BAB 12 : PENYELAMAT NYAWA

1.1K 43 0
                                    

Previn berasa terkejut setelah mendekati semak-samun tersebut manakala pada masa yang sama telefon Sarah berdering.

Sarah memutuskan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali tersebut dan juga menumpukan perhatiannya ke arah semak samun tersebut.

"Cis, ini bukannya apa yang kita expected," marah Previn setelah melihat seekor anjing liar yang berada di sebalik semak-samun tersebut.

"Biar betul cip tersebut berada di dalam badan anjing tu," Sarah berasa hairan.

"Ya, memang betul. Tengok telefon pintar ni," kata Rueben sambil menunjukkan telefonnya kepada rakan-rakannya.

"Aku rasa pembunuh tu tahu rahsia kita kot," kata Imran.

"Aku pun rasa macam itu. Lagipun, cip ini memang susah untuk dikeluarkan daripada badan seseorang," jelas Rueben.

"Mengikut andaian aku pembunuh itu mesti memotong bahagian kulit bahu Aina dan mencampaknya ke dalam semak - samun ini. Pastu, anjing ni pun makanlah isi kulitnya," kata Previn setelah melihat kesan darah di sebalik semak-samun tersebut.

"Make sense juga, apa yang kau cakap tu. 15 tahun aku bekerja dalam bidang ini. Inilah kali pertama aku gagal melaksanakan misi aku dengan cemerlang," Rueben berasa hampa dan juga sedih.

Rueben menyahaktifkan cip tersebut kerana cip tersebut tidak berguna lagi kepada mereka.

"Memang sahlah John yang terlibat dalam pembunuh ini," Imran cuba memberikan pendapatnya.

"Aku pun syak dia. Tak silap aku dia pernah intai perbualan aku dengan. Vinnie di sebuah restoran," jawab Previn.

"Macam mana kau tahu dia yang intai kau?" tanya Sarah untuk mendapatkan kepastian.

"Aku ada jumpa seorang lelaki yang berpakaian jaket hitam dan duduk di belakang meja aku. Dia asyik memerhatikan Vinnie. Then aku cubalah untuk intai dia," jawab Previn.

"Pastu apa jadi?" tanya Imran.

"Pastu aku dapat mengetahui lelaki tersebut ialah John semasa dia menaiki motornya untuk pulang ke rumah," jawab Previn.

"Then kenapa kau tak tangkap dia?" tanya Rueben.

"Aku tak de bukti yang kukuh," keluh Previn.

__________________________________

Mereka bercadang untuk pergi ke hotel tersebut bagi melihat rakaman CCTV yang dipasang di sekeliling blok tersebut.

"Ahh, 30 missed call," keluh Sarah.

"Siapa tu?" tanya Rueben.

"Entahlah. Nombor yang tidak dikenali," jawab Sarah sambil membuat panggilan kepada nombor tersebut.

"Hello, boleh saya mengetahui siapa ni?" tanya Sarah.

"Hello, Cik Sarah. Tolong datang ke Columbia Asia Hospital di Bandar Puteri kerana salah seorang rakan kamu yang bernama John telah dimasukkan ke dalam wad," jawab jururawat tersebut.

"Ahh, kenapa dengan dia?" tanya Sarah sekali lagi.

Tetapi taliannya terputus kerana bateri telefonnya mati.

"Siapa itu?" tanya Previn.

"Jururawat dari Columbia Asia Hospital kata John dimasukkan ke dalam wad. Aku tak sempat nak tanya dengan dia apa yang berlaku kerana bateri telefon aku sudah mati," jawab Sarah.

______________________________

Setelah tiba di perkarangan hotel tersebut Previn mengarahkan Imran dan juga Rueben untuk memeriksa rakaman CCTV di hotel tersebut.

KEJAMWhere stories live. Discover now