76

42.1K 2K 755
                                    

                           Usai menunaikan solat maghrib, naura bangun melipat kain sejadahnya lau di letakkan di atas meja yang tidak jauh dari situ.

Naura melangkah ke arah aryan yang masih lagi lena dalam mimpi. Dia menggoyangkan sedikit tubuh aryan.

"awak, bangun awak."

Kejut naura. Aryan mengerang seketika. Dia membuka mata, melihat naura di depan mata. Terus dia duduk bersandar di kepala katil.

"isteri aku mana? Apa kau buat dekat sini?"

"aryan.."

Naura baru sahaja ingin menarik tangan aryan namun  awal-awal lagi aryan sudah menepis kasar. Naura tersentak.

"jangan sentuh aku."

Naura menarik nafas, lalu di hembus kecil. Dia melabuh punggung duduk di atas katil, talefon milik aryan di atas meja di capainya.

"isteri awak nama dia Naura Qaisara, yan. Bukan melur."

"heh, kau cakap macam tu sebab kau dah lama suka aku kan? Aku bukan playboy nak pikat ramai perempuan!"

"saya tahu. aryan yang saya kenal seorang yang pericolo."

Aryan mengerut kening. Dia pernah mendengar perkataan itu, tapi daripada siapa ya?

Naura membuka galeri di dalam talefon aryan, memaparkan gambar-gambar mereka bersama.

"see? Dalam phone awak, cuma ada saya. Tiada pun gambar melur kan?"

"gambar semua orang boleh editlah. Takda bukti lain ke?"

"saya ada surat nikah. Kejab ya, saya pergi ambil."

Naura bangun menuju ke arah sofa, dia mengambil beg sandangnya. Surat nikah yang di lipat di carinya.

Dia kembali ke arah aryan bersama surat yang dilipat kemas.

"ini surat nikah kita."

Naura menyerahkan surat itu, baru saja aryan ingin mencapainya ada tangan lain yang merampasnya awal.

Serentak mereka menoleh memandang orang itu, melur terus mengoyakkan kertas itu.

"Melur!!"

Tidak sempat untuk naura selamatkannya, kertas itu sudah hancur di koyak. Aryan mengerut kening.

"why koyakkan kertas tu?" soal aryan.

"awak tolong jangan percaya dia. Dia tak mengandung pun! Saya aje yang mengandung awak. Please.. Jangan tinggalkan saya." rayu melur.

Ingatkan dah serik kena tamparan cemito tadi, belum cukup lagi rupanya.

Aryan menyentuh kepalanya, serabut juga apabila ada dua orang mengaku isteri. Takkan pernah kawin dua kot?

"aduh, penatlah macam ni. Mana satu isteri aku sebenarnya ni?"

"saya!"

"saya!"

Serentak mereka mengangkat tangan. Semakin berdenyut kepala aryan di buatnya.

Naura melangkah ke arah aryan, tangan aryan digenggam kuat.

"Sumpah demi Allah, saya isteri awak yan. Awak selalu marah saya bila saya buat benda yang awak tak suka dan awak pernah cakap yang awak takkan boleh bahagia tanpa saya. Ingat lagi tak?"

Aryan menggeleng. Dia tetap tidak ingat.

"apa-apa tentang korang berdua langsung aku tak ingat. Please, Lepaskan tangan aku."

"tapi yan.."

"mungkin aku perlukan masa untuk ingat satu persatu. Buat masa ni, boleh tak kau tinggalkan aku?"

Naura mengerut kening. Tinggal? Kalau nak ingat kenapa aku perlu pergi?

"mak.. Maksud awak?"

"aku tak selesa bila dengan kau. Kalau betul kau isteri aku, mungkin aku akan ingat kau semula kan? Tapi sikit pun aku tak ingat."

"tapi tentang melur pun awak tak ingatkan? Macam mana awak boleh terima dia? Cuma dengan alasan dia mengandung? Huh? Itu bukan anak awak, yan."

Dia tetap menggeleng, tangan naura di tolak untuk melepaskan tangannya.

"please. Tinggalkan aku." rayu aryan.

Naura tergamam. Kalau sebelum ini aryan enggan berpisah dengan naura, kali ini hadirnya orang ke tiga untuk memisahkan aku dengan dia.

Aku takkan maafkan kau lagi melur!

"tolonglah, cuma satu memori pun jadilah. Saya orang yang awak cinta aryan."

"no.kalau kau kesiankan aku, tolong jangan serabutkan aku. Please.. Go."

Naura mengemam bibirnya, air mata yang berlinangan di tahannya. Dia faham. Beg sandang di galasnya kembali.

"sa.. Saya pergi."

Naura terus melangkah pergi daripada situ, bahu melur di langgar kasar.

Melur memejam matanya, sungguh dia pun terasa kejam dengan perbuatannya. Tetapi, kalau dia tidak buat begini. Siapa nak jadi ayah kepada anak di dalam kandungannya?

"please Forgive me naura."

Marah ke tu? Hihi 😂😂

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now