BAB 8 : KEJUTAN

1.2K 41 6
                                    

"Hahaha, kau tahu tak hari ini merupakan hari istimewa untuk kau," kata Previn sambil melepaskan senyuman yang manis.

"Apa yang kau cakap ni?" tanya Vinnie.

Pakaian Vinnie dibasahi dengan peluhnya. Malah dia masih juga tercungap-cungap ketika bercakap kerana penat berjalan dari hospital ke tingkat 8.

Dalam pada itu, kelenjar adrenal pada badan Vinnie mula merembeskan adrenalina untuk meningkatkan kadar denyutan jantung, kadar pernafasan dan juga kadar metabolisme bagi menghadapi situasi yang panik.

"Selamat Hari Lahir Vinnie," jawab Previn dengan gembira.

Vinnie seolah-olah terkejut apabila mendengar ucapan tersebut daripada Previn kerana hari lahirnya sendiri pun terlupa disebabkan oleh terlalu banyak kerja.

Vinnie terus berlari ke arah Previn lalu memeluknya dengan erat.

Tiba-tiba semua lampu di dalam bilik tersebut menyala dan juga terdapat banyak hiasan pada dinding rumah tersebut. Malah terdapat juga belon - belon yang berwarna-warni digantungkan pada dinding.

Kelihatan pula rakan-rakan sekerja Vinnie bergegas keluar dari sebuah bilik.

Rupa-rupanya ini merupakan rancangan Previn dan juga rakan-rakan Vinnie untuk prank Vinnie dan juga menyambut hari lahirnya bersama-sama.

"Baiklah Vinnie, dalam beg tu ada gaun berwarna biru yang mana merupakan kegemaran awak manakala dalam parcel tu ada make up set istimewa untuk awak. Dalam parcel yang lagi satu tu ada makanan kegemaran awak iaitu coklat yang diimport dari London," jawab Previn.

"Wow," kata Vinnie.

Vinnie berasa sangat gembira lalu memeluk Previn sekali lagi lalu menciumnya tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang lain.

"Vinnie cukup tu, jangan nak cium lama-lama... Aku jealous lah," sindir salah seorang rakan Vinnie.

Salah seorang rakannya pula menyuruh Vinnie untuk memakai gaun yang dibelikan oleh Previn bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Tujuan sebenar dia menyuruh Vinnie untuk menukar pakaiannya kerana dia tidak dapat melihat gelagat Vinnie dan juga Previn yang saling berpelukan selama 5 minit.

"Okay," jawab Vinnie lalu masuk ke dalam sebuah bilik sambil membawa gaunya yang cantik.

Setelah Vinnie sudah bersolek dan juga memakai gaun yang dihadiahkan oleh Previn. Sebuah kek yang cantik terhidang di atas meja dengan nyalaan beberapa batang lilin.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to Vinnie,
Happy birthday to you," semua orang di dalam rumah tersebut menyanyi lagu hari lahir dengan gembira.

Setelah selesainya majlis pemotongan kek, Previn melulut di hadapan Vinnie lalu mengeluarkan sebentuk cincin diamond daripada poket bajunya.

"Adakah awak sudi menjadi ratu hatiku buat selama-lamanya?" tanya Previn kepada Vinnie.

Vinnie hanya dapat menganguk kepalanya sambil memberikan selembar senyuman sebagai tanda setuju.

Previn menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis Vinnie. Pada masa yang sama, rakan-rakannya hanya dapat menepuk tangan sambil bersorak.

Jam tepat menunjukkan 9.30 malam, Previn pula harus ke hotel tersebut untuk bertugas. Previn meninggalkan Vinnie dan juga rakan-rakannya yang masih sedang menjamu kek hari lahir.

__________________________________

"Hello Sarah, semua okay tak kat sana?" tanya Previn.

KEJAMWhere stories live. Discover now