47

50.6K 2K 81
                                    

                    Naura menghirup air teh yang telah di hidangkan. Aryan memicit kepalanya, dia bersandar pada naura ingin berehat.

"awak okay tak ni? Daripada tadi picit kepala. Pening ke?"

"entahlah, sayang. Kepala ni pening sangat, maybe sebab saya pandu lama sangat kot?"

"kalau macam tu, pergilah rehat dalam bilik. Nanti hilanglah pening tu."

Aryan menggeleng, dia tidak mahu. Eh, mengada pulak mamat ni! Aku pijak karang, pening hilang engkau pun hilang sekali!

"assalamualaikum!" salam muiz, paksu kepada aryan.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah, terhenti saaf melihat aryan dan naura di ruang tamu.

"eh? Yan! Bila kau balik?"

"baru je sampai paksu. Paksu pergi mana?"

"paksu pergi kedai kejab tadi beli barang."

Paksu melabuh punggung di sofa hadapan mereka. Tersenyum paksu melihat perangai aryan, manja!

"kau ni daripada kecik aku kenal memang tak pernah berubah kan? Asyik nak berkepit aje. Dulu dengan mummy, sekarang dengan isteri pulak."

"apa salahnya? Isteri yan. Biarlah. Aryan tahulah paksu jeles sebab takda orang nak."

"eh, macam tu pulak dia ni. Paksu tak kawin lagi sebab jodoh belum sampai." degusnya.

Umur dah meningkat pun masih teruna, siapa pulak yang nak jodoh dengan kau kalau umur pun macam orang tua.

"kamu nama siapa?" soal paksu.

"nama saya naura qaisara, panggil naura je paksu." balas naura.

"sedapnya nama, memang padan dengan tuan punya badan." puji paksu.

Naura tersengih, malu. Kembang terus hidung naura apabila di puji. Pinggan naura di cubit aryan.

"Argh!!"

"eh? Kenapa? Kenapa?!"

"ta.. Takda apa. Tercucuk jarum mungkin. Aduhh.. "

Naura menggosok pinggangnya yang di cibit, takkan dengan paksu sendiri kau nak jeles, yan? Mampus aku kalau macam ni.

"haih, nenek ni suka betul letak jarum merata. Takpalah, paksu tolong nenek kat dapur kejab ye. Korang bermesra lah ye."

"baik, paksu." balas naura.

Paksu pun bangun melangkah menuju ke dapur. Naura terus mengalih memandang aryan, dia hanya tersenyum puas.

"awak ni kenapa, huh? Sakit tahu tak?!"

"sakit? Hati aku lagi sakit kalau kau layan paksu macam tu. Aku tak suka kau rapat dengan dia!"

Takkan dekat kampung pun nak cari pasal? Kalau guna perkataan aku memang sah mood dia tak okay sekarang ni.

"sa.. Saya baru je kenal paksu awak tak sampai 5 minit pun awak dah jeles? Belum kenal arwah atok awak lagi."

"I said no!"

"iye lah, saya tak layan paksu awak dah. Ish!"

Sekali lagi naura mengalah, naura memeluk tubuhnya. Aryan tersenyum.

"macam ni lah isteri abang. Jom, teman abang masuk bilik. Abang nak rehat. Sayang tolong picit kepala abang." ajaknya.

"okay. Jom lah."

Naura dan aryan sama-sama bangun menuju masuk ke dalam bilik, layan aje lah si bucuk manja ni!

        
                                   Faris membelek baju T-shirt berwarna merah, tiba-tiba tangannya di tarik kasar oleh angah di bawa keluar daripada Pusat memebeli belah itu.

"engkau ni pahal main tarik-tarik? Lepaslah!"

Faris menepis tangan angah, mereka berada di tengah kawasan. Jelas wajah angah tak puas hati.

"kau cakap dengan aku apa kau dah buat dengan melur? Aku suruh kau pukul dia je kan?! Apasal kau buat lebih daripada tu?" bentak angah.

Faris tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh, faria menunduk sedikit supaya sama tinggi dengan angah.

"biarlah aku rogol dia pun. Bukannya aku rogol naura macam aryan buat tu."

"engkau jangan jadi bodoh boleh tak? Kalau si melur tu mengandung, anak tu anak kau! Kau kena kawin dengan dia nanti macam mana?!"

"cakap aje lah itu bukan anak aku."

"senangnya kau cakap kan? Kau ingat doktor tu sama level bangang dia dengan kau ke? Kalau si melur tu mengandung, aku tak nak masuk campur hal ni dengan kau!"

Faris ketawa. Angah mengetap bibirnya. Lain rancangannya, lain pula yang faria buat.

"engkau tak nak masuk campur? Ingat sikit siapa yang tolong kau selama ni angah. Jangan jadi lembab!"

"aku tahu kau banyak tolong aku, tapi apasal kau rogol melur? Kau tau tak apa akan jadi pada kita?"

"just relax. Kau tak payah nak takut sangat dengan polis. Aku tahu apa yang aku patut buat. Aku rogol dia sebab aku tahu, dia akan sekelip mata berhenti kerja. Dan masa tu, kau tak perlu nak serabut dengan perempuan tu lagi!"

"memang aku takkan serabut dengan melur, tapi.. "

"angah, aku tahu apa aku buat. Kau tutup mulut kau, aku pun tutup mulut aku. Lantaklah betina tu nak mengandung ke apa. Kau tak perlu risau." celahnya.

Angah mendiam, tak tahu nak cakap apa lagi. Sejahat atau sekejam angah, dia takkan bertindak seperti faris tapi benda dah berlaku. Tiada apa yang boleh di undurkan.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now