BAB 2 : VINNIE

2.1K 55 17
                                    

"Yee apa ini," tanya Sarah.

"Macam ada huruf I je pada badan mangsa," kata John.

"Betullah wei itu ialah huruf I  kat badan mangsa, kenapa tadi Dr.Sharaf tak beritahu kepada kita, adakah dia ingin merahsiakan sesuatu daripada kita," kata Previn.

Tiba-tiba telefon di atas meja mula berdering.

Kring!!! Kring!!!! Kring!!!!

Sarah menjawab telefon tersebut.

"Hello, saya ni Dr. Sharaf dari Sunway Medical Centre. "

"Ya doktor, ada apa-apa ke.

"Sebenarnya tadi saya lupa nak beritahu sesuatu kepada korang, saya ada jumpa huruf I pada bahagian punggung mangsa. Setahu saya pembunuh telah menggunakan pisau yang karat untuk menulis huruf tersebut."

"Baiklah, terima kasih doktor, jika ada apa - apa lagi feel free to contact us."

"Sebenarnya tadi dia lupa nak beritahu kita tentang huruf tersebut so dia call lah untuk inform kita. Kita tak bolehlah buruk sangka terhadapnya kerana dia merupakan doktor khas bagi skuad kita." Sarah cuba membetulkan pendapat Previn.

Previn dan John memberikan cadangan untuk pergi ke rumah Syahmi bagi mendapatkan keterangan daripada ibu-bapanya. Mereka bertiga mengunci pejabat dan meninggalkan kawasan tersebut dengan menggunakan kenderaan masing - masing.
__________________________________

"Assalamualaikum pak cik dan mak cik, kami datang ni untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kematian Syahmi," kata Sarah.

"Waalaikumsalam, silalah masuk ke dalam rumah," jemput bapa Syahmi.

Sarah cuba menenangkan ibu Syahmi yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya telah dibunuh manakala John dan Previn pula cuba mendapatkan keterangan daripada ayah Syahmi.

"Selalunya anak pak cik akan keluar ke mana pada waktu malam?"

"Itu saya tak pasti, tetapi pada malam semalam dia sampai ke rumah lebih kurang pukul 9.00 malam dan parkir keretanya di hadapan rumah. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, dalam keadaan yang tergesa - gesa Syahmi keluar dari rumah. Setelah beberapa minit kemudian, saya keluar untuk mencari dia tetapi dia tiada di situ hanya tinggal telefon bimbitnya dia atas kereta."

"Then kenapa malam tadi tak buat laporan polis?" soal John.

"Kami rasa dia keluar bersama - sama dengan rakannya dan telefonnya tertinggal dia atas kereta." ayahnya memberi pendapatnya.

"Boleh kami dapatkan telefon tersebut? tanya Previn.

Ayahnya memberikan telefon bimbit milik Syahmi kepada Previn. Sarah yang dari tadi membisu kini membuka mulutnya untuk bertanya sesuatu.

"Adakah Syahmi rapat dengan sesiapa?"

"Tak silap saya dia rapat dengan seorang pekerja di kelab malam yang terletak di sebelah kawasan perumahan ini."

"Terima kasih pak cik dan mak cik kerana sudi untuk memberikan keterangan. Jika ada apa-apa lagi kami akan menelefon untuk mendapatkan maklumat."

Mereka bertiga pulang ke rumah masing-masing dan bercadang untuk berjumpa semula di pusat gimnasium pada pukul 6.00 petang dan mereka juga bercadang untuk ke kelab malam pada pukul 10.30 malam.

_________________________________

Suasana di pusat gimnasium tidak begitu bising kerana semua orang sedang sibuk dengan workout masing - masing. Senario yang sama juga berlaku kepada Skuad Tiga Bintang, mereka juga sibuk dengan aktiviti masing-masing. Tiba-tiba telefon milik Previn berdering.

KEJAMOù les histoires vivent. Découvrez maintenant