Part 3

186 15 6
                                    

Kelihatan seseorang menyasarkan senapangnya pada seorang wanita dari atas salah sebuah bangunan yang terdapat di sekitar tempat wanita itu berjalan lalu dia melepaskan tembakannya.

Malangnya tembakannya terkena pada seorang lelaki yang menyelamatkan wanita itu dan suasana menjadi agak hinga-bingar dek bunyi tembakan tersebut.

"Aeran,awak ok?" soal Hyunjin dengan nada yang sangat risau tetapi tak dapat maklum balas dari Aeran membuatkan Hyunjin semakin cemas.

"Baiklah,saya bawa awak ke hospital"

Tiba-tiba Hyunjin terasa lengannya digengam erat membuatkan Hyunjin terus tersenyum.Ye,dia tahu Aeran tidak suka ke hospital.

~~~

Di villa milik Kim Raewon dan Jang Nara.

"Terima kasih banyak-banyak kerana telah menyelamatkan anak kami" ucap Puan Jang berulang kali manakala Tuan Kim agak serious memikirkan sesuatu.

"Hyunjin,ikut saya ke bilik bacaan saya,awak tolong tenangkan Aeran di atas" arah Tuan Kim lalu berlalu ke bilik bacaannya diikuti Hyunjin.

~~~

"Jadi awak sudah lama hantar orang untuk perhatikan anak saya sejak awak perasan kehadiran lelaki yang cuba membunuh anak saya selama ini? Kenapa?" soal Tuan Kim dengan nada yang sangat serious lalu Hyunjin menceritakan segalanya dan menunjukkan segala bukti yang dia dapat.

Suasana kembali sunyi selepas Hyunjin berhenti menjelaskan segalanya secara ringkas dan padat.

"Baiklah,saya percaya pada kamu memandangkan ayah kamu merupakan rakan baik saya.Kami sama-sama usaha menaikkan agensi kami,malangnya rezeki yang kami dapat berlainan tempat "

Mendengar jawapan daripada Tuan Kim itu berjaya mengurangkan tekanan Hyunjin ketika itu.

'Gila kau tak tertekan? Dibuatnya bakal bapak mertua syak aku nak kikis harta dia,memang tak ada harapanlah aku' desis hati Hyunjin.

"Tapi tuan,kami gagal menangkap penjenayah tu.Identitinya pun gagal untuk kami ketahui" keluh Hyunjin.

"Tapi tuan jangan risau,biar kami yang uruskan.Cuma harapan saya,Tuan rahsiakan daripada Aeran" sambung Hyunjin lagi.

" Kamu benar-benar cintakan anak saya? "

Tragedy | Malay | HHJWhere stories live. Discover now