Part 10

118 8 23
                                    

Hyunjin terkejut melihat darah yang mengalir daripada tapak tangan Aeran lalu dia cuba merapati Aeran sambil menenangkan isterinya itu.

"Hyu..Hyun..Jin?"

Hyunjin terkejut mendengar Aeran menyebut namanya membuatkan Hyunjin terus menoleh ke arah pengawal yang berada diberlakangnya,selepas menerima anggukkan dari pengawalnya maka sahlah Aeran telah mengingati segalanya.

"Ye.Saya Hwang Hyunjin,suami awak" Hyunjin tidak mampu menahan sebaknya lalu mengalirkan air matanya.

Suami mana yang tidak gembira apabila mengetahui isterinya kembali mengingati dirinya?

Isterinyalah orang pertama yang dia cari selepas dirinya pulih sepenuhnya selepas mengetahui sahabat baiknya sudah dibunuh dengan kejam oleh manusia yang amat menginginkan isterinya mati.

Malah selama ini,dalam diam dia melawat isterinya dan mengharapkan keajaiban berlaku supaya isterinya sedar serta dia juga menghantar orang untuk mengupdate segala maklumat perkembangan isterinya sementara dia sedang sibuk mencari Jungkook yang menghilangkan diri.

"Betul ke awak Hyunjin?" kelihatan air mata Aeran juga mengalir dengan deras.

Hyunjin menganggukkan kepalanya lalu memberikan senyuman untuk menyakinkan Aeran sambil menghulurkan tangannya dengan harapan agar Aeran menyabutnya.

"mungkin aku bermimpi,tak apa.Aku akan hargainya" kata Aeran lalu mencapai tangan Hyunjin dengan senyuman lalu pengsan.

~~~

Sudah hampir seminggu Aeran hanya terperap di dalam rumah membuatkan dirinya merasa bosan.

"kami akan mengadakan Pesta buku secara besar-besaran di KYOBO Bookstore Gwanghamun pada hari esok,datanglah beramai-ramai bersama ahli keluarga anda"

Iklan di TV berjaya membuatkan Aeran melompat kegirangan manakala Hyunjin yang baru pulang juga mendapat hadiah ciuman daripada Aeran.

Hyunjin tersenyum melihat isterinya yang sangat gembira lalu bertanya puncanya.

"Takboleh!"

Selepas diherdik oleh Hyunjin,Aeran terus masuk ke dalam bilik mereka lalu mengunci pintu manakala Hyunjin terus menuju ke Mini Gymnya.

Hyunjin terus membuka kotnya dan melipat lengan kemejanya hingga ke paras bawah siku bagi menyelesakan dirinya menumbuk punching bag yang berada disitu.

"Tuan,kami perasan ada seseorang memerhatikan segala gerak-geri puan.Kami syak ianya Jungkook"

"Tuan,kami masih gagal untuk menangkap Jungkook,dia sangat licik"

"Tuan,kami sering gagal jejaki Jungkook apabila menjumpainya jadi saya sarankan puan kekal berada di rumah sehingga segalanya selesai bagi mengurangkan risiko"

"awak,saya nak pergi pesta buku tu"

ARGHHHHHHHHHH!

Kedengaran jeritan dan bunyi tumbukan pada punching bag bersilih ganti sehinggalah Hyunjin terbaring kepenatan.

"Kalau suatu hari nanti aku mati,kau kena janji dengan aku tau yang kau akan berkahwin dengan Aeran untuk gantikan tempat aku" kata Hyunjin bersahaja.

"kepala otak kau,kau ingat aku ni apa? Taknak aku,dahlah ganas gila minah tu" degus Dongwoo,jelas riak tidak puas hati pada wajahnya.

"aku bukan apa,aku tengok kau ni dah boleh dapat anugerah loner terbaik dah HAHA"

Dongwoo berasa geram melihat Hyunjin mengetawakannya lalu mula bangun sambil memberi isyarat bahawa mereka akan sambung berlatih berlawan satu sama lain.

"weh,asal ganas sangat ni? Chill sudah" kata Hyunjin dengan nada mengejek lalu menyambung ketawanya yang masih tersisa.

Oleh kerana Hyunjin tidak serious seperti Dongwoo maka dia berjaya ditumbangkan oleh Dongwoo.

"Kalau aku mati,aku nak kau jaga mak dan adik-adik aku" kata Dongwoo dengan nada serious.

Lamunan Hyunjin terhenti dan kelihatan setitis air mata mengalir di pipinya

'Dongwoo,kau memang sahabat yang baik.Kau telah menjalankan amanah dan janji kau sehingga titisan darah kau yang terakhir.Kini,giliran aku pulak untuk menunaikan amanah aku' bisik hati Hyunjin.

Tragedy | Malay | HHJWhere stories live. Discover now