BAB 1: Skuad Tiga Bintang

4.7K 85 25
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 8.00 pagi, kelihatan orang ramai bergegas ke tempat kerja dan juga keadaan jalan raya yang penuh dengan kenderaan. Hari ini merupakan hari pertama bagi Skuad 3 Bintang untuk kembali bekerja dan beraksi setelah bercuti selama 2 minggu.

Skuad ini mempunyai 3 orang ahli iaitu Inspektor Previn, Inspektor Johnathan dan juga Inspektor Sarah. Tujuan skuad khas ini ditubuhkan adalah untuk menangani kes-kes pembunuhan yang sangat kritikal. Ahli skuad ini boleh memakai pakaian yang bebas dan juga tidak mempunyai waktu pekerjaan yang tetap.

Skuad ini pernah mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada Perdana Menteri setelah mereka berjaya menyelesaikan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis yang lain, kes tersebut lebih dikenali sebagai kes 'Rudra'.

Malah pasukan ini telah menunjukkan komitmen yang padu dan juga dapat bekerjasama antara satu sama lain walaupun mereka daripada agama dan juga latar belakang yang berlainan.
__________________________________

"Selamat pagi John dan Sarah," ucap Previn lalu berjalan ke tempat duduknya dengan gembira.

Sarah dan juga John keliru melihat reaksi Previn yang selalunya berasa sedih untuk kembali ke kerja setelah habisnya cuti yang panjang.

"Jom lah gi tanya dia," ajak Sarah yang tak tahan melihat gelagat Previn yang aneh.

"Vin kenapa dengan kau ini, kau macam lain je hari ini?" tanya Sarah

"Korang nak tahu ke yang aku dah propose love aku kat kekasih aku dan dia sudah accept cinta sejati aku, first time weh aku propose kat perempuan."

"Siapa awek kau tu, share lah macam mana kau propose kat dia?" soal Sarah yang sangat curious melihat perkembangan rakan sekerjanya dalam masa 2 minggu.

"Korang nak tahu ke?"

"Mestilah lah wei kita kan rakan sekerja umpama keluarga dan kita kan selalunya open antara satu sama lain."

***
"Okaylah, sebenarnya semasa cuti tu aku demam so aku plan lah nak gi hospital, sementara aku menunggu nombor aku iaitu 0143 dipanggil, aku terjumpa dengan seorang doktor perempuan umpama bidadari yang berjalan di hadapan aku bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain.

Kecantikannya menyebabkan aku terpukau dan aku telah memutuskan bahawa dialah merupakan ratu hatiku.

Matanya umpama bintang yang bersinar pada waktu malam. Bibirnya berwarna merah dan berkilau seperti matahari.

Hidungnya yang mancung umpama perempuan Eropah. Easy nak cakap dia umpama bidadari dari langit yang dicipta oleh Tuhan untuk aku."

***

"Pastu apa berlaku dan macam mana kau propose kat dia?" tanya John.

***
"Sabarlah, pastu nombor aku dipanggil dan aku berjalanlah menuju ke bilik nombor 2.

Aku terkejut apabila melihat bidadari aku di dalam bilik tersebut. Aku cakaplah kat dia yang aku ni demam selama 6 hari dan aku menunjukkan laporan doktor yang sebelum ini

Kemudian dia memasukkan termometer digital ke dalam mulut aku untuk mengukur suhu badan aku. Ketika jari-jemarinya menyentuh tangan aku, badan aku terasa sejuk dan aku seperti di heaven.

Dalam pada itu, lagu-lagu cinta dan lagu "AMALINA" bermain-main dalam gawang minda aku. Dia memberitahu aku bahawa suhu badan aku berada dalam tahap yang normal. Aku terkejutlah mendengar penjelasan tersebut.

Then aku beritahu dia tujuan Tuhan hantar aku ke hospital ini adalah untuk berjumpa dengan awak. Ketika saya berada di hospital tadi badan saya sangat panas. Apabila tangan awak terkena pada tangan saya, badan saya menjadi sejuk.

KEJAMOnde histórias criam vida. Descubra agora