"Apa yang kau buat?" tanya Previn.

"Aku pandai menukar suara aku kepada suara orang lain. So aku menelefon Syahmi dah bercakap dengan menggunakan suara Hannah."

"Apa yang kau cakap keoada dia tu,"

"Aku cakap "Kau ingat aku dah mati, aku akan datang untuk membalas dendam." Selepas itu dia segera menelefon Irdina, Nadjmi, Gabriel dan juga Aina untuk memberitahu berita tersebut. Pastu aku dapat mengetahui mereka merupakan pembunuh tersebut," ujar Vinnie.

"Selepas itu, aku berjanji kepada diri aku yang aku akan membalas dendam terhadap mereka setelah menghabiskan pengajian aku kerana aku tidak mahu mensia-siakan scholarship penuh yang diberikan oleh pihak London untuk menyambung pengajian aku di London. Aku menamatkan pengajian sebagai seorang doktor pakar di London. Selepas itu, aku juga belajar tentang programming, hacking dan juga banyak lagi tentang teknologi dan akhirnya aku berjaya menjadi seorang teknologi specialist di London."

"Kenapa kau belajar pasal programing dan hacking pula?" tanya Sarah.

"Sebab aku tahu nak balas dendam mereka aku memang memerlukan skill dan juga pengetahuan dalam bidang ini," jelas Vinnie.

"Kenapa kau bunuh Inspektor Fuddin dan juga Dr Sharaf?" tanya Previn.

"Inspektor Fuddin dan juga Dr Sharaf menerima rasuah daripada ibu bapa mereka untuk menutup kes ini dengan menuduh lima orang warga asing tersebut. Aku dapat mengetahui semua kebenaran ini semasa aku menyeksa mereka berlima tu."

"Jap macam mana kau tahu yang kita bercakap dengan Pn Shelly dan juga semua rancangan kita?" soalan yang terbaik daripada John.

"Minta maaf Previn kerana aku menggunakan kau dalam kes ini. Aku memasang sebuah cip di dalam jam tangan yang aku hadiahkan pada hari ketiga kita berjumpa. So aku dapat mendengar semua perbualan kau tu sehingga sekarang. Sebelum kau datang ke hospital aku, aku yang mengekori kau untuk meminta bantuan dalam kes ini tetapi aku tidak berjaya kerana kau merupakan seorang polis yang amanah dan juga tegas. Akhirnya, aku menggunakan peluang keemasan tersebut semasa kau datang ke hospital aku. Aku yang memanggil kau ke bilik aku untuk bercakap pasal kes ini tetapi kau yang meluahkan isi hati kau kepada aku," jelas Vinnie.

"So cinta kau tu hanya lakonan semata-mata saje lah," tanya Previn dengan nada yang kasar.

"Pada awal tu hanya lakonan. Lama-kelamaan aku pun jatuh cinta pada kau. Aku terpaksa buat ni untuk adik aku. Aku nak keadilan bagi pihak adik aku. Maafkan aku Vin," kata Vinnie sambil berlari dan memeluk Previn dengan erat sambil mengeluarkan air mata yang jernih.

Previn seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan tersebut tetapi dia hanya membisu sahaja kerana dia faham situasi Vinnie.

Selepas beberapa minit..

"Macam mana kau dapat tempat ini," tanya John kerana kamar rahsia ini sungguh cantik dan unik.

"Banglo ini merupakan banglo kepunyaan ibu bapa aku. Setelah kematian mereka, ramai yang ingin membeli banglo ini tetapi tidak berjaya. Kalau dapat pun, mereka hanya dapat tinggal beberapa minggu sahaja. Lepas itu, mereka akan pindah sebab roh ibu bapa dan adik aku masih berkeliaran di dalam rumah ini kerana apa yang mereka mahukan tidak tercapai."

"Aku tanya pasal kamar ini," John cuba untuk mengalihkan pandangan Vinnie terhadap kamar tersebut.

"Akulah yang bina kamar ini setelah balik dari London. Kat dalam kamar inilah aku bunuh Syahmi, Irdina, Nadjmi, Gabriel dan Aina," jawab Vinnie dengan bangga.

"Macam mana pula kau bunuh Inspektor Fuddin dan juga Dr Sharaf ?" tanya Previn pula.

"Mereka tu bunuh diri kerana aku yang ugut mereka dengan menggunakan kenyataan yang diberikan oleh kelima-lima orang tersebut. Oleh sebab mereka mempunyai prestij yang tinggi so mereka mengambil tindakan untuk bunuh diri daripada masuk ke dalam penjara."

"So apa yang kita nak buat dengan Vinnie?" tanya Previn kepada Sarah dan John kerana mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu membawa dia ke balai polis ataupun membebaskannya.

"Entahlah, tak kan nak buka semula fail kes ini," keluh Sarah.

"Aku rasa biarkan jelah Vinnie. Dia buat ini untuk memberi pengajaran kepada orang yang bersalah," John memberi pendapatnya.

"Aku rasa lagi baik report pada pihak atasan," kata Previn.

"Haah, kenapa?" soal Sarah

"Sebab dia curi hati aku," sindir Previn.

"Cukuplah kau ni. Time cam ni pun ada pickupline," sindir John terhadap Previn.

"Aku rasa biarkan jelah. Kita add Vinnie dalam kumpulan kita. Dia boleh membantu pihak polis dalam melakukan laporan forensik dan juga penggunaan teknologi yang moden untuk menangkap penjenayah," tambah Sarah.

"Baguslah tu. Dia dapat membantu polis dan juga memudahkan dengan percintaan kau," jawab John pula

Tanpa diduga lampu kamar tersebut terpadam. Pada masa yang sama juga, kedengaran pula bunyi pintu kamar tersebut ditutup dan juga dikunci.

John, Sarah dan juga Previn tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaan di dalam kamar tersebut sangat gelap.

Tiba-tiba lampu kamar tersebut hidup semula. Kelihatan Sarah dan juga John digantung pada kedudukan "X".
Vinnie pula tiada di tempat tersebut.

"Wei, Vinnie kenapa dengan kau ni," jerit Previn.

Vinnie muncul di hadapan Previn sambil memacukan sepucuk pistol ke arahnya. Tanpa membuang masa, Previn dengan sepantas kilat  menghalakan pistolnya ke arah Vinnie.

"Rahsia ini hanya di antara kita berdua sahaja," kata Vinnie sambil memberikan senyuman yang sinis

"Hahaha. Aku ingatkan kau yang kejam tetapi aku lebih kejam daripada kau," kata Previn sambil memberikan senyuman yang sinis kepada Vinnie.

"What," terbeliak mata John dan Sarah setelah mendengar penjelasan Previn.

"The game is over. Aku yang mulakan kekejaman ini, maka aku harus meletakkan tanda noktah pada kekejaman ini. Kekejaman ini bukannya sekadar pembunuhan  tetapi sebaliknya" jawab Previn sambil memberikan senyuman yang psiko.

"Sejak bila pula Previn yang memulakan kekejaman ini? Apa kaitannya dengan kes ini? Adakah dia merahsiakan sesuatu daripada kita?" persoalan ini bermain-main di dalam gawang minda John dan juga Sarah.

"Hahaha," ketawa Previn terbahak-bahak melihat Vinnie.

John dan juga Sarah masih tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku.

Akhirnya sedas tembakan kedengaran di dalam kamar tersebut.

_____________*TAMAT*________________

KEJAMDonde viven las historias. Descúbrelo ahora