilihan lain.Kita kena lompat" kata Dongwoo dengan tegas.

Aeran hanya merenung mata Dongwoo selepas mendengar kata-kata Dongwoo yang dianggap tidak masuk akal ketika itu,kelihatan air mata Aeran jatuh dengan deras sekali.

"tak apa,jangan takut.Saya sudah janji dengan Hyun untuk lindungi awak" pujuk Dongwoo.

Mendengar sahaja nama Hyunjin disebut,Aeran terus menganggukkan kepalanya.

~~~

"Dahlah,jangan menangis.Yang sakitnya aku,bukan kau" kedengaran bunyi keluhan yang sangat berat keluar daripada mulut Dongwoo.

"Tapi awak cedera disebabkan saya" kata Aeran sambil mengelap air matanya.

Belum sempat Dongwoo menjawab,tiba-tiba satu tembakan terkena lengan Aeran membuatkan mereka tiada pilihan untuk terus lari.

Jungkook tersengih lalu menjerit "Kim Aeran,aku akan pastikan kau mati bersama suami kau"

Tragedy | Malay | HHJWhere stories live. Discover now